Semak Akaun Penjual Online Sebelum Membuat Bayaran. Elakkan Ditipu!

Shopping online dah jadi salah satu rutin manusia yang malas nak keluar shopping. Ramai yang lebih suka memilih shooping online daripada beli terus di kedai atau shopping mall. Harga barangan online pun kadang-kadang lebih murah daripada harga di kedai. Setuju tak? Tapi tak semua harganya murah.

Sesetengah barangan online ada murah dan ada mahalnya. Tapi masih lagi menggunakan kaedah yang jimat. Sebab apa? Jimat tenaga, jimat duit minyak dan jimat masa. Kalau nak beli barangan online, nak survey harga barang pun hanya ambil masa yang singkat dan tak perlu nak pergi dari satu kedai ke kedai yang lain.

Jimat masa juga tak perlu nak pergi ke shopping mall, cari parking lagi dan nak bersesak dengan ramai orang lain. Dah buang masa kat situ je padahal nak beli 1-2 barang je. Jimat duit tu sudah tentu lah sebab tak perlu nak keluarkan duit minyak dan duit parking. Beli online hanya perlu bayar kos pos. Tapi kalau jauh, kadar pos tinggi pula kan. Ada kalanya jimat duit pos dan adakalanya tak!

Shopping online ni memang seronok sebab semuanya hanya di hujung jari je shopping. Tapi kalau beli online kita tak dapat nak rasai barangan yang kita beli tu contohnya seperti jenis material, kesesuaian saiz dan sebagainya. Agak  susah juga kalau tak sesuai dengan kita bila barangan dah sampai. Jadi satu kerja pula nak refund dan sebagainya.

Lagi satu keburukkan shopping online lebih berisiko di tipu oleh peniaga online. Bagi kau orang yang suka shopping tu perlu berhati-hati ketika membuat sebarang pembayaran online. Takut nanti dah bayar, barang tak dapat-dapat. Siapa yang rugi? Diri sendiri juga kan. Jadi, untuk mengelakkan perkara penipuan berlaku. kau orang boleh semak no akaun peniaga online tersebut sebelum membuat bayaran melalui CCID (Commercial Crime Investigation Department @ Jabatan Siasatan Jenayah Komersil) Portal.

CCID PORTAL

Portal ini disediakan untuk orang awam menyemak data no akaun peniaga online yang terlibat pernah terlibat dengan jenayah komersil seperti penipuan e-banking, penipuan kad kredit dan sebagainya.  


Cara untuk semak nombor akaun peniaga online

1. Pergi ke website CCID Portal >>http://ccid.rmp.gov.my/semakmule
2. Masukkan nombor akaun peniaga dan klik semak maklumat.

Pencegahan & Tips

Kita jangan menganggap apabila membuat transaksi ke atas akaun seseorang di Malaysia adalah selamat kerana kebiasaannya akaun itu dimilik oleh orang yang tidak dikenali dan wang yang dimasukkan akan dikeluarkan dengan segera oleh pihak ketiga yang bersubahat dengan sindiket penipuan cinta-CCID Portal
Semoga kita semua di jauhkan daripada kes-kes penipuan ni. Harap tak berjumpa dengan peniaga yang tidak jujur.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.