10 Tips Lulus Permohonan Google Adsense

10 Tips Lulus Permohonan Google Adsense | Sebenarnya ada banyak tips untuk lulus mohon google adsense hasil dari pembacaan melalui blog-blog yang berkongsi tips tersebut. Dari apa yang Fiza baca, kebanyakkannya berkongsi tips yang lebih kurang sama dan untuk entri ni Fiza akan kongsikan tips lulus permohonan Google Adsense melalui pengalaman sendiri.

10 Tips Lulus Permohonan Google Adsense

Untuk pengetahuan semua, Fiza bukan mohon sekali terus dapat. Malah dah gagal berbelas kali mohon google adsense, baru sekarang terima berita yang positif dari google adsense. Ada juga blogger yang mohon sekali terus dapat. Bergantung pada blog masing-masing. Syukur masih berpeluang menjana pendapatan melalui google adsense pula. Tak sia-sia blog berpuasa daripada nuffnang dan innity. Setiap kali permohonan Fiza di tolak atas isu-isu di bawah ni.
1. Make sure that your pages have sufficient text – websites that contain mostly images, videos or Flash animations will not be approved.
2. Your content should contain complete sentences and paragraphs, not only headlines.
3. Ensure that your website is fully built and launched before you apply for AdSense – do not apply while your site’s still in a beta or “under construction” phase or only consists of a website template.
4. Place the ad code on a live page of your website. It does not have to be the main page, but test pages that are empty except for the AdSense ad code will not be approved.
5. Provide a clear navigation system for your visitors so that they can easily find all of the sections and pages of your website.
Bila dapat masalah isu yang sama, berkali-kali juga Fiza perbetulkan dan mohon semula. Apa yang Fiza buat untuk selesaikan satu persatu masalah itu, antaranya :

10 Tips Lulus Permohonan Google Adsense

1. Mempunyai teks yang mencukupi dan entri yang berkualiti.

Untuk bahagian ni, Fiza unpublished segala entri yang kurang 300 patah perkataan. Jika ada masa, Fiza akan edit semula untuk cukupkan teks lebih daripada 300 patah perkataan.  Bukan sahaja entri yang kurang perkataan, malah entri giveaway, entri yang banyak gambar, entri yang ada video dan animation pun Fiza unpublished. Memang kerja yang agak leceh. Kata nak lulus, kena lah ada usaha sikit. Pastikan juga entri berkualiti dengan isi yang memberi maklumat atau memberi kesan kepada pembaca. Kau orang boleh kaji lagi macamana nak hasilkan entri yang berkualiti sebab definisi entri berkualiti ni Fiza kurang arif.

2. Entri Yang Lengkap

Pastikan blog kau orang mempunyai ayat dan perenggan yang sempurna. Bukan semata-mata ada tajuk dan gambar sahaja. Jika ada, unpublished segala entri yang hanya mempunyai gambar sahaja. Contohnya macam entri wordless wednesday.

3. Blog Yang Lengkap.

Pastikan juga blog telah sempurna sebelum mohon google adsense samada dari paparan komputer mahupun versi mobile. Jangan buat sebarang editing ketika proses permohonan.

4. Pastikan Tiada Masalah Untuk Letak Kod Iklan

Untuk mohon google adsense, kau orang akan di minta untuk letakkan kod iklan google adsense ke dalam layout blog untuk pemantauan blog selama mana proses permohonan dibuat. Tapi masa ni, iklan tidak akan muncul, cuma untuk tujuan trace sahaja. Jika kau orang ada masalah untuk letakkan kod iklan, Fiza sarankan kau orang tukar template blog kepada responsive blog. Rupanya selama ni gagal mohon google adsense disebabkan template blog yang tidak sesuai. Sebab tu ada masalah untuk letak iklan. Tak hairanlah kalau semua dah dibuat masih gagal, gara-gara masalah template blog sahaja sedangkan masalah lain dah selesai. Menyesal tak tukar template blog awal-awal. Buat rugi beli mahal tapi tak berbaloi. Jadi, buatlah pilihan template blog yang terbaik ye.


5. Pastikan Navigasi Blog Jelas

Untuk selesaikan masalah ini, wajib ada navigasi yang lengkap dalam blog. Dan pastikan paparan navigasi komputer selaras dengan dengan paparan mobile. Nak lagi lengkap, kau orang tambah gadget label/ tag untuk memudahkan pembaca mencari apa yang mereka mahukan dalam blog.

Selesai 5 masalah  yang kerap Fiza dapat yang menyebabkan Fiza gagal mohon google adsense selama ini. Untuk tambahan tips yang lain, sila teruskan membaca.

