Juadah Raya 1 Syawal
Masa yang ditunggu-tunggu untuk makan pelbagai juadah raya di 1 Syawal a.k.a Raya Pertama. Raya pertama kebiasaanya menu yang ada semua meriah-meriah dan sedap yang takde hari raya kedua dan ketiga melainkan tak habis dan panaskan untuk esoknya. Pada raya pertama ni lah kau orang akan jumpa dengan pelbagai menu utama yang berbeza di setiap tempat. Tapi ketupat lemang dan rendang menu biasa yang ada setiap tempat. Cuma versi lain-lain mengikut tempat.
Juadah Raya di Kuala Pilah
Rendang Ayam Daun Puding
Rata-rata orang kampung pilah mesti ada masak rendang ayam daun puding ni. Pertama kali Fiza rasa sejak sambut raya di Pilah selepas kahwin, terus jatuh cinta dengan rasa ayam rendang daun puding ni. Pada mulanya agak pelik juga di campurkan dengan daun puding. Tapi bila dah rasa, sedapnya lain macam. Masakan mak-mak mestilah sedap. Cuba Fiza yang masak, tak sama dengan mak mertua masak.
Ayam Masak Gulai
Selain ayam rendang daun puding, mesti ada ayam masak gulai. Perlu juga ada lauk berkuah untuk pilihan mereka yang suka lauk berkuah terutamanya husband Fiza.
Rendang Daging
Asyik ayam, ayam dan ayam. Rendang daging pun ada juga mak mertua masak di hari raya pertama tapi biasanya masak sikit je la sebab permintaan lauk ayam lagi tinggi daripada lauk daging. Hehe...
Ketupat
Kalau rajin dan ada daun kelapa, adalah ketupat di hari raya pertama. Paling tidak pun ada pemberian dari orang lain.
Puding Laici
Untuk pencuci mulut, mak mertua Fiza tak pernah lupa nak buat puding laici. Ada lebih mak mertua akan bekalkan untuk Fiza bawa balik kampung Segamat.
Kredit foto : norafizasyakilla.blogspot.my |
Juadah Raya di Segamat
Lemang
Kalau di kampung Fiza of course lah wajib ada dan makan lemang sebagai menu utama. Masa raya je dapat makan lemang yang abah buat sendiri. Puas hati dapat makan lemang abah buat. Tak pernah tak sedap.
Rendang Daging Kerbau
Mak Fiza memang suka makan daging kerbau. Biasanya akan tumbangkan sekor kerbau dan bahagian-bahagiannya dikongsikan anak beranak dan juga sedara mara yang dah booking awal. Daging kerbau buat masak rendang atau gulai. Memang sedap sebab kurang lemak.
Nasi impit
Beraya di segamat dari kecil jarang sekali ada ketupat. Mungkin sebab dah ada lemang. Mak lebih senang buat nasi impit je sebab takde orang nak menganyam ketupat pun.
Kuah Kacang
Dah ada nasi impit, of course kena ada kuah kacang baru sedap makan. Kalau ada kuah lodeh @ lontong lagi sedap rasanya kan.
Kat tempat kau orang apa yang disajikan di hari raya pertama? Rasa teringin nak makan macam-macam raya pertama ni. Teringin nak makan lontong, soto dan menu yang rare sikit. Harap-harap dapat lah. Bukan senang nak dapat macam-macam dalam masa satu hari kan.
Selamat Hari Raya.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera.
Saya suka daging kerbau.
ReplyDeleteSusah nak dapat sekarang.
Selmat hari raya.
Haihhhh terus kenyang kita baca menu makanan awak tau...hahaha
ReplyDeletewow menu menu semua memang mengundang sangat.. sedapnyaa =D
ReplyDeletesemua best...tapi akak lebih suka makan dengan kuah kacang atau rendang ...lodeh pun sedap jugak tu
ReplyDeletemeriahhhnyaaaaa makanannn raya. biasa umah uyul dah munjung awal, pagi raya tak masak berat berat dah,
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
sedap-sedap nyer fiza.
ReplyDeletemeskipun semua kita boleh makan bukan time raya.
but bila raya, semua ni jadik extra istimewa, kan :)