Bulan Jun Yang Di Nantikan
Hai Jun! Semangat nak berjumpa bulan Jun tahun ni. Akan datang, macam-macam akan berlaku dalam bulan Jun nanti. Sedia maklum kita sedang menunaikan ibadah puasa dan pada hujung bulan jun nanti Hari Raya Aidilfitri yang dinantikan oleh mereka yang berpuasa di dalam bulan ramadhan. Lepas hari raya pertama boleh tunaikan ibadah puasa enam pula.
Selain hari raya yang di nantikan, Fiza juga menantikan penghujung Jun hari jadi encik suami. Boleh sambut masa raya nanti mesti lagi meriah. Dalam bulan Jun bulan yang istimewa tahun ni sebab dalam bulan Ramadhan mengikut tahun Islam. Jadi, bulan ramadhan yang mulia ni bolehlah kita semua umat islam menghayati ramadhan yang mulia penuh barakah. Tambahkan amalan apa yang patut.
Bulan Jun, target Fiza untuk blog masih samar-samar lagi. Misi bulan Jun nak perbaiki traffik blog makin meningkat. Bulan puasa agak jarang update blog disebabkan kekangan masa dan idea. Tambah pula traffik blog sedang merosot gara-gara tukar template blog. Ada yang perasan tak blog Fiza dah berubah? Okay ke tidak? Lebih kurang dengan template sebelum ni simple je cuma lain sikit. Macam biasa Fiza gunakan template responsive dan mesra SEO online je. Bila beli template online hanya perlu edit apa yang perlu. Kalau buat sendiri memang tak cukup masa nak hadap blog.
Sekarang sibuk dengan tempahan sampul duit raya dan tempahan design. Fiza ambil tempahan yang Fiza rasa sempat nak buat. Untuk tempahan sampul duit raya akan tutup tak lama lagi sebab pos laju pun akan tutup 2 minggu sebelum raya katanya. Jadi, kalau nak tempah silalah tempah awal ye. Nanti kecewa, kecewa sorang-sorang lah ye. Dah bagitau awal-awal dah. Jangan kata nanti tak perasan pula ye.
Paling best bulan Jun sebab banyak cuti. Bila hari cuti, siap sedia lah untuk bersesak di mana-mana terutamnya jammed di jalan raya. Itu yang tak berapa nak di nantikan tu.
CUTI UMUM BULAN JUN 2017
1 Jun Khamis Hari Gawai Sarawak 2 Jun Jumaat Hari Gawai
Hari KeduaSarawak 12 Jun Isnin Hari Nuzul Al-Quran Kelantan, Kuala Lumpur,
Labuan, Pahang, Perak,
Perlis, Pulau Pinang,
Putrajaya, Selangor &
Terengganu25 Jun Ahad Hari Raya Puasa Semua Negeri 26 Jun Isnin Hari Raya Puasa
Hari KeduaSemua Negeri 27 Jun Selasa Cuti Hari Raya Puasa Semua Negeri (kecuali
Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
Seronoklah banyak cuti. Lagi-lagi cuti raya tu memang bercuti sakan masing-masing.
bestnya jun
ReplyDeleteye, jun yang dinantikan
DeleteWelcome jun. maksudnya kita dah berada di pertengahan tahun.
ReplyDeleteye, betul tu kak
Deleteeh..eh..aku pon sama lah fiza.cuma suami aku birthday tengah bulan..hehe
ReplyDeleteselamat berpuasa yer..
marilah kita buat apa yg patut untuk orang yg tersayang
Deletexprsan psl cuti jun.
ReplyDeletecuti jun banyak yui :)
Deletesmoga dipermudahkn smua rncgn bulan june ni =) insyallah amin ya rabb. Ju da siap hntr borang cuti untuk raya last week.. smgt nak cuti ngn family xD
ReplyDeleteAamin...terima kasih Jun.
Deletelama aida x jengah sini fiza.
ReplyDeletekekangan masa. ramadhan.
then internet yg semput.
blog fiza always cantik.