Menu Diet Lunch : Ayam Salsa Mangga Bersama Pasta

Nampak pada rupa dalam gambar mesti kau orang fikir macam sedap je menu-menu diet yang Fiza kongsikan tapi kalau kau orang tak buat dan tak rasa kau orang tak kan tahu rasa dia macamana. Semua menu diet rasa dia rasa semulajadi dari bahan-bahan perisa yang ada seperti herba atau serbuk perasa.

Tengok gambar menu ayam salsa mangga dengan pasta ni boleh buat kecur air liur je. Sebab? Ada mangga? Ada ayam? Cuba kau orang bagitau. Atau pun tak kecur lansung? Kalau kau orang nak tahu, Fiza memang teruja nak cuba menu ni sebab bila Fiza tengok gambar memang nampak sedap tapi selepas masak agak azab juga nak telan. Sebabnya, kau orang faham faham sendiri menu tanpa garam. Tapi Fiza yakin sangat kalau tambah garam dan sedikit kuah atau sos confirm super sedap menu ni.

Jadi, untuk kau orang yang tak berdiet tu sila tambah garam atau sos apa yang patut nak bagi lagi sedap. Sedap dia semula jadi pada Fiza sebab ada gabungan masam manis mangga dan rasa pedas cili. Cukup rasa sebenarnya tapi mungkin pertama kali makan menu tanpa garam rasa tu agak janggal pada Fiza. Tapi kalau dah nekad nak diet, telan je menu diet yang disarankan.



Bahan-bahan
1 Bahagian dada ayam
2 sudu kecil serbuk lada hitam
buah mangga - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji cili hijau - dicincang halus
1 biji cili merah - di cincang halus
3sm halia - dicincang halus
1 biji cili benggala - di potong dadu
Hirisan lemon

Cara Membuat
1. Perap ayam bersama hali, bawang putih dan lada hitam
2. Bakar sehingga masak atas pan grill atau pemanggang ajaib
3. Satukan cili hijau, cili merah, bawang besar, mangga dan cili benggala.
4. Gaulkan bersama ayam dan perahkan lemon

Hidangkan bersama pasta atau senggegam nasi perang. Nasi perang dan spagetti/pasta mempunyai serat yang tinggi seperti roti wholegrain. Serat dapat membantu pengawalan gula dalam darah jika di ambil dalam kuantiti yang disarankan. Pengambilan yang tidak terkawal tidak akan membantu sama ada menurunkan berat badan atau meningkatkan penjagaan kesihatan.

Kredit resepi : Dapur Eat Clean Aizat Razak, Fatin Ayuni dan Khairul Azuan

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.