Servis Alat Penyaman Udara Dengan Harga Yang Berpatutan

Sebelum saya berkongsi tentang cara untuk mendapatkan perkhidmatan servis alat penyaman udara pada harga yang berpatutan, saya ingin tanya satu soalan.

Berapakah bilangan alat penyaman udara yang ada di rumah ada?

Jika diperhatikan secara rawak, kebanyakan pemilik rumah pilih untuk memasang alat penyaman udara di bilik tidur serta kawasan umum seperti di ruang tamu, ruang menonton TV dan ruang makan. Jadi, bilangan alat penyaman udara untuk sebuah rumah biasanya adalah antara dua hingga lima unit. Tidak melampau jika saya katakan alat penyaman udara yang pada mulanya dianggap satu kemewahan, kini sudah dianggap sebagai satu keperluan. 

Semasa alat penyaman udara untuk kegunaan rumah mula diperkenalkan, fungsi asasnya adalah untuk menurunkan suhu rumah agar lebih selesa untuk didiami. Namun, setelah teknologi berkembang, alat penyaman udara kini mempunyai lebih banyak fungsi. Antaranya fungsi tambahannya ialah ia mampu bertindak sebagai alat penyahlembap udara (air dehumidifier) dan penapis udara (air filter). Dan kedua-dua fungsi tambahan ini adalah sangat penting dalam mengurangkan pencemaran udara di dalam sesebuah rumah.


Sama seperti penyaman udara yang terdapat di dalam kereta, alat penyaman udara yang dipasang di rumah juga perlu diselenggara dan diservis untuk menjamin ia sentiasa berfungsi dengan baik. Menurut pakar penyaman udara, alat penyaman udara yang diservis secara berkala akan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, menggunakan tenaga dengan efisien dan akan berfungsi pada tahap 95% seperti asal. 

Servis Alat Penyaman Udara Dengan Harga Yang Berpatutan

Berapa kerapkah alat penyaman udara perlu diservis?

Mengikut pengeluar alat penyaman udara, alat tersebut perlu diservis setiap tiga bulan. Tetapi ramai pemilik penyaman udara gagal mengikut jadual yang dicadangkan ini. Bila ditanya kepada pakar penyaman udara, kekerapan untuk setiap alat penyaman udara itu diservis adalah berbeza mengikut tahap penggunaannya. Contohnya, jika alat penyaman udara itu digunakan setiap malam, pastikan ia diservis oleh pakar penyaman udara setiap enam bulan di samping kerja pencucian asas yang perlu anda lakukan sendiri setiap bulan.


Bagi alat penyaman udara yang hanya digunakan dua hingga lima kali seminggu, lakukan kerja pencucian setiap dua bulan dan dapatkan khidmat servis profesional setiap lapan bulan. Dan akhir sekali, bagi alat penyaman udara yang terlalu jarang digunakan (biasanya alat penyaman udara yang dipasang di bilik tidur di kampung yang hanya digunakan semasa cuti sekolah atau musim perayaan), pastikan penapis udaranya dicuci setiap tiga bulan dan diservis oleh pakar penyaman udara setiap tahun. 

Dapatkan perkhidmatan servis penyaman udara dengan harga yang berpatutan

Tidak dinafikan terdapat terlalu ramai pihak yang menyediakan perkhidmatan ini, akan tetapi anda harus pastikan pihak yang anda upah untuk perkhidmatan itu benar-benar mempunyai kepakaran untuk melakukan servis dan penyelenggaraan untuk alat penyaman udara anda dan akan mengenakan caj yang agak tinggi. 

Jika anda tidak mempunyai kesempatan untuk mencari pakar penyaman udara yang mengenakan caj pada harga yang berpatutan dan boleh dipercayai, saya cadangkan untuk anda layari saja laman web Recommend.my

Recommend.my mempunyai beratus penyedia khidmat servis alat penyaman udara yang beroperasi bukan sahaja di sekitar Lembah Klang, tetapi di seluruh Malaysia. Selain itu, jika anda membuat tempahan untuk servis lebih dari dua unit alat penyaman udara, pihak Recommend.my sudah menetapkan caj sebanyak RM60 sahaja untuk setiap unit (sekitar Lembah Kelang). Sangat berbaloi, kan? Dapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini disini

Selamat mencuba!

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.