Akhirnya Iklan Google Adsense Muncul Juga
Terpaksa mengacau beberapa orang blogger otai dalam bab google adsense ni. Terima kasih blogger Hasrul Hassan dan Wayne Harraz (www.wayneharraz.com) sebab rajin melayan soalan-soalan dan memberikan pertolongan. Walaupun masih belum jumpa jalan penyelesaiannya, Fiza sabar je menunggu kot-kot ada berlaku 'magic' tiba-tiba kan.
Berbulan Fiza tunggu dari bulan Mei sehingga September, iklan tak muncul-muncul juga. Mulalah nak salahkan template blog yang tak bermasalah ni. Memang template blog tidak bermasalah pun! Cuba juga cari jalan penyelesaiannya melalui pencarian di google. Bermacam keyword dah Fiza gunakan tapi hasilnya tetap sama. Kecewa! Eh, kau dah kenapa iklan tak nak muncul juga?
Blogger lain dapat full account dah boleh pergi jauh. Fiza??? Masih lagi tak berganjak tetap kat situ juga padahal dah dapat akaun lama dah. Bila nak move on ni? Okay, fine. Pujuk hati sendiri malas nak ambil peduli, pergi setia balik dengan innity. Gigih lah letak semula iklan innity.
Blogger lain dapat full account dah boleh pergi jauh. Fiza??? Masih lagi tak berganjak tetap kat situ juga padahal dah dapat akaun lama dah. Bila nak move on ni? Okay, fine. Pujuk hati sendiri malas nak ambil peduli, pergi setia balik dengan innity. Gigih lah letak semula iklan innity.
Selepas beberapa bulan, Fiza tergerak hati untuk mohon semula google adsense sebab baru teringat pesanan blogger abg Hasrul Hassan suruh mohon semula selepas 2-3bulan kalau masih bermasalah dengan iklan.
Sebelum ni Fiza ada terbaca juga tentang hosted dan non hosted account cuma masih samar tak faham lagi. And then rasa macam dah faham sikit, baru lah Fiza tekad nak mohon baru menggunakan email yang baru. Nasib juga email tu dah buat agak lama juga sebagai back up. Email tu Fiza set kan jadi admin blog dan juga admin google analytics supaya senang nak link kan nanti.
Masalah utama iklan tak muncul di blog
1. Email Permohonan Pernah Gagal Berkali-kali
Setelah Fiza kenal pasti puncanya adalah email yang Fiza mohon sebelum ni dan yang telah lulus pada bulan Mei hari tu adalah email yang Fiza dah mohon berkali-kali tapi gagal. Maksudnya email tu dah banyak kali digunakan. Dari pembacaan Fiza, mungkin juga google memerlukan masa yang lama untuk memulihkan email yang dah berkali-kali gagal tu. Mungkinlah kot. Ini dari apa yang Fiza fahamlah. Fiza pun tak faham sangat bab ni dan buat-buat faham je.
2. Menggunakan Platform Blogger
Cara yang terbaik untuk memohon google adsense adalah melalui website google adsense terus tanpa melalui platform blogger. Bila mendaftar melalui platform blogger secara automatiknya akan menjadikan akaun google adsense yang telah approve kepada hosted akaun.
Hosted
pendaftaran akaun hosted melalui platform blogger atau youtube yang berkaitan dengan google. Setelah blog berjaya mendaftar, pemilik akaun hanya boleh meletakkan iklan di youtube dan blog sahaja dan tidak boleh meletakkan iklan di domain selain blogger seperti .com, .net, .org dan sebagainya. Jenis akaun hosted mudah lulus dan perlu mematuhi polisi yang telah ditetapkan oleh google.
Non Hosted
Pendaftaran secara terus melalui website google adsense. Pendaftaran jenis ni agak sukar untuk lulus sebab perlu melalui dua kali review. Kelebihan akaun non hosted boleh meletakkan iklan di blogspot, youtube dan juga domain-domain tertentu. Akaun jenis non hosted agak sensitif jika berlaku sebarang isu yang melanggar polisi.
Setelah faham kedua-dua jenis akaun ni, barulah Fiza faham kenapa iklan tak muncul-muncul dalam blog. Rupanya akaun tu jenis hosted. Sepatutnya Fiza perlu dapatkan account non hosted barulah iklan muncul dengan sewenang-wenangnya dalam blog.
