Adab Beraya di Rumah Orang
Mesti hari ni semua orang super sibuk siapkan persiapan raya esok. Tak jengah dah blog masing-masing. Selain sibuk dengan persiapan raya esok, mesti sibuk juga upload gambar di media sosial. Betul tak kau orang? Tiba-tiba tak sabar nak berhari raya esok. Nak berkumpul ramai-ramai dan makan segala menu raya yang sedap-sedap. Haishhh rasa terliur sudah bila sebut menu raya. Sabar, sabar tunggu esok ye.
Teruja macam mana pun sambut raya, adab beraya di rumah orang kena jaga juga. Bukan main terjah je bila nak datang beraya. Takde istilah surprise tuan rumah ye. Lainlah kalau dah terbiasa jadi rutin datang rumah sedara pada waktu-waktu tertentu. Antara adab-adab beraya yang perlu kau orang ingat :
1. Beraya pada waktu yang sesuai
Penting sangat beraya pada waktu yang sesuai. Paling tak berapa gemar kalau tetamu datang waktu maghrib atau tak balik-balik sampai tengah malam. Agak-agak lah kan kalau datang waktu maghrib tuan rumah nak berehat dan menunaikan solat maghrib yang tempoh masanya tak berapa panjang tu.
Elakkan beraya sampai lewat malam, tuan rumah pun penat nak berehat dan nak tidur. Nak sambung sembang, sila sambung kat kedai kopi esok-esok.
Jika ada tetamu lain ketika datang beraya, datang beraya di lain masa kalau perjalanan dekat. Takut-takut nanti tuan rumah sibuk tak dapat nak melayan semua tetamu yang hadir dengan adil. Dan kalau tetamu yang agak-agak dah lama beraya tu nampak tetamu lain datang, sila-silalah angkat kaki ye. Risau juga kalau ada tetamu yang datang berkecil hati sekiranya tak di layan dengan elok.
Waktu makan tengahari juga tak sesuai sebenarnya untuk beraya. Tiba-tiba tengah menjamu selera makan tengahari, tetamu datang pula. Kalau tak di pelawa segan pula. Nak di pelawa, hidangan cukup-cukup untuk keluarga je. Dah rasa serba salah pula kan. Lainlah kalau kau orag di jemput untuk datang tengahari makan bersama. Tapi kadang-kadang rezeki tetamu yang datang dapatlah makan goreng ke, bihun goreng ke. Jangan kita sebagai tetamu ni meminta-minta pula.
2. Makan Sebelum Beraya
Nak pergi beraya ke rumah orang, latih diri untuk makan dahulu sebelum beraya. Pergi beraya bukan nak makan besar kat rumah orang ye. Jangan expect yang tuan rumah akan hidangkan kau orang makanan yang banyak. Tak semua rumah ada masak nasi, ketupat, lemang semua tu. Jangan kecewa kalau tuan rumah hanya hidangkan kuih je. Berlaparlah kau orang nanti. Yang ada anak kecil pun, beri makan pada mereka dulu dan sediakan bekal. Takut-takut nanti meragam kalau lambat makan atau lapar. Tak kan nak susahkan tuan rumah sediakan makanan mengikut apa yang anak kita nak.
3. Menjaga Tingkah Laku
Datang beraya rumah orang jangan buat macam rumah sendiri pula. Masuk-masuk terus capai makanan yang ada tanpa dipelawa. Apalah salahnya bertanya khabar dan bersembang dulu dengan tuan rumah. Bila tuan rumah dah pelawa makan, baru lah makan.
4. Beringat Ketika Makan
Makanlah dengan sopan santun jangan buat macam makan di rumah sendiri. Makan sekadar perlu, jangan sampai makan tak ingat orang lain nak makan juga. Jangan makan macam orang kebulur. Sebab tu di ingatkan, makan sikit di rumah sebelum beraya di rumah orang. Kalau makan kuih pun, sekalipun kuih tu sedap jangan pulun hadap sorang sebalang. Berpada-pada ketika makan di rumah orang. Entah-entah kat rumah tu ada sebalang je kuih raya tu, sudahnya habis terus tetamu lain tak merasa. Cukuplah sekadar merasa. Faham?
