6 Aktiviti Menarik di Pulau Rawa, Johor Atau Maldives Malaysia

Pulau Rawa, Johor semakin dikenali ramai dan mendapat nama gelaran Maldives Malaysia disebabkan suasananya seperti di Maldives. Pulau Rawa terletak di Mersing Johor. Sungguh pun Fiza orang Johor tapi baru nak tahu tentang kewujudan Pulau Rawa ni sebenarnya. Nak menginap di sini tak tahu entah bila sebab bajetnya tidaklah begitu murah. Kalau dah namanya ala-ala Maldives, sudah tentulah harganya ikut harga Maldives juga.

Orang kata, kalau tak dapat pergi Maldives tapi dapat pergi Pulau Rawa, Johor pun jadilah. Konon-konon dapat merasa seolah-olah berada di Maldives gitu. Tak ramai yang tahu tentang Pulau Rawa ni sebenarnya sehinggalah tempat ni semakin di kenali ramai dan viral tentang keindahannya seperti di Maldives. Semua pakat nak datang bercuti di sini.

Pulau Rawa adalah pulau karang yang kecil dan indah dimiliki oleh keluarga kesultanan Johor. No wonder lah harga percutian di sini tidak murah. Terletak 16km dari pantai timur, mersing Johor dan mengambil masa selama 1 jam dengan menaiki feri daripada Mersing untuk sampai ke Pulau Rawa.

Pulau Rawa bukanlah pulau-pulau biasa. Setiap pulau ada keistimewaan tersendiri. Pulau Rawa mempunyai air laut yang jernih, pantai pasir putih seperti salju katanya dan pulau karang yang kaya dengan hidupan marin. Betapa indahnya wei kalau dapat bercuti di Pualu Rawa. Terpesona tengok gambar-gambar Pulau Rawa ni. Untuk pengetahuan semua, terdapat 2 resort penginapan sahaja di Pulau Rawa ni iaitu Rawa Island Resort dan  Alang Rawa resort.

Rawa Island Resort
Alang Rawa Resort
Andaikata kau orang bercuti di Pulau Rawa, Johor. Pastikan kau orang buat aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang bercuti di Pulau Rawa. Kalau tak, rugilah hanya stay di resort sahaja.

6 Aktiviti Menarik di Pulau Rawa, Johor

1. Snorkeling


2. Hiking


3. Water slides


4. Scuba diving


5. Berkayak


6. Island Hoping



Kalau kau orang banyak masa bolehlah habiskan masa buat aktiviti-aktiviti yang menarik ni. Ada juga yang bercuti hanya ingin berehat dan menikmati keindahan pantai. Siapa yang tak seronok bangun-bangun je dah terdampar permandangan pantai yang cantik macam Pulau Rawa ni. Of courselah seronok dan sekaligus buat rasa tenang je. Rasanya semua pulau dah macam ala-ala Maldives. Baguslah macam tu, tak payah susah-susah pergi Jauh. Dalam Malaysia dekat jer!

Kredit foto : google

5 comments:

  1. SubhanaAllahhhhh! Bestnya kat sini!!! Macam bukan kat Malaysia. Boleh la honeymoon kat sini nanti. Ehhh! Hiks

    ReplyDelete
  2. wow..nanti nak pergilah. suka snorkeliing dan tengok hidupan laut cantik

    ReplyDelete
  3. cantiknyaa..selalu berangan nak pergi Maldives tp mmg tau x mampu..nak pegi sini pun ntah bile..ekeke

    ReplyDelete
  4. cantiknya, tak sangka kat Malaysia puna da pulau cantik mcm ni. Kena tunggu anak2 besar sikit baru boleh bawak ke tempat macam ni ;)

    ReplyDelete
  5. mak aii cantik nyer fiza.
    bila ler dpt gi ni. indah... saujana mata memandang!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.