Tunaikan Zakat Fitrah

Dah bayar zakat fitrah ke belum kau orang semua? Kalau belum lagi, cepat-cepat lah tunaikan zakat fitrah sebelum habis waktunya. Jangan lupa letak peringatan supaya tidak terlepas menunaikan tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk membayar zakat. Alhamdulillah, husband dah tunaikan bayar zakat untuk kami berdua. Risau betul takut-takut terlupa juga. Bila dah settle, boleh rasa senang hati dah.

Zakat fitrah
Zakat Fitrah juga disebut zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadhan, dan zakat Fitri . Zakat fitrah merupakan kewajipan fardhu ain untuk umat islam. Pembayaran zakat fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadhan bermula 1 Ramadhan sehingga 1 Syawall sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri. Zakat fitrah bertujuan sebagai pembersih diri untuk orang yang berpuasa daripada perbuatan keji dan kotor. Zakat yang dibayar diberikan kepada orang asnaf yang memerlukan dalam membuat persiapan raya mereka.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017

NoNegeriTahun 2017 (RM)Tahun 2016 (RM)Tahun 2015 (RM)
1Perlis776.5
2Kedah777
3Pulau Pinang777
4Perak777
5Selangor777
6Negeri Sembilan6.56.56.5
7Melaka6.76.76.7
8Johor76.00/8.00*5.00/8.00*
9Pahang777
10Terengganu77.60 / 7.00 / 4.50*7.40/6.80/4.60*
11Kelantan777
12Sarawak777
13Sabah777
14(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan777

Kadar bayaran zakat fitrah berbeza mengikut zon tempat/jenis beras yang digunakan. Untuk kadar zakat negeri sembilan masih sama seperti tahun sebelumnya. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Kalau masih sibuk takde masa nak pergi ke tempat-tempat yang disediakan. Boleh bayar zakat secara online. Zaman dah canggih kan, semuanya di hujung jari je. Tiada alasan lagi nak kata lupa atau tak sempat dengan adanya pembayaran zakat secara online, kerja jadi lebih mudah sepatutnya. Betul tak?

Jadi jalankan tanggungjawab kita sebagai orang yang mampu. Hukum membayar zakat fitrah itu wajib atas setiap umat islam.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus – bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

12 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.