Tarikan Terbaru Buaian Acah-Acah Lombok Di Terengganu
Salah satu sebabnya adalah jarak yang memisahkan dan membuatkan Terengganu tu macam jauh sangat. Ya, memang jauh dari Negeri Sembilan ni. Kalau dah destinasi nya jauh, akan mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga, masa dan bajet yang lebih. Disebabkan itu, banyak sebab kenapa terbantut nak bercuti di Terengganu.
Terpaksa melepaskan angan-angan untuk bercuti di Terengganu menikmati keindahan Terengganu yang super duper menarik. Tambahan lagi macam-macam makanan sedap ada di Terengganu. Kalau sekali dapat pergi memang lenjan habis explore Terengganu. Bukan selalu dapat pergi. Sekali dapat peluang why not kita gunakan sebaiknya. Betul tak kawan-kawan?
Terkini ada tarikan terbaru di Pantai Batu Burok iaitu buaian acah-acah di Lombok. Walaupun sebelum ni telah viral buaian ala lombok di Terengganu ni, tapi yang terbaru agak lebih menarik berwarna warni dengan sentuhan Yarn Bombing My. Memang cukup cantik untuk buat photoshoot. Kaki gila bergambar, boleh datang sini untuk dapatkan gambar yang lebih cantik. Buat photoshoot memang cantik lah hasilnya nanti.
Kredit foto : Maafsebut |
Katanya, struktur binaan buaian ni hanya menggunakan batang nibong, kayu cengal dan juga tali. Selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Orang dewasa pun teringin nak buai juga kan. Rasanya buaian macam ni dah banyak di bina di pantai-pantai yang lain juga. Bagus juga inisiatif macam ni dapat menarik lebih ramai pengunjung datang. Plus, PERCUMA! Haruslah ramai yang sanggup datang walaupun dari jauh semata-mata untuk bergambar di buaian acah-acah Lombok ni.
Walaupun tempat berbeza, tapi konsep buaian yang sama seperti Pusat peranginan Lombok, Indonesia ini sudah pasti mendapat sambutan yang wow dari pelancong. Tak dapat pergi ke Lombok, dapat bergambar di buaian acah-acah Lombok di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu ni pun jadilah. jom Ganu kita!
besntya,akak pun dah lama nak ke Terengganu,nak tengok orang candat sotong dan sebagainya...bestnya
ReplyDeletewah nak pi gak lah... cantik tuhh
ReplyDeletewah.. nampak macam menarik je ni.. teman tengok pun rasa nak pergi bercuti ke sana je dah.. huhu
ReplyDelete