Rahsia Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama

Makan ulam tanpa sambal belacan agak tak sempurna rasa nikmat makan. Kalau kat kampung wajib ada sambal belacan. Sambal belacan dicampur dengan belimbing buluh memang sedap kalah sambal belacan moden. Yang tradisional juga yang sentiasa sedap. Memandangkan susah sangat nak dapat belimbing buluh tu, kita buat sambal belacan moden aje lah tapi masih sedap dan tahan lama. Nak tahu rahsianya? Sila baca entri ni sampai habis.

Kalau kau orang peminat sambal belacan nak makan sambal belacan hari-hari jenuh juga nak menumbuk sambal. Haruslah kena sediakan stok sambal belacan, barulah hari-hari boleh menghadap sambal belacan dengan ulam. Dah boleh jimat masak sayur. Dah nama pun sambal belacan moden, cara pembuatan pun moden juga dengan menggunakan blender. Kena lah guna blender untuk kuantiti yang banyak. Kalau larat nak menumbuk guna lesung batu, silakan lah ye.

Rahsia sambal belacan sedap dan tahan lama adalah semua bahan-bahan perlu di goreng terlebih dahulu. Kemudian baru lah kisar halus. Mungkin ini bukan rahsia lagi sebab kebanyakkan mereka yang berniaga sambal mesti terlebih arif bab sambal menyambal ni. Jadi, untuk Fiza yang baru berjinak dengan rahsia ni atau kau orang yang tak tahu boleh gunakan kaedah ini ye.

Bahan-bahan Sambal Belacan

Cili api merah
Belacan (1 atau 2 inci) Tapi biasa Fiza guna 1 pack kecil belacan udang terasi ABC.
Air asam jawa
1/2 sudu besar gula pasir


Cara Buat Sambal Belacan

1. Goreng cili api dan belacan menggunakan 1/2 sudu minyak masak. Goreng sehingga agak garing untuk sambal belacan tahan lama nanti.
2. Angkat dan biarkan sejuk seketika. Lepas tu baru blend bersama dengan air asam dan juga gula pasir. Kalau suka sambal belacan cair sikit, tambahlah air lebih ye.


Simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. InshaAllah boleh buat stok dan tahan lama dalam 2-3 minggu. Ada juga bahan-bahan lain yang boleh menyedapkan lagi sambal belacan dengan tambah bawang, limau kasturi dan sebagainya. Lain orang, lain resepi dan lain citarasa. Tapi of courselah cari resepi yang sedap.

11 comments:

  1. nyum nyum ! even dgn sambal, nasi dan ikan masin pun ju ble survive =D xda mknn lain dpt tandingi keenakan dan tradisional aura sambal belacan xD

    ReplyDelete
  2. Terliur tengok sambal belacan
    Cicah ulam apa nak kata *gulp*

    p/s:
    Lama tak singgah sini
    dah tukar template baru
    kemasnyaaa
    i like *love2*

    Selamat berpuasa awk (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ulam wajib ada sambal belacan kan.

      Terima kasih CK sudi singgah. Selamat berpuasa

      Delete
  3. Ya allah, terliurnya tengok masa puasa ni. hehe

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba cara ini guna air asam jawa.
    Selalu terlebih pedas atau terlebih belacan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.