Elakkan Makan Makanan Yang Telah Di Proses
Akhir-akhir ni kita banyak mendengar tentang berita kematian seseorang akibat kanser. Bukan kanser yang biasa-biasa kita dengar, kanser baru yang baru wujud sehingga kan doktor sendiri tidak mengenal pasti kanser yang tersebut. Salah satu sebab wujudnya kanser baru ni adalah dari segi gaya pemakanan harian kita.
Zaman sekarang terlalu banyak makanan yang telah diproses ada di pasaran. Motif utamanya adalah untuk memudahkan pengguna dalam menyediakan makanan harian. Tanpa sedar, ianya boleh menjadi pembunuh senyap.
Apakah makanan yang di proses?
Makanan yang diproses ialah makanan yang telah di bungkus menggunakan pembungkusan seperti tin, plastik, kaca dan sebagainya dan mempunyai bahan-bahan tertentu untuk menjadikannya tahan lebih lama tersimpan selagi belum tarikh luput dan dibuka. Kaedah yang digunakan seperti menyejuk beku, dehidrasi dan proses aseptik. Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi untuk tujuaan keselamatan dan penggunaan yang mudah.
Jadi, tak hairanlah kenapa terlalu banyak makanan yang telah di proses semakin banyak di pasaran. Mungkin juga selaras dengan gaya hidup zaman sekarang yang masing-masing terlampau sibuk dengan kerja. Akan tetapi sesuatu yang mudah bukanlah sesuatu yang terbaik untuk kita di masa akan datang. Terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bagus dalam makanan yang diproses, antaranya:
- Pewarna
- Penstabil
- Peluntur
- Pengemulsi
- Melembutkan
- Pengawet
- Pemanis
- Perisa
Setiap satu bahan mempunyai fungsi masing-masing dalam membuatkan makanan tersebut lebih sedap, lebih sihat dan lebih tahan lama untuk disimpan. Tapi percayalah, makanan tersebut bukan menu sihat seperti yang kita fahami. Barang-barang dapur di rumah kita yang sedia ada pun kebanyakkannya mempunyai makanan yang diproses. Contohnya seperti sardin, mee maggi, sosej dan sebagainya,
Bagaimana Makanan yang diproses menyebabkan kanser
Sesetengah bahan kimia sintetik yang di gunakan bersifat karsinogen. Individu yang kerap makan daging yang diproses seperti sosej akan berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67 peratus.Selain itu, makanan yang diproses mempunyai tinggi gula, lemak dan garam, serta kurang nutrien dan serat punca peningkatan masalah obesiti dan juga penyakit kronik di seluruh dunia.
Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA), salah satu bentuk lemak paling bahaya yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Ini kerana ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh. Bukan itu saja, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses turut meninggikan risiko penyakit jantung. wallahu'alam
Mulai sekarang, kurang-kurangkan lah makan makanan yang di proses. Sebaiknya pilih makanan yang sihat untuk menu setiap hari. Kata orang lebih baik kita mencegah daripada mengubati.
Mulai sekarang, kurang-kurangkan lah makan makanan yang di proses. Sebaiknya pilih makanan yang sihat untuk menu setiap hari. Kata orang lebih baik kita mencegah daripada mengubati.
Sumber: Majalah iSIHAT
Perkongsian yang menarik..
ReplyDeleteAM selalu stok sosej gan daging burger sentiasa ada dalam peti sejuk..
dah kena elakkan dah nie..
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
itulah, kekadang tu mesti ada stok sikit² kan..selagi boleh kita kurangkan, kita kurangkan pengambilan tu :)
DeleteTq info.
ReplyDeletesama sama :)
DeleteKanser memang pembunuh sneyap. nak elak anak-anak dari makan sosej dan nugget agak susah sebab suami suka sangat belikan :(
ReplyDeletecuba-cuba buat homemade punya kalau dah biasa makan :)
Deletelepas ni kena elakkan lah makan makanan proses ni...
ReplyDeleteselagi boleh kita elakkan, kita elakkan :)
Deletetq sharing this info fizah ;)
ReplyDeletesama sama kak :)
Deletehuhu. memang selalu makan pon time2 emergency.
ReplyDeletekena la kurangkan ni
itulah kan..kekadang tu xdpt nak elak..huhu
Deletebtl ju setuju tnpa sedar mknn fast food ni pembunuh dalam diam =(
ReplyDeletekan..tahu-tahu je ade penyakit. menakutkan =__='
Delete