6. Tiada Entri Copy Paste

Jangan sesekali atau dua kali atau lebih ada entri copy paste. Jika ada, sila unpublished atau edit dengan menggunakan ayat sendiri.

7. Pastikan blog mempunyai About Me, Contact, Disclaimer, Privacy Policy dan Sitemap.

Untuk melengkapkan lagi blog kau orang, pastikan ada About Me, Contact, Disclaimer, Privacy Policy dan Sitemap. Ini untuk menyakinkan pihak google bahawa blog kau orang di yakini dan dipercayai.


8. Tiada Iklan Lain Dalam Blog

Fiza ada terbaca juga yang sebelum mohon google adsense, jangan letak iklan lain dalam blog. Kenalah berpantang dari sebarang iklan di blog semasa proses permohonan. Mungkin ini salah satu faktor gagal mohon dek kerana memberi saingan kepada google adsense.


9. Rajin Update Entri Secara Berkala.

Pastikan kau orang seorang blogger yang rajin update entri secara berkala, iaitu mengikut aturan dan jadual. Contoh paling bagus sehari sekali atau kalau terlebih rajin 3 kali sehari. Paling malas pun seminggu sekali. Tapi pastikan entri berkualit dan memberi impak kepada pembaca.


10. Blog Berusia 6 bulan

Pastikan blog kau orang telah berusia 6 bulan ke atas dan mempunyai traffik yang bagus setiap hari.

Bila dah lengkap semua tips di atas, bolehlah mohon google adsense dengan yakin. Fiza tak beri jaminan 100% kau orang akan lulus dengan mengikut tips melalui pengalaman Fiza. Fiza mohon pun gagal berkali-kali. Akan tetapi, kau orang boleh usaha sebab setiap orang pengalaman dan masalah berbeza setiap kali mohon google adsense. Jika masalah kau orang sama dengan masalah yang pernah Fiza hadapi, boleh rujuk entri  ni untuk selesaikan masalah tersebut. Sekurang-kurangnya perkongsian dari seorang newbie ni sedikit sebanyak dapat membantu juga. Betul tak? 

Kepada yang bertanya tips lulus permohonan google adsense, ini sahaja yang dapat Fiza kongsikan memadangkan Fiza bukanlah pakar google adsense. Baru nak bermula, akaun pun belum aktif dan iklan pun tak muncul lagi ni. Almaklumlah, saya budak baru belajar. Jika salah, tolong tunjukkan. Apapun, gagal sekali tak bermakna gagal untuk selamanya. Teruskan usaha sampai dapat. Faham? Ikutkan hati dan pengalaman susah payah Fiza, memang Fiza dah putus asa dah. Tapi demi mu google adsense, ku usahakan jua.

29 comments:

  1. PC sendiri pun masa mohon banyak kali ditolak..

    ReplyDelete
  2. InshaAllah dgn tips yg kak fiza kongsikan ni dpt membantu blogger lain.. InshaAllah..

    ReplyDelete
  3. terima kasih..sampai masanya mesti terajin nanti :)

    ReplyDelete
  4. rasanya mmg xda ciri2 blog ju untuk lulus ujian adsense. tp boleh jadikan rujukan sb blog ju pun masih baru. kena slow dlu buat masa ni upgrade satu persatu lagi2 penulisan dlm blog.. btw, terima kasih share tips tau =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe Jun, persiapkan blog sebelum apply. mana tahu nanti bila apply terus dapat. rezeki masing-masing kan :)

      Delete
  5. Yeahhh tahniah fiza.. lea apply tak pernahnye nak lulus.. Dah putus asa dah... huk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe Lea, boleh cuba lagi. mana tahu ada rezeki Lea

      Delete
  6. aida ni amat la kebelakangan bab tips blogging ni, fiza.
    fiza pun tahu kan.
    ari tu try test apply adsense.
    tup tup dpt email, terus successful. alhamdulillah...
    baru la aida baca2 pasal adsense.
    baru aje tempek few banner kat blog.
    semua aida follow tutorial dari blogger.
    tgk la camne. moga ok la kot. skang ni dlm proses pemantauan lagi kan fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah. itulah, dalam proses pemantauan kedua. harap berjayalah hendaknya. Aminn

      Delete
  7. bagus tip camni., nnti wak try gak la.,
    abes pinterest tu camne pulak?

    ReplyDelete
  8. Thank you sebab sharing benda ni...saya punya google adsense "needs attention".saya dah tak tahu nak buat macam mana at last saya buang blogger saya😭.menyesal saya and saya buat blogger baru dengan belajar dari kesilapan terburu-buru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, sayangnya! Takpelah, kita mula dari awal. Semoga berhasil dikemudian hari.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.