Nasi Goreng Nasi Ayam

Macam dah lama juga tak update entri menu masakan Fiza ye. Tersibuk tanpa sengaja dengan kerja-kerja lain juga. Kerja apa lagi, kalau bukan menyiapkan tempahan sampul duit raya hipster. Blog pun tak berapa nak sempat jengah. Sekadar update entri sehari satu, itupun kalau sempat dan ada idea. Bila tengah takde idea, mood pun automatik mereput gitu je.

Sebelum Fiza membebel panjang lebar, nak ucapkan selamat bercuti untuk semua. Jadilah dapat bercuti sehari. Cuti hari wesak dah disahkan sebagai cuti umum. Jadinya, semua negeri bercuti. Dapat juga berehat sehari. Yang tak bestnya bila cuti sehari waktu tengah minggu. Kalau hari cuti dekat dengan hujung minggu, dah tentulah lebih seronok bercuti panjang.

Hari cuti, macam biasa Fiza tak cuti. Ada je kerja menunggu dah disenaraikan dalam kepala ni ha. Salah satu kerja yang tak pernah cuti adalah memasak. Fiza memang suka memasak daripada membeli di luar kecuali memang waktu makan berada di luar ataupun malas masak. Bila ada kerajinan masak, macam-macam masakan nak di masak.

Semalam tiba-tiba macam teringin makan nasi ayam tapi bahan tak cukup pula. Hentam saja masak tanpa cukup bahan. Ala, bahan yang takde cuma timun dan daun sup je pun. Walaupun tanpa dua bahan pun tetap tidak sempurna kan. Tapi masih sedap!

Tengahari dah makan menu nasi ayam. Makan malam pula Fiza ubah menu menjadi nasi goreng nasi ayam. Lebihan nasi ayam dan ayam goreng madu tu Fiza buat nasi goreng. Caranya dengan masak nasi goreng kemudian campurkan dengan ayam goreng madu nasi ayam tu yang dah di potong kecil-kecil. Gaulkan bersama nasi goreng dalam kuali.  Rasanya dia memang super sedap. Cara tu lebih sedap berbanding hanya letakkan ayam goreng madu bergitu je.


Nasi goreng pedas dan di tambah ayam goreng madu memang kombinasi yang terbaik. Seriously sangat sedap. Tak percaya, sila cuba. Biasanya menu makan malam Fiza dan menu lunch tak sama sebab tu macam jemu kalau makan menu yang sama dalam masa sehari. Sebab tu terfikir nak masak nasi goreng nasi ayam tu. Nasib baik sedap. Kalau tak, tak menjadi la eksperimen masakan Fiza. Kadang-kadang perlu juga cuba sesuatu yang baru. Betul tak?


4 comments:

  1. sedapnya kak.. busyra tak pernah buat mcm ni. nnti boleh try.. lamanya tak post pasal makanan dlm blog.. huhu

    ReplyDelete
  2. Boleh buat lapar balik perut ni bila tengok nasi goreng ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi-lagi kalau time hujan memang syok makan nasi goreng panas pedas kan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.