Esok Hari Raya

Hari ni hari sabtu dan esok hari raya. yeay! Confirmlah ramai yang dah sampai kampung sejak petang semalam sebab esok hari raya. Ke ada yang dah bercuti awal dari semalam? Untunglah dah sampai kampung awal. Semangat raya lebih berkobar-kobar kalau dah sampai kampung tu. Bila esok hari nak raya, hari ni masing-masing super sibuk siapkan pelbagai persiapan akhir untuk hari raya esok.

Rasa tak sabar nak makan ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, kuah lodeh dan semua kuih raya yang ada. Bukan selalu dapat makan semua ni kalau bukan musim raya. Jadi, bila raya tiba haruslah pulun apa yang ada. Bukan bedal makan semua tapi merasa sikit-sikit apa yang ada. Lagi-lagi masakan mak-mak kita yang sedap. Memang syok makan sampai tak pandang kiri kanan bila makan.



Selain tak sabar nak makan juadah hari raya semua tu. Tak sabar juga nak bergaya dengan baju raya baru dan berhari raya jumpa saudara mara dan kawan-kawan. Meriahnya raya bila semua keluarga berkumpul. Inilah seronoknya bila hari raya. Barulah meriahnya raya. Masa ni lah nak bersembang kisah-kisah lama yang mengembalikan nostalgia. Itu yang buat lagi seronok tu. Tapi paling tak suka bila yang bertanya soalan cepu emas. Well, kalau orang tanya just berikan senyuman yang paling manis dah cukup. Okay? Tak perlu tarik muka masam walaupun hati sakit teruk. Anggap je soalan tu macam soalan biasa ja sebab takde topik nak menyembang. Dan kau orang pun elakkan bertanya soalan cepu emas kepada mereka yang tertentu ye.
Sempena hari raya yang bakal tiba ni, Fiza nak ucapkan selamat hari raya untuk semua umat islam yang menyambut hari raya aidilfitri esok. Fiza nak minta maaf juga jika ada salah dan silap Fiza pada kalian semua. Mana tahu ada tersilap kata tersilap tulis yang membuatkan kau orang terasa tanpa sengaja. Semoga kau orang semua enjoy berhari raya. 
Raya pertama Fiza akan beraya di Kuala Pilah dan juga Segamat. Siapa #teamrayapilah #teamrayasegamat kita geng! Kau orang beraya di mana? 

5 comments:

  1. Salam aidilfitri.. Saya dan keluarga beraya di bandar sahaja.. Kampung dah tak de orang tua.. Ada salah dan silap.. Mohon maaf.. 0-0

    ReplyDelete
  2. Batu Pahat tahun ni..hehee.. Selamat Hari Raya ya sis..ya..soalan cepumas...nona selalu dapat ...hmmmm

    ReplyDelete
  3. Sally raya kat KL je tahun ni..hehehehe..SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

    Kalau ada tersalah kata, terguris hati, terlepas bicara,tersalah komen, terburuk sangka..harap ampun maaf...

    Semoga ikatan ukhuwah kerana Allah akan terjaga dan sentiasa dalam rahmatNya..

    Terima kasih sbb menjadi sahabat di alam maya ni..dan semoga kita semua sentiasa dlm redha Allah..

    ReplyDelete
  4. Hari ni dah boleh makan ketupat, lemang.

    Selamat hari raya

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.