Telekung Japanese Cotton Lace Berpoket

Salam Jumaat yang barakah. Semoga hari yang baik memberikan kita sesuatu yang baik-baik juga. Makanya, doa yang baik-baik je okay. Dah lama juga Fiza tercari-cari telekung japanese cotton yang menepati citarasa. Memang pakai telekung cotton warna putih lagi selesa tapi bila memikirkan kain putih mudah nampak kotor. Jadi, Fiza lebih prefer telekung yang berwarna selain putih. Memang wajib ada telekung extra sebab boleh ganti-ganti bila telekung di basuh.

Jumpa pula dengan telekung japanese cotton lace yang berpoket ni terus buat Fiza jatuh hati nak beli. Senang nak bawa travel sebab dapat beg free sekali tu. Jenis Fiza kalau telekung travel dan ke masjid pakai telekung lain. Senang. Ye lah, lain orang lain keselesaanya kan. Nak tahu apa yang menariknya tentang telekung ni.

Keistimewaan Telekung Japanese Cotton Lace

100% Japanese Cotton 
Japanese cotton Lace Collection jenis materialnya 100% dari kain COTTON iaitu 3X lebih SEJUK dan SELESA. Tidak licin dan tidak jarang sebab dari high-quality COTTON.

Free Matching Travel Bag

Didatangkan dengan matching travel bag yang comel sepadan dgn corak kain telekung. Senang, bawa pergi surau, masjid ataupun travel nak bawa telekung. Tak perlu beg lain dah. Dah macam handbeg pun ada.

Poket Berzip

Apa yang menariknya, telekung Verda Lace ni ada poket tersembunyi di bahagian dada telekung menggunakan zip tersembunyi. Kalau sekali imbas memang tak perasan ada zip. Bolehlah kau orang buat simpan handphone, kunci ataupun barang berharga dalam poket tersembunyi ye sebagai langkah keselamatan untuk barang berharga. Mudah dan sangat selesa.

Cotton Lace

Lebih menarik dengan adanya fully lace daripada material cotton juga. Lace di bahagian muka dan tepi telekung. Tak lupa juga lace di sekeliling beg. Nampak lebih menarik kan.

Double Layer

Double layer (lining 2x ketebalan) pada bahagian atas kepala sehingga ke paras dada. Tak nampak bayangan leher dan warna kulit, aurat terjaga ketika solat.

Getah Pada Bahagian Dahi 

Terpaling Fiza suka sebab bahagian muka yang kecil dan bergetah. Tak perlu nak pakai inner. Rambut pun tak terkeluar masa solat.

Dagu Bertutup Penuh

Bahagian dagu bertutup penuh dan sangat selesa. Jahitan yang sangat kemas dan semestinya padan dengan pelbagai saiz muka.

Kain Telekung Bergetah

Bahagian kain bergetah yang tidak longgar. Confirm kain tak terlondeh ketika solat. Kain pun panjang labuh.

Design Yang Cantik

Telekung Japanese Cotton Verda Lace didatangkan dengan beberapa corak yang menarik. Semestinya corak english cotton dan juga ada corak polka dots. Kalau berminat boleh whatsapp untuk melihat corak yang lain.

Kelebihan utama telekung ni adalah bahagian poket yang menjadikan telekung ni lain daripada yang lain. Selain tu mempunyai lace dan juga beg travel. Sesuai bawa masjid, surau, travel, office dan mana-mana pun sesuai. Betul tak? 

Ukuran Saiz Dewasa
Telekung - Ukuran dari bawah dagu sampai ke lutut adalah 82cm
Kain - Ukuran dari pinggang sampai ke kaki adalah 130cm

Fiza nak ingatkan yang telekung ni harganya bukan murah macam telekung biasa dan tak mahal sangat. Kira berbaloi beli sebab kualiti dan exclusive. Tak lama lagi nak masuk ramadhan dan lepas tu raya. Bolehlah beli telekung yang cantik untuk bawa terawih. Takpun belikan untuk adik, kakak mak atau mak mertua. Nak buat hadiah atau hantaran pun menarik juga.

Nak tahu harganya dan corak yang lain, boleh whatsapp Fiza. 

Whatsapp : 

*Maaf kualiti gambar tak memuaskan. Ambil gambar waktu malam pencahyaan kurang bagus. Nanti Fiza ambil gambar lain okay.

8 comments:

  1. dah la kaler tu suwit. connton lagi pulak. mesti selesa pkai solat kan.

    ReplyDelete
  2. Wah Fiza jual telekung Japanese cotton. Fiza masih jual lagi ke? Tertarik sebab ada poket. Memang senang bawa barang ke masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kak, saya tak jual lagi telekung ni. Boleh tengok dekat fb page Lavenderlush exclusive

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.