Adakah Anda Perlu Melabur Dalam Rumah Atas Tanah Atau Pangsapuri
Sekiranya anda mempunyai setengah juta untuk dibelanjakan pada lokasi paling strategik di Malaysia dan berhasrat untuk membeli hartanah di Penang. Yang manakah pelaburan yang paling bijak, rumah atas tanah atau Penang apartment? Sekarang, andaikan kedua-dua pilihan berada pada lokasi yang sama dan harga pada kadar yang sama. Adakah anda merasakan bahawa rumah atas tanah lebih sesuai untuk kediaman sendiri?
Untuk pengetahuan, perkataan “kediaman
sendiri” digunakan bagi mewakili sesiapa yang mahu mendiami sesuatu kawasan
pada masa yang lama. Ini menunjukkan a landed property will appreciate at a better rate pada jangka masa yang lama berbanding dengan pangsapuri atau
kondominium. Kondominium akan kelihatan tidak terjaga dalam jangka masa lama,
yang mana fasiliti moden ini akan usang atau tiada penyelangaraan berkala
dilakukan, seterusnya nilai hartanahnya akan terus menjunam. Pemilik perumahan
mungkin akan tua suatu hari nanti, namun mereka akan rasa lega sekiranya
mengetahui nilai hartanahnya meningkat seiring dengan masa. Selain itu, dengan
memiliki rumah atas tanah akan memberikan lebih ruang privasi kepada pemilik.
Jika anda rasa dengan membeli
rumah atas tanah dapat memberikan pulangan yang pantas, maka anda silap. Kondominium
dapat memberikan pulangan pelaburan anda dengan cepat, ini kerana ia senang
untuk disewa berbanding dengan rumah atas tanah. Tambahan pula, return of investment (ROI) sewaan
kondominium adalah sangat tinggi berbanding rumah atas tanah. Selain itu, anda
tidak perlu pening kepala untuk memikirkan berkenaan pengurusan dan
pennyelenggaraan rumah yang mana ia diuruskan sepenuhnya oleh pemaju.
Kelebihan dan Kekurangan Memiliki Rumah Atas Tanah
Ada pelbagai jenis rumah atas
tanah yang dapat dilihat di Malaysia, seperti teres, semi-D atau bangle dan
lain-lain. Jenis perumah ini adalah yang paling disukai oleh para pelabur
kerana kelebihanya yang diperolehi untuk jangka masa panjang. Dilihat situasi
semasa, adalah benar kondo strata bertingkat-tingkat mendapat permintaan yang
tinggi, namun rumah atas tanah juga berterusan mendapat sambutan daripada
pembeli.
Manfaat Dari Memiliki Rumah Atas Tanah
Pembeli akan mendapat keseluruhan
pakej yang ditawarkan bila mereka optimis dengan rumah atas tanah, bermaksud house that sits atop the property and the land itself. Selain itu, dengan memiliki tanah dengan nama anda sendiri, ia adalah
manfaat utama kepada pembeli dan pelabur. Dengan tanah tersebut, terpulang
kepada mereka untuk menukar atau mengubahsuai rumah sesuka hati mereka. Pemilik
boleh mengubah landskap luar kepada lapangan, halaman atau taman yang lebih
menarik, atau menukar ruang disekitar rumah kepada kolam renang. Mereka boleh
menambah lebih bilik untuk tetamu, atau boleh membina rumah haiwan atau tempat
berehat selepas mengharungi hari kerja yang teruk.
Pelabur yang bagus dengan cepat
dapat menilai rumah atas tanah yang menguntungkan dalam jangka masa panjang
berbanding dengan perumahan bertingkat-tingkat. Sebagai contoh, sebidang tanah
di Georgetown yang dibeli dengan nilai RM 150,000 sedekat lalu, nilainya boleh
melonjak dengan mudah sehingga tiga kali ganda dan malah mampu mencapai kepada
empat kali ganda berdasarkan dari nilai pasaran sekarang. Namun, ia juga bergantung kepada nasib dan
lokasi rumah atas tanah tersebut. Perlu diingat, yang tanah sangat berharga, ia
adalah terhad dan semakin berkurangan disebabkan oleh pembangunan. Disebabkan
itu dikawasan bandar berpopulasi tinggi ia mencapai harga premium.
