Ikan Lais Masak Lemak Cili Api

Balik kampung kalau mak tak masak ikan sungai memang tak sah. Mesti ada ikan sungai tak kira jenis ikan apa. Yang penting ikan sungai mesti ada. Balik kampung beberapa hari lepas, ada rezeki dapat merasa ikan lais. Ikan lais ni jarang-jarang sekali dapat stok. Biasanya dapat ikan baung je beli dengan orang kampung ataupun beli di Pasar Tani.

Mungkin di tempat lain, ikan ni dipanggil dengan nama lain. Tapi di kampung Fiza di Segamat lebih dikenali dengan nama ikan lais. Ikan lais ni isinya tak banyak sebab bentuknya leper. Kalau sekor yang kecil memang tak puas makan. Tapi disebabkan isinya yang sedap, memang layan je makan. Biasanya ikan lais akan di masak lemak cili api, masak asam, bakar ataupun masak pais.

Paling Fiza suka masak pais tu. Memang sedap dan cara masak pun mudah sangat. Tapi yang biasa mak Fiza masak bila anak-anak balik kampung, ikan lais masak cili api ni. Hidangan yang sesuai untuk di makan beramai-ramai sebab berkuah. Kalau tak cukup ikan lais tu, merasa kuah pun jadilah kan.

Ikan Lais Masak Lemak Cili Api

Fiza kongsikan resepi ikan lais masak lemak cili api versi kampung cara mak Fiza masak. Mudah yang amat. 

Bahan-bahan 
Ikan Lais
Cili Api (sukatan ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Santan ( 1biji kelapa)
2 cawan Air 

Cara Masak
1. Blend cili api dan kunyit.
2. Masukkan bahan blend ke dalam periuk bersama santan, air, garam, asam keping dan ikan lais. Kacau rata semuanya.
3. Letakkan periuk atas dapur dan mula mengacau untuk elakkan tahi minyak. Bila ikan hampir masak, perlahan kan api dan biarkan masak. Kalau rajin nak kacau sampai masak pun boleh.

Mudah sangat kan? Kalau dah biasa sangat masak versi kampung macam ni. Confirm nak masak lemak je selalu. Tapi tak bagus juga sebab santan tu berlemak kan. Bab nak mengacau kuah tu yang leceh sikit. Kalau bertahi minyak mak mesti membebel. Ye lah, orang dulu sangat tertib dan teliti cara masakannya. Zaman sekarang je main hentam je memasak. Ikut tekak sendiri takpe lah. Kalau ikut tekak mak, banyak kena tolak markahnya.


14 comments:

  1. Sedapnya ikan lais.
    Dah susah dapat sekarang ni
    Mungkin dah hampir pupus agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah nak dapat..kadang² bermusim juga kan

      Delete
  2. Saya suka ikan lais. Tak banyak tulang. Nipis he badan dia.

    Kalau salai lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah salai..biasa yang fresh tu terus masak lemak cili api, goreng berlada ke ataupun bakar.

      Delete
    2. Semasa saya sekolah dulu, sambil mandi sungai sambil menjala ikan. Biasanya dapat ikan baung, lais, tapah.

      Sekarabg dah kurang ikan. Sungai tercemar.

      Fizah tinggal mana sebab biasa makan ikan lais. Ramai yg tak tau ikan ni.

      Delete
    3. seronoknya menjala.pernah juga ikut abah pergi menjala kecik² dulu. kampung di segamat, johor :)

      Delete
    4. Fizah,
      Kita sekampung.
      Segamat fizah kat mna?

      Kalau bimbang takut orang tau, tak payah beri tau.

      Delete
    5. Kalau fizah baca profile saya lengkap tu u will know that i am from kampung.

      Delete
  3. ikann lais baru first time dengar huhu

    ReplyDelete
  4. Yeahhh.. lea nak buat masak lemak cili api jugak.. Tapi dengan daging salai.. hiks.. Nampak sedap sangat ikan ni..

    ReplyDelete
  5. kalau family akak la kan,diorang tak makan ikan sungai..tp tak semua dalam family tak makan,adik-adik je tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kak..tak semua orang suka makan ikan sungai dan tak semua suka makan ikan laut. citarasa masing-masing :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.