5 Aktiviti Menarik Hujung Minggu Bersama Keluarga di Tempat Percuma

Selamat berhujung minggu semua orang! SELAMAT HARI MALAYSIA dan selamat bercuti. Cuaca pagi ni sejuk je sebab malam tadi hujan. 

Kononnya pagi ni saya dan encik suami nak hiking Gunung Angsi tapi tergendala lah nampaknya. Susah juga nak mendaki bukit cuaca selepas hujan ni. Balik nanti mesti gaya macam kerbau mandi lumpur tu. Lagipun cuaca macam bakal nak hujan lagi. Jadi, lupakan saja lah niat nak hiking hari ni. 

Memerap kat rumah menyiapkan kerja yang ada, lepas tu baru lah boleh berehat sepuas-puasnya. Otak agak tepu beberapa hari ni menyiapkan beberapa artikel. Kalau kau orang suka menulis, boleh jana pendapatan dengan menulis

Apa aktiviti kau orang hujung minggu ni? Kalau takde idea nak buat apa ataupun bajet kurang nak bawa satu family bercuti, saya kongsikan 5 aktiviti menarik hujung minggu bersama keluarga di tempat-tempat percuma

Tak perlu fikirkan soal bajet yang banyak. Cukup sekadar membawa bekalan makanan dari rumah dan bawa duit belanja sikit.

1. Bermandi manda dan Berkelah di Air Terjun

Air terjun salah satu tempat percuma yang sesuai untuk luangkan masa bersama keluarga. Di sini boleh berkelah bawa bekalan dari rumah dan mandi sepuas-puasnya. Tapi ada juga sesetngah air terjun yang berbayar iaitu bayaran parking kereta. Sesetengah air terjun juga ada menyediakan kemudahan kolam air dan permainan kanak-kanak. 

5 Aktiviti Menarik Hujung Minggu Bersama Keluarga di Tempat Percuma

2. Mandi/ berkelah di Laut

Selain mandi percuma di air terjun, boleh bawa keluarga mandi air laut juga dengan percuma. Pergi lah ke laut mana sekalipun, tiada bayaran di kenakan melainkan ada private pantai. Eh, ada ke private pantai? Ada lah! Macam kepunyaan hotel tu, mana boleh terjah masuk melainkan menginap di hotel tu. Kalau orang luar nak masuk saja-saja ke pantai memang tak dapat lah.

5 Aktiviti Menarik Hujung Minggu Bersama Keluarga di Tempat Percuma

3. Main Belon Buih

Main belon buih agak trending juga untuk aktiviti hujung minggu ataupun biasa di main kan di waktu petang. Satu keluarga boleh main bukan hanya untuk budak-budak je. Kalau pandai buat belon buih dah boleh jimat modal dah tapi kalau tak pandai, sewa beli dan main aje lah. Biasanya aktiviti main belon buih ini di tempat-tempat percuma seperti dataran, pandang, tepi laut dan sebagainya. Seronok bukan?


4. Mendaki Bukit

Agak-agak nak buat aktiviti mencabar sikit, ajak keluarga mendaki bukit mengikut kemampuan masing-masing. Boleh menyihatkan badan lagi tu! Ada sesetengah bukit ada mengenakan bayaran permit dan ada yang percuma. 

5 Aktiviti Menarik Hujung Minggu Bersama Keluarga di Tempat Percuma

5. Memancing

Jika sukakan aktiviti santai, apakata cuba buat aktiviti memancing. Dapat banyak hasilnya boleh buat makan-makan bersama keluarga. Menguntung kan juga ye.

5 Aktiviti Menarik Hujung Minggu Bersama Keluarga di Tempat Percuma

Well, ada banyak lagi aktiviti yang menarik boleh di lakukan bersama keluarga di tempat-tempat percuma. Inilah namanya masa berkualiti bersama keluarga. Selain menyeronokkan, sudah tentu lah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kita Enjoy!

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.