Secara logiknya, rumah atas tanah
lebih bertahan lama bagi jangka masa lama. Ini bukan rahsia, seiring dengan
masa, nilai pasaran semua rumah bertingkat-tingkat akan menjadi statik
terutamanya bila ianya tidak dipandang bernilai tinggi lagi. Sebaliknya pula
berlaku kepada nilai rumah atas tanah yang mana ia akan terus meningkat seiring
dengan masa.
Ini adalah sebab utama mengapa
individu memilih untuk membeli rumah atas tanah di kawasan sub-utama berbanding
membeli kondominium bertingkat di kawasan utama. Tetapi jangan fikir rumah atas
tanah tidak ada manfaatnya, kerana ia juga ada kekuranganya.
Manfaat Dari Memiliki Pangsapuri
Mungkin sebab utama ramai pembeli berlumba-lumba untuk membeli condo is that it has better perimeter security berbanding
dengan rumah atas tanah. Ini sangat ketara dengan terdapatnya pelbagai kondo
rekaan seperti resort atau lifestyle
di kawasan utama. Kawalan keselamatan mungkin ada, terutamanya di rumah atas
tanah yang selalunya berada di satu kawasan berpagar, namun kawalan keselamatan
di perumahan bertingkat adalah yang terbaik. Ia termasuk di dalam pakej yang
mana anda akan menikmati pelbagai jenis perkhidmatan kawalan keselamatan
dikediaman anda. Kawalan keselamatanya adalah berkualti tinggi, kakitangan
keselamatan dengan kawalan yang ketat dan tegas sepanjang masa.
Walaubagaimanapun, pemilik
perumahan bertingkat perlu membayar sejumlah wang bulanan sebagai yuran
penyelengaraan bagi menikmati kemudahan awam yang selesa dan servis
penyelengaraan. Di antara kemudahan yang perlu dibayar adalah kolam renang,
ruang pejalan kaki awam, taman, gymnasium dan sebagainya, serta segala jenis
aspek pembaikpulihan luaran mahu pun dalaman. Perumahan atas tanah tidak perlu
membayar yuran bulanan, namun tidak bermakna permilik tidak perlu menjaga rumah
mereka. Mereka perlu bertanggungjawab melakukan semua jenis penyelanggaraan
sendiri melibatkan sistem kumbahan, pempaipan dan taman. Kos untuk
penyelenggaran di rumah bertingkat adalah lebih tinggi berbanding rumah atas
tanah.
Bagi memilih jenis rumah yang
mahu di beli, samada jenis atas tanah mahupun bertingkat, secara umumnya
bergantung kepada cara hidup dan pilihan pembeli. Jika ia untuk tujuan
pelaburan, anda perlu melakukan sedikit penyelidikan bagi mengetahui corak
pasaran semasa bagi membantu dalam pemilihan jenis rumah yang terbaik untuk
anda. Kutipan sewaan penyewa bagi rumah bertingkat adalah pada harga berpatutan
pada penyewa kerana yuran dan deposit sewaan yang rendah, manakala rumah atas
tanah pula adalah paling sesuai bagi sesiapa yang mencari sebidang tanah
sebagai aset.
Indeed Ju sokong dengn point klebihan dan kkurg rumah atas tanah dan pangsapuri yang sis tekankn. kebetulan juga Ju bkerja di property department =)
ReplyDeletekena bijak pilih mengikut keadaan dan bajet :)
Deletenice tips nih. nanti nak beli rumah uyul rujuk sini.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Silakan Cik Uyul cantik
DeleteDah ada dua-dua jenis rumah. Target beli tanah pula,
ReplyDeleteJanji Kita
alhamdulillah syukur ada keduanya. beli tanah tanam apa yang patut boleh mendatangkan hasil yang lumayan kan :)
Delete