Fesyen Baju Raya Popular 2017

Agak-agak kau orang, fesyen baju raya apa popular untuk tahun 2017 ni? Fiza agak baju kurung kebarung, kebaya dan kurung pahang. Dan mungkin baju kurung kedah. Bak kata kembali ke zaman kegemilangan fesyen baju tradisional wanita melayu zaman dahulu. Cumanya ada perubahan pada design mengikut peredaran zaman. Nampak cantik, sopan dan ayu je mengenakan baju kurung semua tu walaupun design yang ringkas.
Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Brunei, Indonesia, Malaysia , Singapura dan Thailand. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.-wikipedia
Rata-rata butik yang ada sekarang dah sibuk keluarkan design baju kurung pahang, kurung kebarung, kebaya dan kurung kedah untuk raya nanti. Perasan tak? Fesyen ini semua Fiza nampak makin trending di laman sosial. Sebab tu Fiza kata ini antara fesyen baju raya yang bakal popular 2017 ni.

Kredit foto : Inhanna

Walaupun semacam design yang ringkas menggunakan kain plain sahaja tapi tetap sekali pandang terus boleh jatuh hati dan hati membuak-buak nak juga dapatkan satu koleksi kurung pahang, kurung kebarung dan kebaya ni. Nampak cantik bila mengenakan kebarung dengan adanya dokoh berantai tu. Tak ubah persis wanita melayu terakhir gitu. Cewahhh...

Fesyen baju yang tak di telan dek zaman. Fesyen yang masih lagi relevan di pakai sepanjang zaman pun. Walaupun dah banyak pengaruh moden dalam fesyen tapi masih dapat mengekalkan keasliaan fesyen tersebut.

Mengikut peredaran zaman, untuk kelihatan moden biasanya akan di tambah labuci, kerawang, sulaman dan sebagainya. Selain itu, potongannya juga sedikit berbeza daripada asal. Antara material yang biasa digunakan adalah satin, organza, chiffon, sutera, batik, linen dan banyak lagi. 

Kredit foto : Inhanna

JENIS KEBAYA

1. Kebaya Nyonya / sulam
Baju Kebaya Sulam dari kain kasa yang digayakan dengan kain batik sarung. Baju ini lazimnya disulam dengan motif bunga cempaka sulaman tebuk terus dan dipakai dengan kerongsang berantai.

2. Kebaya Kebarung

Kebarung adalah gabungan kebaya dan baju kurung. Kebarung sangat sesuai untuk wanita sama ada mereka yang berbadan kurus mahupun gempal. Malah ciri-ciri tersendiri yang terdapat pada kebarung, iaitu berpotongan longgar dan labuh bukan sahaja memberi keselesaan, bahkan memperlihatkan gaya sopan dan anggun si pemakai.

3. Kebaya Labuh

Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju.

4. Kebaya Sunda

Berkolar V juga berasal dari Indonesia. Di negara jiran itu, kebaya Sunda lebih popular dan diminati berbanding kebaya Jawa. Panjang bajunya setengah paha atau lebih, berkancing belakang dan sesetengahnya berkolar bulat. Agar kita nampak berkeyakinan, pilih potongan yang sesuai dengan usia, warna kulit dan postur tubuh. Misalnya, kalau kita berpostur agak gempal, jangan mengenakan bahagian atas yang terlalu ketat.

Baju kurung menjadi pilihan kerana lebih selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu. Tapi fesyen baju kurung moden pun tak ketinggalan popular raya nanti seperti baju kurung peplum, baju kurung moden dan sebagainya. Mana satu jadi pilihan di hati raya nanti?

Kredit : Nona.my

6 comments:

  1. Replies
    1. Kann..banyak betul gambar baju raya kebarung di timeline FB.

      Delete
  2. Baju kebaya memang banyak yang keluarkan tahun ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..pilih je butik mana dan pilih je harga mengikut bajet.

      Delete
  3. haa kemarin ju shopping baju raya utk kakak ju, da nmpk fesyen2 kebaya mcm ni. mengembalikan tradisional dengan nafas baru.. gituu. series cntik =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu..nafas baru cutting dia lain sikit kan

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.