Fuhhhh..sebenarnya berat hati nak membuat keputusan untuk tutup akaun adsense yang dah lulus lama tu. Tapi pejamkan aje mata klik closed tu. Tak lama lepas tu Fiza cuba mohon google adsense melalui website dengan harapan berjaya dan tak sabar nak tengok iklan muncul. Dalam hati kalau tak muncul juga mungkin betul masalah template. Walaupun Fiza tahu ramai yang daftar melalui platform blogger takde masalah tapi bermasalah pada Fiza.
Jadi, dengan semangat berkobar-kobar Fiza mohon semula dua hari yang lepas. Kali ni Fiza mohon terus melalui website google adsense. Alhamdulillah pagi ni ada berita gembira, permohonan kedua telah diluluskan sepenuhnya. Tapi tak segembira yang sebelum ni sebab takut nak gembira sangat. Takut kecewa lagi. Yelah, dengar-dengar ada second review pulak.
Selepas set up semua yang berkaitan dan letak iklan, dalam beberapa minit iklan muncul walaupun belum aktif lagi tanpa sebarang perubahan kod iklan. Lepas sejam lebih baru aktif dan berjaya dapat $0.14. Akaun yang lulus sebelum ni, kalau nak iklan tu muncul dalam blog kena ubah kod dengan membuang kod slot. Muncul tu dah okay tapi bila ubah kod, performance report tetap 0. Masih lagi bermasalah kan.
Daripada menunggu je tanpa faedah, lebih baik move on mohon baru melalui jalan yang sepatutnya. Lega bila dah settle hal iklan ni. Harap-harap takde masalah dah lepas ni. Please lah google jangan strict sangat. Puas hati bila iklan dah berlegar-legar dalam blog.
Selepas set up semua yang berkaitan dan letak iklan, dalam beberapa minit iklan muncul walaupun belum aktif lagi tanpa sebarang perubahan kod iklan. Lepas sejam lebih baru aktif dan berjaya dapat $0.14. Akaun yang lulus sebelum ni, kalau nak iklan tu muncul dalam blog kena ubah kod dengan membuang kod slot. Muncul tu dah okay tapi bila ubah kod, performance report tetap 0. Masih lagi bermasalah kan.
Daripada menunggu je tanpa faedah, lebih baik move on mohon baru melalui jalan yang sepatutnya. Lega bila dah settle hal iklan ni. Harap-harap takde masalah dah lepas ni. Please lah google jangan strict sangat. Puas hati bila iklan dah berlegar-legar dalam blog.
Bila iklan dah muncul, kena meroket kan semula trafik blog untuk menambah pendapatan lebih. Semua blogger pun mohon google adsense ni. Nak mohon, boleh rujuk entri 10 tips lulus permohonan google adsense atau kau orang boleh dapatkan panduan lengkap tentang google adsense yang betul dari mula sehingga berjaya mencapai pendapatan yang banyak. Kalau tak, jadi macam Fiza guna ajaran sesat dari google yang belum sahih panduannya. Lebih baik rujuk pada satu panduan yang betul. Betul tak? Dalam panduan tu juga Fiza bertekad untuk mohon semula sebab kena ikut dari cara yang betul. Barulah semangat nak update blog lepas ni walaupun ada yang kata earnings google adsense dah tak semeriah dulu.
Blogger yang mempunyai masalah macam Fiza, jangan ragu-ragu dapatkan panduan lengkap adsense tu dan cuba mohon semula ye. Yang masih gagal, jangan bersedih. Usaha lagi dan lagi macam Fiza yang tak pernah usaha. Alhamdulillah ada hasilnya. Maaf, entri terpanjang pagi-pagi ni. Terima kasih yang gigih baca.
Alhamdulillah tahniah Fiza,,akhirnya..syukur.
ReplyDeleteTerim kasih PC :)
DeleteAlhamdulillah..:)
ReplyDeleteok..dah tau jugak la ape prob adsense leya...thanks
ReplyDeleteTerima kasih :)
ReplyDeleteIQ sedang alami masalah yang sama. nampak gaya terpaksa cuba cara yang sama macam fizah, doakan IQ berjaya! huhu
ReplyDelete