Kembara Ke Selatan Malaysia
Perkara paling seronok dalam dunia bila dapat bercuti kembara jelajah sesebuah tempat yang kita teringin sangat nak pergi. Siapa yang tak seronok dan teruja kalau dapat bercuti kan? Sudah tentu semua orang nak bercuti. Ye, kalau boleh dapat bercuti selalu. Tapi disebabkan kekangan masa dan bajet. Kita kena pandai merancang percutian kita. Niat di hati memang teringin nak bercuti di luar Negara. Setakat ini, baru bercuti satu Negara. Tapi niat nak kembara jelajah Malaysia itu lebih teruja lagi sebenarnya. Tak perlu nak jelajah jauh, jelajah Malaysia sudah cukup. Habiskan dulu kembara satu Malaysia, baru tahu seronok ke tidak.
Apa yang Fiza nak kongsikan di sini, sepanjang bercuti di dalam Malaysia ini paling seronok kembara ke Selatan Malaysia iaitu Kluang, Johor sebab banyak aktiviti yang mencabar dan menarik Fiza dapat buat sepanjang 3 hari 2 malam. Susah nak dapat peluang bercuti dengan melakukan banyak aktiviti. Rasanya macam kena datang ke Kluang semula untuk bercuti sebab banyak lagi aktiviti dan tempat-tempat yang tak sempat nak jelajah. Kena bercuti seminggu baru cukup agaknya lah.
Sepanjang Fiza tinggal di Johor, memang ini kali pertama Fiza jejak kaki di bumi Kluang dan sekaligus bercuti. Untuk 3 hari 2 malam, tidur di hotel yang sama disebabkan lebih mudah tak perlu nak berpindah ke hotel lain. Menginap di hotel yang agak murah tapi tak macam hotel murah. Selesa, kemas dan memang puas hati. Cukup lengkap apa yang tersedia di hotel tersebut. Perkhidmatan pekerja pun sangat bagus. Bila penginapan bagus, secara automatik mood bercuti pun bermula dengan baik. Kalau nak booking hotel yang lebih murah dan bajet, sila gunakan perkhidmatan Traveloka.
Sebelum bercuti di Kluang, Fiza dan suami sudah rancang jadual bercuti supaya nanti tak buang masa nak mencari tempat atau baru nak merancang nak ke mana. Rugi! Lebih baik merancang awal. Seperti yang di rancang, awal pagi hari pertama kami lakukan aktiviti yang mencabar dengan mendaki Gunung Lambak, Kluang dengan ketinggian 1400m. Ambil masa 4 jam untuk mendaki dan menuruni Gunung Lambak. Melepas keinginan setelah sekian lama berehat melakukan aktiviti mendaki. Banyak lagi Gunung dan bukit dalam Malaysia yang masih belum di tawan.
Sudah penat dengan aktiviti mendaki, terus kembali ke hotel berehat . Selepas makan tengahari, rehat dan solat zohor Bergerak ke UK Farm Kluang untuk satu lagi aktiviti yang menarik mendekati haiwan-haiwan peliharaan di ladang tersebut. Tapi malangnya, aktiviti jelajah ladang tak dapat nak di laksanakan disebabkan masa tidak mencukupi. Itu sebabnya kena datang Kluang lagi di masa akan datang. Tak perlu nak jauh-jauh ke Sabah untuk nikmati suasana ladang yang cantik. Kalau dapat ke Sabah lagi seronok. Masih dalam Malaysia lagi kan.
Disebabkan kepenatan, balik hotel semula untuk berehat lagi dan bersambung esok nya. Hari terakhir di Kluang menjalankan misi mencari makanan sedap di Kluang. Apa lagi yang di cari kalau bukan nasi lemak. Tak Malaysia lah kalau tak pekena sarapan nasi lemak kan. Singgah makan sarapan di tempat yang paling popular di Kluang iaitu Kluang Rail Coffee yang sentiasa ramai orang. Rugi kalau datang tak singgah sini. Menu dia semua sedap-sedap. Rasa nak makan semua menu yang ada. Tapi cukuplah dapat merasa nasi lemak dan roti yang sedap ini. Seterusnya Fiza jalan-jalan cari makan lagi mencari menu lontong tapi sayangnya habis awal. Ini juga salah satu sebab kenapa Fiza kena datang Kluang lagi. Makanan di Kluang sedap-sedap semuanya. Bukan setakat di Kluang sedap. Di seluruh Malaysia makanan semua sedap-sedap.
Muka Bahagia dapat makan nasi lemak. Hanya di Malaysia |
Bila perut sudah kenyang dan bertenaga, teruskan aktiviti jelajah Kluang dengan singgah di Laman Kreatif Kluang di mana ada banyak lukisan dinding yang menarik di sepanjang lorong. Memang seronok melihat semua lukisan yang cantik dan sempat juga bergambar sakan di setiap lukisan yang ada. Lukisan dinding juga sudah menjadi salah satu daya tarikan di setiap negeri dalam Malaysia.
Disebabkan kesuntukan masa untuk balik rumah. Fiza sempat berada di Kluang sampai tengahari dan terus gerak balik rumah. Jadi, masa sangat dengki dengan percutian Fiza. Makanya perlu datang lagi ke Kluang. Ini baru jelajah Kluang belum lagi jelajah banyak tempat-tempat menarik lagi dalam Malaysia. Kalau nak di kongsikan percutian dalam Malaysia ini boleh buat satu buku. Boleh masukkan sekali kisah berbulan madu di Kuantan, percutian di Melaka, Langkawi, Kuala Selangor dan banyak lagi.
Sepanjang berada di Kluang semua aktiviti yang dilakukan memerlukan berjalan kaki lebih sikit daripada biasa. Barulah namanya pengembaraan yang mencabar. Sebelum bercuti, pastikan rancang dulu perjalanan ye.
Kalau nak bercuti secara percuma yang bernilai RM1000, cepat cepat sertai #MyTravelAdventure sekarang dan bakal tamat pada 15 Mei 2017. Terbuka untuk semua blogger. Nak menang? Kena patuhi semua syarat-syarat yang di tetapkan.
Malaysia is Awesome
Wah bestnya! Nisha pun kdg2 terasa nak bercuti dlm Malaysia. T.T Kalau boleh, nak bercuti kat sini dulu baru pi luar negara. Nanti ada banyak jumpa kwn2 & kenalan baru ~~ Tapi tulah, InshaAllah kalau ada rezeki Nisha ronda satu Malaysia satu hari nanti :'D
ReplyDeleteKalau boleh nak explore seluruh pelusuk Malaysia kan. Kalaulah dapat memang syok :)
DeleteSelamat datang ke daerah kelahiran WP.
ReplyDeleteAda banyak lagi tempat yang menarik di Kluang.
Saya makan roti and coffee je hari tuh datang sana...
ReplyDeletesebab dah kenyang mse pergi tuh, nanti nak datang lagi..hihii
Qekra bila jalan2 ke suatu tempat suka try test food. i'm loving food ;)
ReplyDeleteeee best nya =D
ReplyDelete