Salad Plate Portmeirion Hadiah Dari Kawan Lama

Sebenarnya dah lama teringin nak beli pinggan portmeirion. Tak dapat beli full set dapat beli seketul-seketul pun jadilah. Berminat dengan corak version botanical garden yang cantik-cantik pada pinggan portmeirion. Agak susah nak beli pinggan mangku portmeirion ni memandangkan tidak di jual di Malaysia secara meluas. Kebanyakkannya jual secara online disebabkan portmeirion ni barangan luar negara yang terkenal di UK. Made in England.

Kalau US terkenal dengan corelle. Portmeirion pula terkenal di UK. Gitu! Pinggan corelle Fiza tak berapa nak suka sebab macam terlalu nipis bagi Fiza dan corak agak biasa. Jangan marah ye peminat corelle. Masing-masing ada citarasa masing-masing. Bila dah terminat, kebetulan ternampak kawan update di instagram. Terus merisik bertanya khabar pinggan. Bukan tanya khabar tuan punya pinggan.

Dah dapat maklumat semua, Fiza simpan dulu kot-kot nanti sampai masanya boleh lah membeli. Tapi dok bertangguh je nak beli. Dalam masa bertangguh layan beli pinggan IKEA yang kebetulan menepati citarasa. Terus melupakan portmeirion.

Tak lama lepas tu, kawan Fiza ni bagi hadiah salad plate portmeirion botanical garden lilac ni. Wahhh..memang excited dapat apa yang dah lama di idamkan. Lepas ni boleh tambah koleksi lagi. Terberkenan sangat dengan corak tepi pinggan portmeirion ni yang menjadi trademark.


Bila letak makanan nampak cantik je hidangan tu. Bertambah selera nak makan. Harga pinggan ni agak mahal dalam RM60 ke atas dari apa yang Fiza survey atau ada yang lebih murah? Anak buah Fiza kata ini pinggan syurga ke apa mahal sangat. Fiza jawab ini pinggan cepat kenyang sebab tengok pinggan ni je dah boleh rasa kenyang. Lepas Fiza hantar gambar pinggan ni pada anak buah terus dia kata " Aah lah Ucu, tengok pinggan ni terus rasa kenyang. Kena beli satu ni jimat tak payah beli makanan". Hahaha..ke situ pulak dia. Bukan apa, bila tengok pinggan cantik rasa selera tu lain macam. Nak ambil gambar makanan pun cantik kan. Lagi-lagi kalu view dari atas. 



Terima kasih sahabat!

1 comment:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.