Pelamin Kahwin Ummi Nazeera Yang Wow
Pertama sekali tahniah diucapkan kepada pelakon popular, Ummi Nazeera Nur Hidayah Dato’ Zainulabadin yang telah selamat bernikah dengan Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato' Sri Abdul Khani pada 23 Julai 2017 yang lepas dengan sekali lafaz. Tapi hari ni baru tersebar gambar kahwin Ummi Nazeera dengan pelamin kahwin Ummi Nazeera yang Wow sangat tu.
Kredit imej : google |
Di khabarkan sepatutnya mereka bernikah hari ni tapi di awalkan pernikahan pada 23 Julai lepas dalam majlis tertutup atas permintaan keluarga dan hanya 20 tetamu di undang pada majlis pernikahan mereka. Jumlah mas kahwin dirahsiakan dan Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Hari ni berlansung majlis meraikan mereka berdua yang telah selamat bernikah dengan dihadiri seramai 200 keluarga terdekat termasuk tetamu kenamaandi Hotel Le Meridien. Apa yang menarik perhatian ramai adalah pelamin Ummi Nazeera yang cantik dan setakat ni Fiza rasa belum nampak lagi pelamin macam ni.
Pelamin yang berlatar belakang kan lukisan bunga-bungaan lace 3D. Entah apa namanya nak di sebut pun tak tahu. Benda baru jadi tak tahu lah. Mungkin akan datang adalah nama pelamin ni yang bakal disebut-disebut. Bila ada pelamin cantik dan mewah macam ni, akan datang ramai lah pengantin mengimpikan pelamin sebegini. Sumber inspirasi katanya. Silalah menabung dari sekarang ye.
Pelamin dah cantik tapi sayang sebab pengantin nya tak nampak menonjol di sebab kan warna baju pengantin lebih kurang dengan warna pelamin iaitu bertemakan soft bronze kalau tak silap Fiza lah. Kalau salah, tolong betulkan ye. Ramai yang berpendapat begitu. Sepatutnya pengantin mengenakan pakaian pengantin yang kontra daripada warna pelamin baru nampak pengantin pula yang wow.
Sekadar pendapat sahaja sebab lain orang lain citarasa. Betul tak? Dah mereka suka pilihan warna mengikut tema, teruskan je. Siapa pula kita nak komen macam-macam. Yang penting, confirm ni bakal jadi viral.
Kredit imej : google |
Baju kahwin dia pun cantik oiii! Ini baru majlis meraikan pengantin. Belum lagi majlis resepsi yang bakal berlansung esok. Lebih meriah, lebih cantik, lebih mewah, lebih exclusive, lebih adorable dan semua pun lebih. Tahniah sekali buat pasangan pengantin baru ni.
Memang menyerlah pelamin dia
ردحذفCantik.. tapi tenggelam pengantinnya..
ردحذفhaah..betul tu,sepatutnya baju kawen tu lebih menonjol,kalau semua sama,macam tak naik pulak aura pengantin kan...
ردحذفank2 dato2& datin ok lah tu..
ردحذفmmg cantik2 sgt
Pelamin lagi menyerlah dari pengantin.
ردحذفBestnyaaaa, aihhh !
ردحذفLain daripada yang lain pelamin dia
ردحذفcantikkk gilakan kakkkk. ishh jelas. hehe tak2 gurau
ردحذفWah!!!
ردحذفcantik tapi pengantin tenggelam. huhuhu
ردحذفCantiknyaa pelamin dia. Sweet je ummi nazeera ni.
ردحذفeh mmg x pernah tgk! lawa kan
ردحذفlawa <3 baju macam ikan duyung <3 kalau kontra sikit lagi mesti lagi cantik ^^
ردحذفcantik pelaminnya..
ردحذفSiqah setuju jugak. Pelamin cantik tapi pengantin pun tenggelam sudah sebab warna baju lebih kurang dengan pelamin.
ردحذفcantik betul dia tau. haii pelamin dia mmg wow!
ردحذفUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan