Rahsia Ayam Panggang Sedap Dengan Rempah Misteri

Jadi trending blog Fiza ni update entri makanan je sekarang ni macam di instagram. Itu aje lah modal yang ada untuk di buat entri. Kira berbaloilah nanti kau orang nak google nak masak apa, ada idea lah nak masak apa kalau terjumpa blog ni. Kan kan. Lagipun resepi dalam blog ni mudah-mudah dan kebanyakkannya menu yang sihat. Sihat ke? Yang sihat tu sila ikut, yang tak sihat tu sesekali je boleh.

Sebelum ni Fiza pernah kongsikan rahsia resepi char kuew teow dan mee goreng mamak sedap dengan menggunakan pes. Kali ni Fiza kongsikan resepi ayam panggang sedap dengan menggunakan rempah misteri. Kalau kau orang suka ayam panggang berempah patut cuba dan rasa sendiri kesedapan ayam panggang rempah misteri ni. 

Dengan adanya rempah misteri ni kerja memasak pun jadi lebih senang dan cepat. Kalau nak masak ayam panggang ni biasanya Fiza perap dulu siap-siap simpan dalam peti ais. Biasanya sehari awal. Bila perap lama sikit barulah lebih berasa ayam perapan setelah di masak nanti. Senang bila dah diperap nak masak bila-bila masa pun boleh. Cuma perlu panggang je ayam perapan tu. Bukan ke mudah macam tu. Betul tak? Tengok kejadian ayam panggang yang telah di masak ni. Nampak sedap!



Rasa Rempah Yang Sedap
Dah tentulah rasa rempah yang sedap. Pada Fiza, rasa rempah yang tak terlalu kuat dan rasanya just nice. Tak pedas tak manis bak kata"rasa misteri" yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Yang pastinya sedap!

Untuk kau orang yang sibuk dan malas nak masak menu yang susah. Guna je rempah misteri ni. Gaul-gaul je, perap seketika dan biarkan masak dalam oven. Cuma menunggu masak je la lama sikit. Tapi masih lagi mudah kerja memasak kan.

Nak bawa bekal hari-hari pun takde masalah. Senang nak sediakan waktu pagi dan sesuai juga untuk mereka yang berdiet untuk menu panggang ni. Cuba beli satu dan rasakan sendiri. Lain orang lain citarasa. Tapi kalau tak cuba, tak tahu.


2 comments:

  1. bestnya ayam panggang fiza..dah ada ni senang sangat nak sediakan
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. nampak sedap sangat ayam panggang tu..kena usha rempah ni ��

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.