Resepi Ikan Siakap Masak Stim Lemon Bersama Sayur Campur

Agak dah lama sebenarnya tak makan ikan siakap. Kalau dulu rajin beli ikan siakap buat masak tiga rasa, black pepper dan bermacam lagi jenis masakan. Tapi disebabkan selalu terluka terkena sirip yang tajam tu masa basuh ataupun masa gaulkan garam buat Fiza rasa serik nak makan ikan siakap ni. Kalau teringin baru beli, itupun mintak dia orang siang ikan tu siap-siap. 

Ikan siakap ni agak hanyir bau dia. Biasanya Fiza akan basuh guna 2-3 biji limau untuk hilangkan bau dan hanyir tu, baru sedap nak makan. Isi ikan siakap ni memang sedap dan lembut. Tak hairanlah kalau kat kedai makan tu agak mahal sikit.

Bila dah lama tak makan ikan siakap rasa teringin pula nak makan ikan siakap stim lemon bersama sayur campur. Senang masak sayur sekali tak payah ada satu kerja lagi nak masak sayur. Masa pun boleh dijimatkan.

kalau ikut resepi ikan siakap stim lemon versi Fiza mudah je. Sama macam semua orang masak. Potong-potong bahan dan campur je semua kemudian kukus sampai masak. Senang sangat kan. 


Bahan-bahan
Ikan siakap
Cili api
Bawang merah
 Bawang putih
garam
1 sudu black pepper
Serai
Halia
Beberapa hirisan lemon
Sayur-sayuran ( Brokoli, cendawan, lobak merah)

Semua bahan-bahan ni kau orang letakkan ikut banyak mana yang kau orang suka ye bergantung pada besar mana ikan tu. Nak bahan banyak pun takde masalah. Betul tak chef-chef sekalian?

Cara masak
1. Potong semua bahan dan gaulkan bersama ikan dengan garam dan black pepper.
2. Masukkan dalam pengukus.
3. Setelah separuh masa baru masukkan sayur dan biarkan masak. Siap untuk dihidang

Disebabkan husband Fiza tak suka serai dan halia. Fiza terpaksa ketuk-ketuk serai dan halia kena potong besar supaya senang asingkan awal-awal sebelum hilang. Kalau korang nak tambah sayur dan bahan lain pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. Masak macam ni bukan setakat sedap dan mudah tapi paling penting boleh jimat masa dan sangat sesuai dihidangkan kalau keluarga berkumpul ramai-ramai semeriah ikan bersama bahan-bahan dan sayur-sayuran tu. Kalau Fiza hidangan ikan siakap stim ni ratah gitu je tanpa nasi pun dah memadai  kenyang.

1 comment:

  1. nyum nyum myelerakan !! mudah juga nak buat rupa nya, ju xperna masak stim2 ni huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.