Ikan Seluang Goreng Berlada & Masak Asam

Hujung minggu macam ni kalau dapat berbuka bersama keluarga di kampung memang seronok rasanya. Tapi apakan daya bila masa tidak mengizinkan. Syukur minggu lepas dapat berbuka bersama keluarga di kampung. Bila teringat kampung, teringat lah menu masakan kampung. 

Macam yang pernah Fiza ceritakan. Setiap kali balik kampung, mesti ada stok ikan sungai. Sebelum ni Fiza ada update ikan lais masak lemak cili api. Kali ni Fiza nak kongsikan pula resepi ikan seluang goreng berlada dan ikan seluang masak asam dengan cara masakan kampung ikut cara mak Fiza. 

Ikan seluang ni kecil dan banyak tulang. Agak leceh nak makan asingkan tulang. Lagi sedap kalau digoreng garing. Boleh makan terus dengan tulang-tulang sekali. Cicah pula dengan sambal belacan. Memang sedap sangat.

Ikan Seluang Goreng Berlada


Ada kalanya jemu juga bergoreng saja tanpa kuah. Abah Fiza suka masak goreng berlada tanpa goreng terlebih dulu. Kalau jenis Fiza, suka goreng ikan dulu kemudian baru goreng berlada. Balik kampung ni kena masak ikut citarasa abah lah. 

Bahan-Bahan
Ikan seluang
Cili api*
2 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci kunyit*
Minyak masak
Garam
Air
1 keping Asam Keping 

Cara Masak
1. Tumbuk/ Blend bahan yang bertanda *. Nak lagi sedap, gunakan kaedah tumbuk guna lesung batu.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
3. Masukkan ikan dan tambah air sikit. Kalau nak berkuah, lebihkan air sikit.
4. Masukkan garam dan asam keping. Kacau rata sekejap dan biarkan masak. Kacau jangan sampai ikan hancur pula ye.
Ikut citarasa mak Fiza pula, suka makan ikan seluang masak asam. Masak asam lagi senang. Bahan-bahan pun tak banyak mana.

Ikan Seluang Masak Asam


Bahan-bahan
Ikan seluang
Cili Api*
1 inci kunyit hidup*
2 keping asam keping
Air secukupnya
Garam

Cara Masak
1. Blend cili api dan kunyit.
2. Masukkan bahan blend ke dalam periuk bersama air, ikan, garam dan asam keping.
3. Letakkan periuk atas dapur, nyalakan api kacau rata dan biarkan masak.

Mudah sangat kan? Cara orang masak dulu-dulu mudah je. Janji ada garam sebagai perasa pun dah sedap. Bakar ikan tanpa garam cicah dengan sambal asam pun dah sedap. Haishhh..Terliur tiba-tiba.

14 comments:

  1. Ikan seluang.. Goreng sahaja sedap.. Lain lain tak de feel. Sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu. lagi sedap makan kan kalau bergoreng. kalau makan masak lain leceh nak asingkan tulang yang kecil² tu

      Delete
  2. ikan seluang ye... akak pernah makan tp tak tahu nama apa... hehe sedap nampak masak asam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kekadang kita memang tak tahu nama jenis ikan kalau jarang makan.

      Delete
  3. ikan kecik2 ni biasa goreng je opun dah umphh makan dengan nasi panas2 . perghhh

    ReplyDelete
  4. cop masak asam.. Sedapnye fiza.. nampak menyelerakan masak asam tu..

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak jumpa ikan seluang.
    Dulu2 selalu tangkap, sedap digoreng garing2, ngap terus dalam mulut mamah dengan tulang2nya sekali.
    Buat ikan kering pun sedap.
    Nostalgia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap goreng garing makan dengan tulang² sekali tu. ikan kering tak pernah buat pula

      Delete
  6. sedapnya makan dengan nasi panas2..menghirup kuah tu

    ReplyDelete
  7. ikan seluang seingat dulu buat main je sekarang ade nilai komersil haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.