3 Isu Yang Menyebabkan Tiada Internet (Streamyx + Desktop) dan Cara Penyelesaiannya

Mati kutu beberapa jam semalam tiada internet connection di rumah. Wi-fi terlibat sama tak boleh guna. Dari tengahari membawa sampai maghrib lamanya! Ingatkan internet takde biasa-biasa dalam beberapa minit baru ada. Tapi jangkaan tu silap sama sekali. Selepas 1 jam takde internet terus contact pihak TM untuk selesaikan masalah tu. 



Gigih ikut apa yang pihak customer service suruh buat tapi masih takde internet lagi. Pihak customer service pun dah beberapa kali reset server tapi masih tak berhasil juga. Petangnya lagi, husband balik pun call customer service dan masih juga tiada jalan penyelesaiannya. Mungkin masalah modem agaknya? Gigih lah nak pergi beli. 

Tapi elok je planning nak keluar beli modem, tiba-tiba internet connection ada pulak. Haishh..sungguh menduga emosi betul bab internet ni tau! Maksudnya bukan sebab modem rosak, sebab gangguan internet. Alhamdulillah dah ada internet connection. Jimat duit nak pergi beli modem baru. Dahlah baru beli modem TP-Link bulan april hari tu. Tak kan kena beli lagi kot? Apapun syukurlah internet dah ada. Masa call customer service tadi, takde pulak dia orang cakap ada gangguan internet.

Sepanjang melanggan Streamyx ni ada beberapa isu  pernah terjadi yang menyebabkan tiada internet. Ini 3 sebab berdasarkan pengalaman sendiri yang pernah berlaku sejak mula melanggan Streamyx dengan menggunakan router yang mempunyai sambungan wifi dan kabel LAN.

Isu 1

  • Internet LAN ×
  • Internet Wifi ×
  • Telefone Rumah ×

Punca dan Cara Penyelesaian 

1. Kabel TM dari tiang telephone utama ke rumah putus – call TM talian 100 untuk sambungan semula.

2. Sambungan dari tiang utama ke kotak putih putus – Boleh lakukan sendiri untuk sambung dawai yang tertanggal dalam kotak putih (seperti dalam gambar di bawah ) tu, kalau rasa kurang yakin nak buat sendiri, sila hubungi pihak TM untuk penyambungan dawai tersebut.

3. Router, kabel dari router ke telephone dan ke splitter & port LAN computer/laptop kena sambar petir – Beli router baru, tukar sekali kabel ke telephone dan ke splitter dengan kabel yang baru, termasuk tukar splitter yang baru. Jika port LAN terbakar, beli LAN card untuk desktop atau beli sahaja LAN USB untuk laptop. Untuk elakkan port LAN ni terbakar, selalunya orang akan pakai wifi untuk elakkan lebih banyak kerosakkan yang akan berlaku sekiranya disambar petir seperti motherboard.


Isu 2

  • Internet LAN ×
  • Internet Wifi ×
  • Telefone Rumah √

Punca dan Cara Penyelesaian  

1. Server TM down – call TM untuk periksa sambungan internet di rumah kau orang dan operator TM akan maklumkan kepada kau orang sekiranya ada gangguan internet dikawasan sekitar.

2. Router rosak kena sambar petir – beli router yang baru. Beli sendiri di kedai lebih murah dan banyak pilihan mengikut bajet dan kehendak kau orang berbanding beli router dengan TM. Namun, TM ada menawarkan penukaran router yang baru dengan dua pakej iaitu 

Pilihan 1 : TM menawarkan penggantian router dengan percuma, dengan syarat perlu menambah tempoh masa kontrak semasa dengan TM.
Pilihan 2 : Bayaran pembelian router tersebut akan dimasukkan ke dalam bil bulanan seterusnya.

Isu  3 

  • Internet LAN ×
  • Internet Wifi √
  • Telefone Rumah √

Punca dan Cara Penyelesaian 

1. Berdasarkan daripada pengalaman, terdapat gangguan internet di desktop PC. Namun boleh melayari internet menggunakan wifi, iaitu melalui laptop atau telefon pintar. Ini adalah berpunca dari Anti virus yang telah block sambungan internet, disebabkan tempoh Free license tahunan telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui, seperti Avast! Free Antivirus. – Uninstall anti virus dan periksa samada boleh melayari internet atau tidak. Jika ya, download dan install anti virus yang simple dan tidak complicated dengan pelbagai fungsi yang kau orang sendiri kurang faham dan malas nak layan.

Kadang-kadang ada fungsi yang automatik akan block sambungan internet sekiranya anti virus tersebut kenalpasti ada sesuatu yang berpotensi untuk menyerang PC kau orang. Di antara contoh anti virus yang sensitif dan complicated adalah Kaspersky dan Bitdefender. Anti virus ini akan memadam patch dan crack untuk software dan game pirate di dalam PC sekiranya kau orang tidak pandai untuk mengubah setting pada anti virus tersebut. Ia akan anggap patch dan crack tersebut sebagai virus. 

Jika TM membuka kes laporan berkenaan dengan isu-isu dihadapi, mereka akan menyelesaikan masalah tersebut dalam masa 24 jam. Dalam masa tersebut wakil TM akan hubungi kau orang dan berkemungkinan akan datang ke rumah untuk mengenalpasti masalah gangguan sambungan internet. Terima kasih TM kerana telah memberikan perkhidmatan yang baik. 

Untuk langkah keselamatan, pastikan menanggal sambungan kabel telefon ke router semasa tidak menggunakannya/tiada di rumah atau dalam keadaan petir, ini adalah punca utama router rosak yang mana petir boleh menyambar router kau orang melalui kabel telefon tersebut. Jadi, sila ambil langkah berjaga-jaga sebelum terjadi. Takde internet sangat membosankan dan bagi Fiza kalau takde internet satu kerja pun tak boleh buat sebab kerja-kerja Fiza banyak melibatkan penggunaan internet.

5 comments:

  1. good info ni. sebab kat Kluang selalu problem Wifi dia. kita tanya nak tukar Unifi. ehh 2019 baru ada kat Kluang. sedih kejap! :(

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info. Alhamdulillah so far tak ada lagi masalah macam ni. Minta-minta dijauhkan, kalau tak nanti susah tergendala la kerja. But if terjadi juga, tak apa. At least ada tip dari blog ni. Awesome!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.