Header Ads

Guna Garam Bukit Untuk Kesihatan

Sejak terjebak dengan misi kurus, banyak benda yang perlu di ambil kira dari segi pemakanan. Selain kurangkan penggunaan garam, gula dan minyak. Kena tahu juga jenis-jenis garam, gula dan minyak yang perlu digunakan untuk menu yang sihat setiap hari. 

Untuk pengetahuan semua ataupun kau orang sedia maklum yang garam halus putih tidak bagus untuk dicampurkan dalam masakan untuk penyedap rasa kerana ianya garam yang telah diproses menjadi natrium klorida semata-mata. Sebab tu kalau terlebih pengambilan garam seharian akan menyebabkan seseorang menghidapi penyakit darah tinggi.

Sebab tu soal pemakanan ni kena jaga betul-betul. Jadi, jom kita bertukar daripada garam biasa kepada garam bukit untuk kesihatan kita. Ini kerana garam bukit tulen lebih tinggi nilai khasiatnya berbanding garam laut yang kita guna dalam masakan setiap hari tu.


Jangan tak tahu selain bagus untuk masakan, boleh di gunakan dalam perubatan dan juga kecantikan. Khasiat garam bukit ni sangat banyak dan mudah di dapati di mana-mana pasaraya. Tapi pastikan beli yang halal dan juga garam bukit yang bukan di proses. Beli yang asli yang tulen. Yang Fiza jumpa ni jenama Halagel produk bumiputera Malaysia dan Halal. Harga RM2.90 agak mahal dari garam biasa tapi lebih berbaloi beli jika kau orang fikirkan dari aspek kesihatan.


Warna garam bukit tulen ini adalah pink,putih dan sedikit kelabu. Warna pink tu yang buat lagi menarik.


Rasa Masakan Lebih Sedap dan Semulajadi
Setelah bertukar menggunakan garam bukit, masakan Fiza jadi lebih sedap dan rasa cukup rasa yang semulajadi sedap. Macamana nak terangkan pun tak tahu. 

Garam Bukit juga banyak digunakan dalam amalan perubatan islam untuk pelancaran darah, buang toksin, elakkan sihir santau dan pelbagai penyakit lagi. Yang tu Fiza kurang arif nak cerita lebih. Kena tanya kepada yang lebih pakar. Yang Fiza nak fokuskan dalam entri ni berkaitan dengan masakan je la. Jadi lepas ni kalau masak tu, gunakan garam bukit untuk menu yang lebih sihat. Okay?


هناك 18 تعليقًا:

  1. ada dok tgk jual di pasaraya, tapi xterfikir pulak garam bukit ni bgus, hihi

    ردحذف
    الردود
    1. memang banyak dijual cuma kena pilih yang belum diproses..itulah yang terbaik

      حذف
  2. ttiba tak tngok gamram bukit tu tp ternampak balang yang akak letak garam tu.. hehe. cute!

    ردحذف
  3. fiza..yes..akak pun sama guna garam bukit dari Halagel,akak guna warna hijau dan biru

    ردحذف
    الردود
    1. kalau tak silap fiza biru hijau tu yang dah diproses sebab nak beli haritu ade tengok.fiza beli yang belum diproses..asli

      حذف
  4. betul. akak pun dah bertukar kpd garam bukit sekarang. guna jenama faiza.

    ردحذف
    الردود
    1. jenama faiza tak jumpa pula hari tu kak..nanti boleh cuba beli jenama faiza pula

      حذف
  5. Yeay.geng.sep sikit. Hee sbb kt umah pun guna garam bukit

    ردحذف
  6. elok garam bukit ni..dia x masin sangat cam garam biasa tu... dah amalkan letak garam bukit dah 3 thn dah... hehe

    ردحذف
    الردود
    1. a ah..rasa semulajadi tu yang best. letak banyak sikit pun xmasin sangat

      حذف
  7. aah kbiasaan ju dgr garam bukit ni untk perubatan islam =)

    ردحذف
  8. Dah lama guna garam ni... Memang dah lama juga tak beli garam biasa lagi..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.