Baju Raya Harga Mampu Tengok

Hari ni dah masuk hari kelima semua umat Islam berpuasa. Tapi dia punya semangat raya lagi hebat daripada semangat berpuasa. Fiza maksudkan bab bermain mercun. Lepas waktu maghrib tu agak sakan bunyi mercun sana sini. Memang boleh buat terkejut masa terawih. Itu belum lagi merium buluh keluar. Kusss semangat! Selain kemeriahan bunyi mercun, di dinding-dinding facebook dan instagram tak kurang meriahnya dengan pelbagai fesyen baju raya.

Ahh sudah, mana satu nak pilih baju raya ni? Tahun ni Fiza mengamalkan pembelian secara online je. Malas betul nak bersesak dengan orang ramai beli baju raya. Lagi-lagi bulan puasa. Jadinya, cuci mata online dulu lah. Tapi nanti kena juga pergi shopping mall sebab nak beli baju raya encik suami juga. Untuk baju raya lelaki memang kena beli offline la jawabnya. Takut beli nanti tak termuat. 

Macam Fiza dah biasa beli baju online. Jadi, takde masalah untuk beli online. Nak alter pun cuma potong mana yang terlabuh je lah. Sambil-sambil berehat di bulan puasa ni memang syok dok scroll-scroll cuci mata di facebook dan instagram. Memang banyak lah muncul pelbagai jenis fesyen baju raya untuk tahun ni. Rambang mata nak memilih dibuatnya. Ada yang berkenan tapi tengok harga terus putus harapan.

Apa yang Fiza perasan setiap tahun harga baju raya mesti makin mahal dan semakin mahal dari tahun ke tahun. Kalau tengok fesyen baju, baju kurung biasa pun boleh cecah harga RM200 ke atas. Ada yang fesyen stail sikit pun dah sampai harga RM400 lebih. Mak aihhh..harga mampu tengok je lah jawabnya. Telan air liur macam seolah-olah tengok makanan sedap tapi tak dapat merasa.

Kredit foto : google
Bagi kita yang bukan sejenis yang ada-ada memang mampu tengok je lah. Bagi mereka yang ada-ada tak hairan lah. Well, orang kata tepuk dada tanya selera. Ikut lah bajet masing-masing. Ada duit, beli. Takde duit, beli ikut mana yang termampu. Kalau takde lansung, pakai je yang baju yang masih elok. Zaman sekarang kena faham kenapa harga sesuatu tu jadi mahal.

Baju raya mahal ni bukan apa. Kena tengok jenis kainnya, kalau jenis kain beli oversea memanglah mahal. Lepas tu, tengok pula fesyen baju tu macamana. Kalau fesyen ikut trending memang kadang-kadang mahal juga. Selain tu, tengok juga jenama dan designer baju tu. Kalau jenama yang gah di pasaran, mahal mana pun orang tetap beli juga kan. Kalau nak beli pun, kena beli awal sebab kalau beli lambat confirm habis. Terlajak laris lah katakan walaupun mahal disebabkan faktor-faktor yang fiza sebutkan tadi tu. Bukan baju raya je mahal tau, tudung pun sehelai ada yang harga beribu-ribu. Apepun, sila tengok poket masing-masing besar ke kecil. Faham?



14 comments:

  1. Replies
    1. ye, semua mahal²..tengok jenis kain dan design kot :)

      Delete
  2. itulah sy tgok kt zalora .. ada yg mahal ada yg affordable.. pendek kata ukur baju di badan sendiri la yeee hehehhe

    ReplyDelete
  3. betullah fiza..harga baju sekarang mampu tengok je..Kita beli baju dekat kedai kemboja pun dah kemahin mahal dia..kan..so kena pandai cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang peliknya kedai biasa pun mahal mengalahkan butik. baik beli kat butik terus kan

      Delete
  4. Qekra utk baju raya biasa akan tempah dgn tailor yg biasa tempah. so far tak pernah beli on9 lagi. sbb takut tak memenuhi ekprestasi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah biasa tempah okaylah kak. tak pening dah beli baju raya. :)

      Delete
  5. haaa asal mghrib dgn abis terawaih da mula bnyi bising mercun dekat ruma.. aduhai. Ramadhan dan mercun tiada berpisah ke cmna xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..lari topik sikit dari baju raya ni. entahlah Jun, dari hari pertama puasa dah meriah dengan mercun.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.