DIY Label Tag Barang Dapur Tema Rustic

Dah makan tengahari ke semua orang? Kalau sudah, baguslah. Kalau belum, sila cepat-cepat makan. Akhir-akhir ni Fiza agak ada masa untuk buat sesuatu yang Fiza minat selain menghabiskan masa depan komputer buat kerja design. Bila mood design takde, mulalah terfikir idea nak tukar label barang dapur. Konon nak bertukar kepada tema rustic. Makanya, bila dah rajin tu kena cepat-cepat buat takut Cik 'M' datang tiba-tiba. 

Nak jimat dan nak lebih puas hati, macam biasa kita do it yourself (DIY) je. Cuma kau orang perlu kreatif untuk design label. Kalau kau orang takde idea nak gunakan shape label yang cantik, download label tag yang Fiza dah sediakan. Kau orang hanya perlu tambah perkataan je. Okay, Fiza dah memudahkan kerja kau orang kan. Sebelum ni Fiza kongsikan cara untuk buat transparent sticker tu kan tapi kali ni Fiza buat sticker label yang lebih mudah dan bukan transparent


Cara buat Label Tag Barang Dapur
1. Design label tag
2. Print
4. Potong mengikut bentul label
5. Gunakan selotape yang bersaiz besar untuk lekatkan label tag pada bekas/botol. Selotape ni tak perlu potong mengikut bentuk. Lekatkan terus macam biasa.

Disebabkan dah tersuka dengan tema rustic dan agak hipster ni. Jadi, saja tukar mood dengan dapur. Fiza print atas recycle kraft paper. Botol-botol tu kau orang recycle je dari botol-botol sos spaghetti. Buang pelekat dan tampalkan label tag yang kau orang buat tu. Nampak comel je bekas-bekas barang dapur nanti kan. Nampak kena pula warna label tag tu dengan penutup botol kaca ni. Kan?


Melabel barangan dapur salah satu idea untuk dekorasi di dapur. Barulah rasa semangat sikit nak memasak dan menceriakan suasana di dapur. Bila dah melabel jadi mudah nak mencari atau kenal dengan barangan dapur yang ada. Betul tak? Sesambil tu boleh ambil tahu apa yang tidak tahu. Ye lah, jangan tak kenal garam dan gula pula.



4 comments:

  1. wah..kreatif betul fiza..akak tak sempat nak buat label bagai.beli botol transparent je untuk tengok apa di dalamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja suka suka kak nak bagi cantik dekorasi dapur

      Delete
  2. wah, cantik jugak. akak tak pernah buat label. sbb sendiri yg masak, sendiri yg tau bhn2. cuma sesekali hasben masak dia tye hehe

    ReplyDelete
  3. Memang nampak menarik dan mudah lah nak memasak

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.