Ada Apa Dalam Bajet 2018
Ramai yang menantikan pembentangan Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada hari ini bermula pukul 3:30 petang di Dewan Rakyat. Bajet 2018 kali ini dijangka memberikan banyak berita baik untuk rakyat dan menyediakan banyak inisiatif-inisiatif baru buat rakyat. Mesti ramai yang nak tahu apakah intipati Bajet 2018 ni. Sekurang-kurangnya masih ada berita gembira daripada berita mengecewakan.
Walaupun bukan kakitangan kerajaan, tetap nak tahu juga tentang bajet 2018 ni. Sama-sama kita nantikan dan hadam semua intipati Bajet 2018.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembentangan Bajet 2018 akan menjanjikan berita gembira khususnya kepada golongan penjawat awam.Perdana Menteri berkata, beliau akan mengumumkan peruntukan-peruntukan terbaik kepada golongan berkenaan pada Jumaat ini bermula 3.30 petang.“Seperti yang dijanjikan, saya akan umum berita gembira untuk penjawat awam, 27 Oktober ini pada 3.30 petang #Bajet2018,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.Selepas Perdana Menteri memuat naik status menggembirakan rakyat itu, laman sosial beliau dihujani komen-komen daripada pengguna yang meletakkan harapan tinggi selain berterima kasih di atas keprihatinan beliau.Antaranya, seorang rakan Facebook beliau, Mohd. Haniff Nif mengharapkan pengumuman bonus untuk penjawat awam kali ini dinaikkan sebanyak dua bulan gaji berbanding hanya RM500 sebagaimana dalam peruntukan bajet sebelum ini sejak tujuh tahun lalu.Perkara sama turut dibangkitkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebelum ini yang menuntut kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurangnya satu bulan setengah gaji kepada 1.6 juta penjawat awam bagi mengurangkan beban golongan itu yang bergaji rendah untuk menyara kehidupan dengan kenaikan kos sara hidup.Kesatuan berkenaan juga menuntut kerajaan membina rumah mampu milik untuk penjawat awam berpendapatan rendah pada kadar harga serendah RM80,000 sebuah memandangkan kebanyakan projek perumahan kerajaan seperti Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dijual pada harga RM150,000 yang disifatkan masih tinggi bagi segelintir golongan tersebut.Menerusi tinjauan cadangan di laman web khas untuk Bajet 2018, antara cadangan yang paling disukai orang ramai ialah meningkatkan elaun kakitangan perkhidmatan awam sebagaimana yang dicadangkan oleh Ravidasan berikutan kos sara hidup rakyat kini telah meningkat.Richard Samie pula mencadangkan kadar gaji dinaikkan sebanyak 4 peratus mengikut kadar inflasi semasa manakala elaun perumahan ditambah sebanyak RM100.- Utusan Online
Berikut adalah senarai intipati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat petang tadi.
Bajet 2018 kali ini bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50 berdasarkan lapan teras utama iaitu:
- merancak pelaburan perdagangan dan industri
- menuju Aspirasi TN50
- mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat
- memacu pembangunan inklusif
- mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan
- mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan ekonomi digital
- meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam
- mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.
- Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan.
- RM234.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka 2 bilion
INTIPATI BAJET 2018-2
Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.
- Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.
- Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.
- Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.
- RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus.
- Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.
- Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital.
- Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018.
- Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.
- Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan Pulau Bebas Cukai, tetapi tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.
- Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.
- Peruntukan RM1bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.
- RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.
- Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
- Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota BhINTIPATI BAJET 2018 - 4
- Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.
- Peruntukan RM1bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.
- RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.
- Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
- Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.
- Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.
- Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21.
- Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.
- Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.
- Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.*Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Dis 2018.
- Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia.
- Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar.
- Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.
- Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC.*Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016.
- Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia , hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
- Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan.
- Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.
- Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM).
- Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.
- Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.
- PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur.
- Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi.
- Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.
- Peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.
- 50 Kedai Rakyat 1Malaysia akan distruktur semula sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun.
- Mulai 1 Jan 2018, kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam,Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor dimansuhkan.
- Kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya dapat dikurangkan pada masa hadapan, memberi pilihan kepada majikan mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara sumber, tanpa melalui ejen.
- Peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan usaha pemilikan rumah untuk rakyat termasuk membina Projek Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.
- Peruntukan RM27 bilion untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
- Peruntukan geran sepadan RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.
- Peruntukan RM5 bilion dibawah Skim PembiayaanTeknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau.
- Melaksanakan Program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kadar purata kehilangan air dengan kos RM1.4 bilion.
- Peruntukan RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.
- Untuk penjawat awam, kenaikan pangkat time-based kali kedua untuk kumpulan pelaksana bagi tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama.
- Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat demikian dengan syarat suami dan isteri bekerja di lokasi berdekatan.
- Bayaran khas one-off RM1,500 kepada 9,800 ketua kampung dan Tok Batin dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya sebelum Hari Raya Aidilfitri.
- Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.
- Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Jan 2018 dan RM500 menjelang Hari Raya Aidilfitri.
- Pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Jan 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
- Bernama
Alhamdulillah ada juga yang diperuntukkan untuk ibu mengandung dan adam50
ReplyDelete