4 Kegunaan Baking Soda Untuk Kecantikan

Sebut je baking soda mesti kau orang terbayang kan bahan-bahan untuk buat kek. Betul tak? Jangan tak percaya, baking soda yang digunakan dalam masakan tu boleh digunakan untuk tujuan kecantikan juga. Malah boleh juga digunakan untuk membersihkan kotoran pada perabot dan alatan memasak di dapur. Pendek kata, baking soda ni bahan serbaguna!

4 Kegunaan Baking Soda Untuk Kecantikan

1. Sebagai Pencuci Muka

4 Kegunaan Baking Soda Untuk Kecantikan
Bahan-bahan
2 sudu besar baking soda
1 sudu besar air suam

Cara-cara
1. Campurkan kedua-dua bahan untuk di jadikan pes.
2. Basahkan muka terlebih dahulu kemudian sapukan pes secara gerakan membulat

3. Bilas dengan air dan ulangi langkah yang sama setiap hari untuk lebih berkesan.

Kelebihan
Untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengimbangi paras pH kulit.


2. Penjagaan Kuku

4 Kegunaan Baking Soda Untuk Kecantikan
Bahan-bahan
Baking Soda
Sedikit Air

Cara-cara
1. Buat campuran kedua-dua bahan
2. Sapukan pada bahagian yang berkulat
3. Biarkan selama 10 minit
4. Ulangi 2 kali sehari setiap hari untuk kulat tanggal dengan mudah

Kelebihan
Baking soda membantu untuk menanggalkan kulat dengan mudah

 3. Untuk Mandian Kaki

4 Kegunaan Baking Soda Untuk Kecantikan
Bahan-bahan
2 cawan baking soda
epsom salts

Cara-cara
1. Campurkan 2 cawan baking soda bersama epsom salts
2. Rendam kaki selama 30 minit

Kelebihan
Baking soda berguna untuk membuang dan membersihkan badan dari segala kotoran dan racun

 4. Merawat Kulit Yang Terbakar Terkena Sinaran Matahari

4 Kegunaan Baking Soda Untuk Kecantikan
Bahan-bahan
1/2 cawan baking soda
1/2 cawan air

Cara-cara
1. Campur kedua-dua bahan sehingga sebati
2.  Dapatkan pemampatan yang sejuk dengan menggunakan kain yang kering dan kemas

Kelebihan
Baking soda membantu untuk melegakan kulit daripada sinaran matahari dan mengurangkan ketagalan pada kulit.

Banyak juga kegunaan baking soda ni untuk tujuan kecantikan. Tak rugi lah kalau beli baking soda banyak-banyak pun. Kalau kau orang nak berjimat tak nak beli produk tu boleh gunakan cara ni. Selain buat stok masakan, boleh digunakan untuk tujuan lain. Murah pun murah. Tapi harus di ingatkan, jika ianya memberikan kesan yang tidak elok sila berhenti menggunakannya okay. 

7 comments:

  1. terima kasih sis .... sharing tentang kegunaan baking soda untuk kecantikan :-)

    ReplyDelete
  2. Ena pon guna taw.. buat scrub muka 3ari sekali.. tp cmpur perahan limau kasturi 1sudu.. mmg pedih ckit tp kesan dia mmg best taw.. xcaya cubalah.. ngs depan cermin tgk muka makin gebu lembut nk usap2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik tu..guna limau memang pedih sikit. kena tahan sikit lah kan..huhu

      Delete
  3. betul tu fizah, memang baking soda banyak manfaat pada kecantikan dan kehidupan seharian kita!

    ReplyDelete
  4. ada 1 lagi.
    utk taburkan kat lalang.
    bantut kan pertumbuhan nyer...
    aida baru bereksperimen.
    kalu sukses baru nak share kat blog.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.