Cara Kilatkan Emas

Perempuan pantang nampak emas! Ye, itupun kalau kau orang sejenis perempuan yang sukakan emas. Kalau tak suka, memang tak layan kalau orang cakap pasal emas ni. Zaman sekarang pun dah ramai yang suka simpan emas tak kira lelaki ataupun perempuan. Tujuannya adalah untuk simpanan harta selain simpan duit. Ye lah, orang kata beli dan simpan emas lebih berbaloi dari simpan duit. Duit kalau terbakar terus jadi abu. Kalau emas, masih ada boleh digunakan. Itu lah salah satu faktornya.

Ataupun kalau kau orang bijak, melabur dalam pembelian emas. Kemudian jual ketika harga tengah naik. Gerenti dapat untung lebih. Lagipun harga emas sekarang semakin hari semakin naik. Kalau tak silap, harga 1 gm sekarang RM215. Itu harga masa bulan Ogos yang lepas masa Fiza pergi Habib. Bulan ni tak sure lah harga pasaran sekarang. Of course lah naik lagi kot sebab harga minyak pun semakin naik. Tak tahu lah apa kaitannya harga minyak dengan harga emas ni. Pekerja kedai tu yang bagitau. Entah betul ke tidak, Fiza tak pasti.


Dalam masa yang sama, Fiza tanya harga untuk cuci gelang tangan emas Fiza. Tanya punya tanya harganya mencecah  hampir RM2++ juga untuk seutas gelang. Mak oiii mahal sangat tu! Baik cuci sendiri kat rumah. Katanya dia sadur emas semula bukan cuci guna bahan kimia ke apa katanya.

Sekali lagi tak tahu nak percaya atau tidak sebab sebelum ni pernah juga terbaca yang kalau kita hantar cuci kat kedai, ada sesetengah kedai menggunakan cara kikis emas untuk nampak lebih berkilat. Jadi, ada yang pernah tertipu dengan cara kilatkan emas macam tu. Risau juga lah sebab kita yang rugi, dahlah emas jadi ringan lepas tu kena bayar mahal. Macam rugi 2 kali pula kan.

Tercari-cari juga cara untuk kilatkan emas dari internet. Tapi kecewa tak menjadi betul-betul berkilat. Kemudian jumpa cara mudah untuk kilatkan emas ni.

Cara kilatkan emas

1. Sediakan air panas dalam mangkuk.
2. Tambahkan beberapa titis pencuci pinggan dan rendam emas selama 15 minit.
3. Kemudian keluarkan emas dan gosok lembut dengan berus gigi yang masih baru untuk menghilangkan kotoran yang melekat di celah-celah sudut.
4. Bilas dengan air panas untuk menghilangkan baki sabun.
5. Akhir sekali keringkan dengan kain lembut dan gosok untuk lebih bersinar.

Mudah je caranya untuk kilatkan emas kan? Fiza nak cuba guna cara ini pulak. Mana tahu berkesan. Tak payah hantar kat kedai dah.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.