Berjaya Turunkan Bounce Rate Bawah 10%
Sejak bertukar template blog baru ni ada banyak perubahan positif yang Fiza dapat kecuali satu je yang negatif nya iaitu traffik blog melalui dashboard blogger berkurang. Yang lain setakat ni memberikan kesan yang bagus terutamanya dari google analytics. Sebelum bertukar template, bounce rate blog Fiza lebih kurang 80.++ %. Sangatlah tidak bagus untuk kualiti blog sebab kalau boleh kurangkan bawah 40% . Dan apa yang Fiza tahu bawah 10% lagi terbaik.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah bounce rate? Fiza pun bukan pakar untuk menjawab soalan tu. Apatah lagi nak bercakap panjang lebar pasal bounce rate. Setakat tahu beberapa maklumat penting hasil dari pembacaan dan berusaha untuk kecilkan nilai bounce rate.
Semakin kecil nilai bounce rate, semakin bagus kualiti blog
Apakah bounce rate?
Bounce rate adalah peratusan yang di kira dari pengunjung datang ke blog sehinggalah mereka keluar semula dari blog. Sebagai contoh, seorang pengunjung datang ke blog hanya membaca satu entry sahaja, selesai membaca terus tutup dan keluar dari blog tidak membaca entry yang lain yang terdapat dalam blog.
Jika pengunjung suka dengan blog kita, dia akan baca entry yang menarik yang terdapat blog dan tidak hanya membaca satu entry. Dan bila keadaan ini berlaku, nilai peratusan bounce rate dapat dikecilkan dan sekaligus kualiti blog kita semakin bagus. Maksudnya orang suka baca apa yang kita tuliskan ataupun entry yang ditulis menarik perhatian pembaca.
Oleh sebab tu, ada beberapa cara untuk turunkan nilai bounce rate.
1. Letak related post/Link within di bawah setiap entry untuk menarik minat pembaca membaca entry yang berkaitan.
2. Letak Popular Posts di sidebar untuk menarik minat pembaca membaca entry yang popular.
3. Pilih template/design blog yang sesuai untuk pengunjung.
4. Loading blog laju lagilah pembaca suka. Kalau lambat loading, tiada pengunjung yang sanggup tunggu.
Oleh sebab tu, ada beberapa cara untuk turunkan nilai bounce rate.
1. Letak related post/Link within di bawah setiap entry untuk menarik minat pembaca membaca entry yang berkaitan.
2. Letak Popular Posts di sidebar untuk menarik minat pembaca membaca entry yang popular.
3. Pilih template/design blog yang sesuai untuk pengunjung.
4. Loading blog laju lagilah pembaca suka. Kalau lambat loading, tiada pengunjung yang sanggup tunggu.
Ada cara lain juga untuk turunkan nilai bounce rate, tapi ini antara cara senang yang biasa blogger buat. Dalam masa yang sama, tingkatkan kualiti entry dan penulisan blog supaya pengunjung suka membaca dengan apa yang kita kongsikan/tuliskan. Jadi, bila mereka suka baca dah tentulah mereka akan membaca entry yang lain lain juga dalam blog kita. Ini juga adalah satu cara juga untuk turunkan nilai bounce rate. Semakin kecil nilainya bermakna pengunjung merasakan blog tersebut bermanfaat dan ia juga untuk mengetahui sejauh mana blog memberi kepuasan kepada pengunjung. Mesti kau orang nak pengunjung suka datang dan berpuas hati dengan blog kau orang. Betul tak?
- Nilai bounce rate blog lebih penting daripada traffik blog.
- Nilai bounce rate ini adalah data untuk mengetahui sejauh mana kualiti blog di mata pembaca/pengunjung blog.
Kiraan Bounce Rate
Untuk mengetahui nilai bounce rate, kau orang boleh tengok melalui google analytics. Pastikan letak code google analytics dalam blog terlebih dahulu. Setelah itu, boleh lah semak prestasi blog melalui google analytics dan pantau nilai bounce rate blog masing-masing.Alhamdulillah, nilai bounce rate terkecil yang pernah blog Fiza dapat setelah membuat beberapa perubahan dalam blog seperti yang Fiza dah beritahu tadi. Berjaya turunkan bounce rate bawah 10%. Kalau tak, punyalah susah nak turunkan daripada 80% sebelum ini.
wahh.. ubai pun masih beljar lagi nk turun kan bunce rate ni.
ReplyDeletedia seronok bounce sana- bounce sini, stresss..
heheh
tahniah azhafizah...bukan sng nak turunkan bounce rate
ReplyDeleteKalau ikut blogger HH terlalu rendah pun tak berapa bagus... Rate yang bagus antara 10-40% untuk sebulan..
ReplyDeleteBestnyaa... sy punya blog still tinggi bounce rate huhu T-T
ReplyDeletebestnya..tahniah. harini sy punya bounce rate kat blog 80%..huhuhu.. banyak pulak. selama ni bawah 20% je..
ReplyDeleteoo..macam tu ya. hmmm..hmm
ReplyDeleteLetak. Video maka bounce akan rendah..
ReplyDeleteCara paling sonora hahaha
Ilmu baru ni. Thanks share.
ReplyDeleteGile rendah tu fiza... Lea punya bounce rate susah betul nak turun..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin.
ReplyDeleteUyul nak buat comeback nih selepas hampir sebulan menyepi dalam dunia blogging!
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
problem la blog afzal.bounce rate naik mendadak jadi 80++%. user 1K lebih tapi pv 1K lebih je. tu kalau tgk kat Google Analytic. Klau tgk statistic kat blogspot 6k lebih pv
ReplyDeletetak check pun lagi bounce rate ni...rasa macam tinggi je
ReplyDeleteArghhhh.... terima kasih info mmg tgh pening ni bounce rate capai 80+ nak nages...
ReplyDeletebestnyaaa kak fizah! tahniahhh.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
alhamdulillah..thanks share.baru tau pasal bounce rate ni.semoga maju jaya
ReplyDelete