5. Jaga Percakapan
Percakapan juga perlu di jaga ye kakak-kakak makcik makcik semua. Jangan masuk rumah orang, kau orang komplen dekorasi rumah orang. Langsir warna tak cantiklah, perabot ni tak sesuai lah dan macam-macam lagi yang tak sedap didengar oleh tuan rumah. Itu kan rumah dia, yang kau orang sibuk nak cakap itu ini dah kenapa? Walaupun kenalan rapat atau keluarga sekalipun. Hati tuan rumah perlu di jaga juga kan. Kata datang beraya nak bermaafan juga, kenapa perlu sakitkan hati orang lain. Ye tak? Nak bergurau pun biarlah kena masa dan tempatnya. Takut ada kata-kata yang buat sesama kita terasa pula. Bersembang pun biarlah perkara-perkara yang elok.
6. Elakkan Bergossip
Ini penting ni. Mentang-mentanglah dah lama tak berjumpa, sekali berjumpa macam-macam gossip dikeluarkan. Dah tambah dosa mengumpat pula. Tapi kalau tak bergossip macam tak best pulak kan. Sila cari topik yang sesuai untuk bersembang. That's all.
7. Bantu Tuan Rumah
Jika tuan rumah tinggal sorang, ringankan tangan bantulah tuan rumah sediakan apa yang perlu untuk melayan kita tetamu yang ramai datang beraya. Kesian tuan rumah bertungkus lumus sorang-sorang nak menjamu kita. Lagi-lagi kalau tuan rumah yang telah berusia. Tentu kurang larat nak siapkan semuanya dalam masa yang cepat. Kalau dah makan, basuh pinggan untuk ringankan beban tuan rumah. Kesian kalau kita balik nanti, pinggan bertimbun dalam sinki siapa nak basuh dalam keadaan sorang-sorang tu. Basuh pinggan sikit pun dah memadai dan mengurangkan beban mereka. Mana tahu, tak sempat cuci pinggan lagi tetamu lain pula datang.
8. Pantau Anak-Anak
Jika ada anak kecil, pantaulah anak-anak sebaiknya. Jangan biarkan dia usik barangan tuan rumah, makan bersepah dan berlari-lari. Kalau barang rosak, satu kerja pula nak mengganti. Jika anak masih kecil, jangan biarkan dia makan sendiri. Suaplah mereka supaya tak bersepah. Jenuh juga tuan rumah nak mengemas dan menyapu nanti. Kalau air tumpah, kuah tumpah jadi satu kerja pula tuan rumah nak mengelap. Pantau selagi boleh jangan tak pantau lansung. Didik anak adab bila pergi ke rumah orang.Jadilah budak baik macam Akiffe ni |
9. Jangan Hadap Handphone Je
Tahulah zaman sekarang zaman melekat dengan handphone je. Apalah salahnya lupakan seketika masa bersama handphone tu dan ambil masa meluangkan masa dengan tuan rumah. Bukannya selalu berjumpa dan dapat bersembang. Nak ambil gambar pun kena beringat. Ini rumah orang kenalah behave sikit ye. Jangan kau bantai selfie sepanjang beraya. Semak juga tuan rumah memandang. Lagi satu jangan meminta-minta password wi-fi. Nyampah!
10. Bersalaman dan Bermaafan
Last but not least, bersalaman dan bermaafan lah sesama kita. Lupakan kisah dendam. Buka buku baru untuk hidup yang lebih tenang. Hari raya hari untuk kita bergembira dan mengeratkan silaturahim. Bersalam pun kena tengok-tengok juga mana yang muhrim mana yang tidak.Cukuplah 10 je Fiza berikan. Kau orang pun mungkin merasakan benda yang sama macam yang Fiza fikirkan dan mungkin ada yang tak setuju dengan apa yang Fiza kongsikan ini. Apapun mana yang kita boleh elakkan, kita elakkan demi menjaga hubungan baik kita sesama manusia. Kalau ada yang kau orang nak tambah, yang tak puas hati. Sila komen di kotak komen ye. Selamat hadam adab-adab beraya dan selamat berhari semua.
Post a Comment