5 Tempat Menarik di Melaka Untuk Bergambar Sakan

Tak cukup rasanya kalau bercuti sehari di Melaka. Paling singkat pun bercuti 3 hari 2 malam. Paling lama mungkin sebulan. Ada ke orang cuti sebulan? Mungkin ada juga tapi jarang sekali berlaku. Ikut kemampuan masing-masing lah. Negeri Melaka memang terkenal dengan salah satu negeri yang banyak tempat-tempat menarik untuk di lawati terutamanya tempat-tempat bersejarah. Melaka memang win tentang sejarah dulu kala.

A Farmosa, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Kelebang dan lain-lain antara tempat menarik yang macam dah biasa sangat dengar. Jemu pula kalau datang ke Melaka asyik pergi melawat tempat yang sama aje kan. Nah, ini dia 5 tempat yang menarik di Melaka yang paling terbaik untuk bergambar sakan. Ye lah kan, zaman sekarang trending bergambar sakan. Bukan zaman dulu bergambar terhad sebab guna kodak. Paling banyak pun boleh posing dalam 30 lebih je. Zaman sekarang nak posing banyak mana pun takde hal. Janji bateri kamera kau orang masih bernyawa.

5 Tempat Menarik di Melaka Untuk Bergambar Sakan

1. Melaka Street Art 

kredit imej : google

Sejak Penang ada street art, boleh di katakan beberapa negeri lain pun turut memeriahkan street art di negeri masing-masing sebagai tarikan utama. Melaka juga tak ketinggalan melakarkan beberapa lukisan pada dinding bangunan yang terdapat di Bandar Hilir dan Sungai Melaka. Di Sungai Melaka, kau orang boleh menaiki River Cruise atau kau orang juga boleh berjalan kaki di sepanjang persisiran sungai yang menyediakan susur untuk pejalan kaki. Sepanjang jalan itu, kau orang boleh menikmati 'street ar' atau seni kulisan di dinding bangunan berdekatan.

2. Melaka Upside Down House

kredit imej : google

Dulunya, upside down sangat terkenal di Sabah. Tapi kini anda boleh pergi ke Melaka upside down house juga yang menggunakan kaedah rumah terbalik yang sama. Pendek kata, semua benda yang ada dalam dunia upside down house ni adalah terbalik. Dalam rumah ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu ruang tamu, bilik tidur utama, bilik tidur anak, dapur dan tandas.


Upside Down House Gallery
G12 & G14, Jalan Pm 7, Plaza Mahkota,
Banda Hilir, 75000 Melaka.

3. Melaka Thousand Tales of Adventures

kredit imej : google

Di dalam bangunan Melaka Thousand tales of Advetures terdapat simulasi interaktif 7D indoor yang terletak di tengah bandar Melaka. Tempat yang sesuai untuk seisi keluarga. Kau orang boleh mencabar minda kau orang dengan  bermain permainan puzzle yang menyeronokkan. Harga tiket untuk dewasan RM28 dan RM23 untuk kanak-kanak.

4. The Shore Sky Tower

kredit imej : google

Yang berbajet lebih bolehlah bergambar sakan di The Shore Sky Tower salah satu tempat menarik yang wajib datang. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Apa yang menariknya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar di mana kau orang boleh nampak jelas ketinggian dari atas. Siapa yang tak gayat dan tak takut tinggi boleh lah cuba. Kalau nak menguji keberanian kepada ketinggian pun sangat sesuai datang sini. Selain tu, kau orang boleh menikmati permandangan sekitarnya. 

The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia.

5. The Shore Toy Museum

kredit imej : google

Alang-alang dah singgah di  The Shore Sky Tower, jangan lepaskan peluang singgah di The ShoreToy Museum yang terletak di tingkat 1 Bangunan The Shore. Jika kau orang peminat permainan ataupun super heroes seperti Iron man, Batman, Transformers dan sebagainya, wajib singgah sini dan bergambar dengan superheros kegemaran kau orang.

Banyak lagi tempat-tempat menarik di Melaka yang boleh di lawati dan bergambar sakan.
A'Famosa Resort Melaka
A'Famosa Cowboy Town
A' Famosa Animal World Safari
A'Famosa Water World
A'Famosa Microlight & Sport Centre
Air Panas Bemban Jasin
Australia Village @ Masbro Village
Baba & Nyonya Heritage Museum
Bustel Klebang Melaka
Dataran Keris Alor Gajah
Dataran Pahlawan
Desa Balqis, Kuala Linggi
Dusun D’Paradise
Freeport A'Famosa Outlet
Hutan Rekreasi/ Taman Botanikal Melaka
Jonker Walk
Kampung Morten (Rumah Merah)
Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
Kota A Farmosa
Kota Belanda di Bukit St John
Magic Art 3D Museum
Malaqa House
Mahkota Parade
Masjid Kampung Kling
Masjid Kampung Hulu
Masjid Selat
Melaka Alive
Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Melaka Wonderland Water Theme Park
Menara Taming Sari
Muzium Kapal Selam
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Menara Taming Sari
Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
Muzium Lebah Sedunia
Pahlawan Walk
Pantai Puteri
Pantai Tanjung Bidara
Pantai Pengkalan Balak
Pantai Padang Kemunting
Pantai Klebang
Perigi Hang Li Po
Planetarium
Pusat Archery, Mahkota Parade
Taman Burung
Taman Botanikal
Taman Mini Malaysia & Mini Asean
Taman Buaya
Taman Rama-Rama & Reptilia
Taman Burung
The Hut, Serkam
The Li Chi Mao Art Museum
The Shore Shopping Gallery
The Shore Oceanarium
The Shore Toy Museum
Serama Camp & Event
Straits Chinese Jewelry Museum
Sungai Melaka
Villa Sentosa
Wildlife Theatre
Zoo Melaka & Night Safari

Bila senarai tempat-tempat menarik di Melaka dah panjang macam ni, rasa-rasanya berapa hari baru cukup nak pergi semua tempat? Fikirlah sendiri dan buat jadual supaya percutian kau orang tak membuang masa. 

9 comments:

  1. wah, dah lama tak ke melaka.dah ada macam-macam dah kat sini

    ReplyDelete
  2. Melaka street art tu fav spot ai.. gigih berjalan sepanjang sungai tu.

    ReplyDelete
  3. aira pernah pegi melaka street art je.. lain kali boleh singgah tempat2 ni pulak. hehe

    ReplyDelete
  4. melaka mmg akan selalu kn repeat kan.. tak puas jalan... tapi tulah 1 nya kalau pergi time weekend, tak sanggup nk hadap jem..

    ReplyDelete
  5. Lama tak bercuti kat Melaka. Banyak tempat best2 dah skrg. Lepas habis kebizian ni, hope boleh bercuti kat sini

    ReplyDelete
  6. bnyak tempat yang lisa tak pergi lagi. huhu

    ReplyDelete
  7. Melakaaaa. Rindunya la. Dulu study sini 3 tahun dekat Alor Gajah. Ya Allah! Hope dapat la datang balik ke sana dan dapatlah mengamit kenangan. Hehehe! Anyway, dah naik The Shore Tower tu. Awesome!

    ReplyDelete
  8. Ada muzium iron man di melaka. best tu, anak anak mesti suka sebab dapat nampak robot dan mainan lain kan.

    Banyak lagi yang Ibu belum sampai. Boleh rancang untuk trip seterusnya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.