Pendapatan Google Adsense Dah Cecah 10 USD
Bila dah sampai 10 usd, akan keluar tanda merah dalam akaun google adsense macam bawah ni. Tandanya kita belum buat pengesahan alamat lagi. Tindakan selajutnya kena tunggu pin kod sampai dulu, kemudian baru lah boleh buat pengesahan. Buat masa ni biarkan je macam tu.
Your payments are currently on hold because you have not verified your address.
Katanya penghantaran surat pin kod akan mengambil masa 2-4 minggu untuk sampai ke rumah. Dalam masa tu bolehlah pulun kumpul sehingga 100 usd. Untung-untung bila dah sampai pin kod dan buat pengesahan alamat, boleh proceed untuk pengeluaran duit pula kan.
Harap-harap proses penghantaran berjalan dengan lancar hendaknya. Aaminn. Google adsense ni perlu di jaga sebaiknya. Takut kalau kena banned dan lain-lain kes. Bukan senang nak dapat. Tapi sekarang macam mudah je semua blogger nak dapat. Jadi, yang belum dapat tu sila cuba sampai dapat dan kita boleh buat duit sama-sama.
Harap-harap proses penghantaran berjalan dengan lancar hendaknya. Aaminn. Google adsense ni perlu di jaga sebaiknya. Takut kalau kena banned dan lain-lain kes. Bukan senang nak dapat. Tapi sekarang macam mudah je semua blogger nak dapat. Jadi, yang belum dapat tu sila cuba sampai dapat dan kita boleh buat duit sama-sama.
Bila dah dapat google adsense, banyak juga tapisan iklan perlu di tapis seperti iklan Nightbars, minuman alkohol, rokok dan sebagainya. Benda negatif ni kita kena tapis sebaiknya, jika tidak menggalakkan orang lain supaya beli. Tapi kadang-kadang ada juga terlepas keluar iklan yang tak sepatutnya. Itu Fiza tak pasti dari kategori mana datangnya. Rasanya dah buat tapisan habis-habisan dah. Kalau terkeluar juga tak tahu nak tapis macamana dah sebab automatik.
Blogger yang teringin nak mohon google adsense boleh rujuk entri 10 tips lulus permohonan google adsense. Cuba je dulu, mana tahu rezeki kau orang. Kalau tak cuba lagilah rugi.
wow banyaknya (^_^)
ReplyDeleteMasih perlu menabung lagi ni :)
Deletetahniah..akak tak check lagi dah cecah ke belum...hehehe
ReplyDeleteCheck nanti kak..mana tahu dah banyak :)
Deletewahhh tahniah fizah..
ReplyDeleteTerima kasih Cik Ash :)
Deletetahniah!
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deletewow rezeki, tahniah fiza ;)
ReplyDeleteTerima kasih Qekra :)
DeleteTahniah... mrs pip tak apply lagi, still byk benda nak baiki blog
ReplyDeleteHari tu dah kena reject sekali...
Terima kasih Mrs Pip. Fiza pun apply banyak kali juga baru dapat. Semoga rezeki Mrs Pulak lepas ni.Aaminn
DeleteWah cepatnya dah cecah 10usd. Tahniahh
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih CikRenex
DeleteTahniah. USD10 tu pun dah dikira banyak kalau convert ke RM.
ReplyDeleteYe, betul tu. Terima kasih :)
Deleteyeayyy.. tahniah akakkkk..
ReplyDeleteTerima kasih Busyra :)
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteTahniah..!! Nanti boleh laaa velanja Nina :)
Terima kasih. InshaAllah Nina :)
DeleteTahniah..bestnya rasa...
ReplyDeletewaahhh banyaknyaa kak.. Alhamdulillah rezeki akak :)
ReplyDelete