Hati-Hati Membeli Buah Kurma
Kredit foto : facebook |
Kurma dan bulan Ramadhan berpisah tiada. Saat tiba bulan ramadhan, saat itu lah muncul iklan-iklan buah kurma yang ada di pasaran. Nak disebutkan di sini memang ada bermacam-macam jenama dan pelbagai jenis kurma. Baru-baru ni tular di laman sosial gambar kurma yang mengandungi telur lipas. Bagus juga mereka berkongsi cerita, dengan cara ini membuatkan ramai pembeli lebih berhati-hati dalam membeli buah kurma menjelang ramadhan beberapa hari lagi.
Ini salah satu sebab kenapa Fiza tak memilih untuk membeli kurma dalam kotak samada di bungkus rapi atau tidak. Apa yang Fiza pernah lihat kalau di pasaraya ada buah kurma yang jenis berkotak mudah di buka tanpa pita pelekat. Yang tanpa pelekat ni, kebanyakkannya pembeli akan buka sebab nak tengok jenis dan keadaan buah kurma tersebut. Ada yang cuba merasa dan ada juga yang buka sekadar untuk melihat jenis kurma. Bila kejadian ini terjadi, adakah kau orang akan membeli kurma tersebut? Jawapan Fiza memang tak lah. Di khuatiri kurang bersih setelah dibuka ditutup oleh orang ramai dan berkemungkinan juga serangga lain mudah masuk. Cuba bayangkan jika di simpan dalam stor, tidak mustahil lipas boleh bersarang dalam kotak.
Itu kisah yang jenis kotak tanpa pita pelekat. Yang dengan berpelekat pula lain kisahnya. Kisahnya tak seteruk yang tanpa pelekat. Bagi yang berpelekat rapi ni, lebih yakin untuk dibeli tapi kena pastikan tarikh yang terdapat di kotak. Biasanya akan ada tarikh di keluarkan dan juga tarikh luput. Pastikan juga keadaan kotak bersih tanpa habuk. Bukan apa, di khuatiri mereka jual stok yang lama. Kalau stok lama, memang ada potensi lah untuk berkulat atau di masuki serangga jika tidak di simpan dengan cara yang betul dan di tempat yang bersih.
Sememangnya yang dijual dalam kotak di pasaraya lebih murah tapi sanggup ke nak makan kurma beserta telur lipas? Bukan nak kata semua yang dalam kotak tu kotor dan ada lipas. Jangan finah atau kecam ye. Cuma nak ingatkan kita semua supaya lebih memilih buah kurma dengan berhati-hati agar tidak makan benda yang kotor dan tidak rugi membeli. Apa salahnya saling mengingati. Kalau dapat penyakit lain, kita juga yang susah nanti kalau tak menjaga pemakanan kita.
Hakikatnya kurma yang di jual bukan semuanya bersih ye. Fiza pernah terbaca dalam satu artikel yang sebaiknya basuh kurma terlebih dahulu sebelum makan sebab kita tak tahu bagaimana proses pembungkusan kurma dari awal sehingga di jual. Untuk lebih yakin makan makanan bersih, lebih baik basuh.

Bila ada kes macam ni, Fiza memilih untuk membeli kurma jenis timbang di kedai buah kurma. Boleh pilih pelbagai jenis kurma mengikut citarasa. Walaupun jenis timbang ni agak mahal tapi lebih berbaloi membeli. Pastikan juga penjual seorang muslim dan pembersih bukan bangla yang jaga kedai ye.
Tips Memilih Kurma Dalam Kotak
1. Pastikan kotak yang dibungkus kemas dengan pita pelekat.2. Semak tarikh luput.
Tips Memilih Kurma Jenis Timbang
1. Pastikan kedai bersih2. Pastikan bekas kurma yang di letakkan bersih dan bertutup
3. Pastikan peniaga seorang muslim yang pembersih
4. Pastikan kurma di ambil dengan menggunakan sarung tangan, plastik atau pencedok yang bersih dan diletakkan dalam bekas yang bersih.
Itu sebahagian tips dari Fiza, ada tips lain kau orang boleh tambah komen di ruang kotak komen di bawah. Kalau dah berhati-hati juga memilih dan membeli kurma tapi dapat juga yang ada telur lipas tu, anggap saja bukan rezeki kita. Yang penting, kita dah usaha memilih yang terbaik daripada tak usaha lansung.
Kadang-kadang mereka yang berniaga hanya fikirkan keuntungan sahaja tak fikir tentang pengguna. Bukan semua peniaga tapi kebanyakkannya begitu. Bulan puasa ramai yang ambil kesempatan ambil untung lebih berniaga tak ikhlas menjual ala kadar sahaja yang penting untung. Sedangkan sepatutnya bulan puasa kita di sepatutnya lebih ikhlas dalam berbuat apa sekalipun. Lagi-lagi berniaga makanan. Banyak sangat kes jual makanan basi, makanan tak habis semalam di jual hari ni. Bukan setakat itu sahaja, berniaga ala kadar makanan tak cukup sifat tapi jual mahal pun ada. Kalau nak disebutkan memang banyak. Harap-harap tahun ni tidaklah begitu. Semoga mereka yang berniaga ikhlas mencari rezeki yang halal. Barulah berkat dan murah rezeki.
Sekadar berkongsi cerita dan pendapat. Tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana perniagaan buah kurma. #jangankecam
Sekadar berkongsi cerita dan pendapat. Tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana perniagaan buah kurma. #jangankecam
Kawan memang allergic dengan kurma ni sebab time asrama dulu ada kes tersalah 'kurma'. Tak perasan terambil lipas pula yang seakan-akan kurma. Kah!
ReplyDeleteserius? memang trauma lah macam tu.
DeleteAdoii kena hati2 lepas ni kalau nak beli kurma.. Geli pulak rasa nak makan..
ReplyDeletememang kena hati² Lea kalau nak beli kurma
DeleteTengok dan pilih sebelum beli..
ReplyDeleteye, betul tu
Deleterasa yg ni mesti dari yg timbang tu kan. sbb biasa mmg dah terdedah kan..
ReplyDeletebiasanya jadi camni yang jenis berkotak simpan lama tu kak
DeleteTq utk tips.. lagi satu nak tambah, biasa sblm makan kurma..mak akan cuci dulu kurma tu & belah dua..masa tu blh tgk kurma tu ok ke tak dalamnyer..heheh...
ReplyDeleteTerima kasih untuk tambahan tips :)
Deletebtl juga tu. kena latih diri cuci sebarang jenis mknn even bpack pun.
ReplyDeleteye Jun.pastikan makanan bersih sebelum masuk mulut.
DeleteMemamg perlu hati-hati beli apa pun sekarang ni.boleh pula kan nak dekat ramadan ada kisah kurma macam ni.sabar jelah.boleh digunapakai tip yang fiza kongsikan tu.
ReplyDeleteJanji Kita
itulah pasal kak..masa nak bulan puasa dia keluar lak viral buah kurma bertelur lipas ni.huhu
Deletethanks for the tips..mungkin lepas ni kena basuh kurma dulu.yelah, kita tengah lapar selalu main ngap je..huhu
ReplyDeletesebelum ni tak tahu kan..sekarang dah tahu, kenalah basuh dulu sebelum makan
DeleteScary bila nampak kutu kurma ni.. kalau tak perasan, dah makan agaknya..huhuhuhu
ReplyDeletekalau tak buka tu mesti dah ngap terus kan..huhu..so scary
Delete