Resepi Ayam Black Pepper Mudah


Selamat pagi! Kalau ada yang perasan, sejak akhir-akhir ni Fiza rajin update resepi menu diet dan juga bukan menu diet. Dah macam blog masakan pula. Itu je la modal yang ada buat masa sekarang untuk update blog. Cerita lain tak berapa nak ada. Lagipun sekarang masa yang sesuai untuk update pelbagai resepi yang boleh digunakan masa bulan puasa nanti. Mesti ramai mencari resepi yang mudah-mudah je untuk berbuka Fiza melainkan kalau banyak masa dan rajin nak buat menu yang special.

Hari ni Fiza nak kongsikan menu yang tak berapa nak diet sebab ada gunakan minyak. Tapi kira bolehlah untuk mereka yang nak berdiet kurangkan penggunaaan minyak. Cara masak ayam black pepper ni sangat mudah dan salah satu resepi cepat masak.


Bahan-Bahan

1 bahagian dada ayam dipotong kecil
1 sudu besar black pepper
serbuk kunyit
secubit garam
1 biji bawang besar  
1 ulas bawang putih 
1 tangkai cili merah besar
4 tangkai cili api (kalau nak tambah kepedasan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu minyak zaitun(jika tiada minyak biasa pun boleh)

Cara Masak

1. Gaulkan garam dan serbuk kunyit bersama ayam
2. Panaskan minyak dan goreng ayam separa masak. Kemudian masukkan black pepper.
3. Tak payah keluarkan ayam, masukkan je bawang besar, bawang putih, cili yang telah dihiris² dalam kuali tu.Masukkan kicap manis. Gaul-gaul rata dan tunggu masak. Siap!



Kalau korang jenis yang tak berdiet tu bolehlah tambah sos tiram ke atau kicap lebih sikit ikut citarasa masing-masing. Dengan menggunakan bahagian dada ayam dipotong kecil dan cara masak macam tu cepat lah siap masakan ayam black pepper ni. Cara paling mudah. Sedap pun sedap untuk tekak sendiri la. Sesuai sangatlah untuk mereka yang nak cepat masak. 

Sayur-sayur tu guna je salad segar kalau tak cukup masa nak masak sayur. Dah jimat masa dan jimat bahan untuk memasak. Betul tak? Selain salad, boleh pilih ulam-ulaman juga.


7 comments:

  1. makan lauk aje tanpa nasi pun ok kot..nampak dalam pinggan Fiza tu nasi sesenduk je tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan lauk saja pun okay kak. biasa memang makan nasi sikit sengenggam atau sesenduk je :)

      Delete
  2. wah bolehlah try resepi ni lain kali. simple je kan

    ReplyDelete
  3. Suka blog Fizah tau. Banyak resepi diet sekarang dan mudah sekali :)

    ReplyDelete
  4. Simple tp sedap mkn ngan nasi panas2

    ReplyDelete
  5. akak suka buat,tapi husband tak suka masak blackpaper...hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.