Kurma Madu Paling Sedap


Kurma atau nama lainnya tamar biasanya kita akan jumpa bila nak masuk bulan Ramadhan je. Jarang sekali kita amalkan makan buah kurma dalam seharian hidup kita selain bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan memang banyak kurma di jual dan ada pelbagai jenis-jenis kurma dan pelbagai jenama. Pilih je yang mana kau orang suka. Tapi Fiza sangat berhati-hati membeli kurma masa bulan ramadhan dan kalau beli pun yang betul-betul berkualiti dan sedap.

Ada pelbagai jenis packaging kurma yang di jual. Ada dalam balang, dalam kotak dan sebagainya. Kenapa Fiza berhati-hati membeli kurma dalam kotak tu. Sebabnya kadang-kadang kotak kurma yang tak bersampul plastik tu ada kemungkinan boleh dimasuki serangga ketika mereka letakkan di stor sebelum di jual. Yang dah bersampul plastik pun ada yang terbuka. Jadi berkemungkinan serangga lain boleh masuk juga. Ada juga pernah tengok dekat yang dah terbuka tu, ada serangga dalam kotak tersebut. Fiza tak ingatlah serangga apa. Terus tak jadi dah nak beli kurma packaging macam tu. Rugi lah kalau kita beli tapi tak boleh makan disebabkan ada serangga dan sebagainya. Tak bersihlah namanya tu.

Yang jenis lain tak berminat pula nak beli sebab Fiza suka jenis kurma yang tak kering dan tak terlalu basah. Sedang-sedang okay je. Susah nak cari. Fiza lebih suka beli kurma yang jenis timbang dan di jual di kedai yang bersih, kurma-kurma semua ditutup dalam bekas kaca/bertutup. Dan penjual orang islam bukan mat-mat bangla tu. Sangat cerewet Fiza ni kan. Ye lah, kebersihan makanan yang nak di makan tu harus di utamakan.

Tak lama lagi nak masuk bulan ramadhan, sekarang dah bulan rejab dan ramai yang menunaikan ibadah puasa. Memandangkan nak puasa, kena ada bekalan kurma. Selain bulan ramadhan ni memang kurang meriah jualan kurma. Fiza perasan di AEON Seremban 2 ada booth jual kurma-kurma dari mekah aras ground floor tengah-tengah tu. Terus Fiza ajak husband beli kurma kat situ. Ada pelbagai jenis kurma, buah kering, kekacang dari tanah Arab. Agak rambang mata nak memilih. Harga pun agak mahal sikit. Kira berbaloi lah beli dengan kualiti kurma besar-besar tu. Pilih punya pilih Fiza beli kurma madu ni.



Beli 300 gram RM13 kalau tak silap. Kira berbaloi dan tak rugi beli. Sedap yang amat! Rasa macam rugi beli satu bekas je. Seriously melting dalam mulut. Rasa dia manis tapi tak terlalu manis. Just nice. Buat air susu kurma ni mesti sedap! Confirm lepas ni tambah stok kurma madu sebab Fiza dah jadi hantu kurma dah. Setiap hari makan kurma untuk tambah tenaga. Lagipun kurma ada banyak khasiatnya

Selain khasiatnya yang banyak tu, biji kurma boleh buat air kopi. Yang tak suka kopi boleh buat air nabeez.  

2 comments:

  1. dah nak puasa ni,wajib cari..padahal time tak puasa pun boleh makan kan...suka kurma yang lembik2 sikit tu

    ReplyDelete
  2. haa ju pun suka jenis yg sedang je xbasah dan xkering. lately mmg nmpk pniaga da start jual kurma

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.