Menu Diet Dinner : Ikan Percik

Selamat malam! Teruskan misi update entri menu-menu untuk orang diet. Kali ni menu diet untuk makan malam yang macam best sikit ada rasa iaitu ikan percik. Sebaiknya guna ikan kembung sebab ikan kembung mempunyai kandungan protein yang tinggi dan omega 3 yang bagus untuk mengurangkan sakit jantung

Tapi disebabkan ikan kembung payah sangat nak jumpa dan mahal, Fiza guna je ikan selar kuning. Janji ada ikan tapi khasiatnya jadi lain lah jawabnya. Kecewa tak dapat ikan kembung. Cari je yang lebih kurang. Kalau dapat ikan kembung mesti lagi sedap dan dapat juga khasiat seperti yang Fiza sebutkan tadi. Takpelah, next time kalau jumpa cik kembung kita beli terus dan buat resepi ikan percik juga.



Bahan-bahan
1 ekor ikan 
1 cawan susu rendah lemak
1 sudu besar air asam jawa
1 biji cili merah - dikisar
4 biji cili padi - dikisar
1sm halia - dikisar
1 batang serai - dikisar

Cara Membuat
1. Gaulkan bahan kisar bersama ikan, susu dan air asam jawa
2. Ratakan semua bahan dan bungkus guna kertas aluminium.
3. Masak atas pan grill atau pemanggang ajaib. Biarkan sehingga masak sekata.

Senang dan sedap sebab ada kuah tu. Untuk mereka yang tak mengamalkan diet boleh guna susu full cream ataupun santan macam biasa. Boleh letak garam sekali baru sedap. Sesekali cheat day, ada juga Fiza buat guna resepi yang sama tapi tambah garam sikit dan gunakan susu full cream. Memang sedap lebih rasanya. Masa tu lah baru tahu nikmatnya menikmati makanan setelah berhari-hari hadap menu tanpa garam ni.

Masak ikan percik dah tak susah dah dan tak guna banyak bahan pun. Kisar je bahan yang perlu kisar, campurkan dan biarkan masak je. Ikan percik agak berbeza dengan menu lain sebab ikan percik ni berkuah. Jadi nikmat makan ada rasa tu lebih nikmat. Hanya orang yang berdiet je tahu perasaan menikmati makanan tu macamana.

Kredit resepi : Dapur Eat Clean Aizat Razak, Fatin Ayuni dan Khairul Azuan

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.