DIY Chrysanthemum Pom Pom Flower Bouquet

Lepas siap DIY Statice Flower Bouquet, Fiza DIY Chrysanthemum pom pom flower untuk konvokesyen anak buah lagi sorang esoknya. Fiza buat sekali harung je sebab takut nanti tak sempat nak siapkan sebelum pergi sana. Siapkan awal-awal senang. Fiza gunakan bunga chrysanthemum pom pom warna purple sebab ikut tema UiTM di hatiku gitu. Lagipun bunga ni lebih sesuai untuk perempuan kan. Kalau statice flower tu warna putih sesuai lah untuk orang lelaki.

Memang tak nak beli bunga jenis sama nanti tak best lah kalau sama. Sebab tu Fiza beli 2 jenis. Patutlah Fiza pilih bunga yang tahan lama sikit sebab majlis konvokesyen anak buah Fiza lagi sorang ni esoknya selepas majlis lagi sorang tu. Lupa pula bunga chrysanthemum ni jenis cepat layu. Tapi takde lah cepat sangat layu pun. Kira tahan lama juga lah sebab dia kecil-kecil. Tak nampak kesan lebam-lebam layu tu selepas 3 hari. Kira okaylah.

Menggunakan bahan-bahan yang sama dan stail yang sama dengan DIY Statice flower bouquet tu, cuma jenis bunga utama yang berbeza. Bila kau orang beli fresh flower sendiri dan buat sendiri, bunga-bunga tu lebih banyak dan puas hati dapat banyak bunga kan!.


Walaupun seni susunan tu tak berapa nak ada tapi nampak lebih wow daripada biasa yang kita nampak bunga-bunga konvokesyen yang lain. Betul tak? Of courselah Fiza nak kelainan. Bunga-bunga yang di jual masa pesta konvo pun kalau bunga ros sekuntum dua pun dah mahal. Kalau banyak apatah lagi. Lagipun bunga ros dah biasa sangat tengok. Apakata guna bunga lain selain bunga ros untuk nampak lebih berbeza. Nilainya juga berbeza kan. Bak kata husband Fiza " priceless".


What Does the Chrysanthemum Flower Mean?
As a bloom of great importance, the Chrysanthemum symbolizes concepts like:
-Lasting friendship and non-romantic affection
-Support from your family and loved ones
-Cheerfulness and good spirits, including cheering up a sad person
-Rest and recovery after a long trial or challenge
-Enduring life and rebirth, especially the birth of a child
-Loyalty and devotion, both romantic and platonic
credit google
Di sebalik bunga chrysanthemum yang cantik, ada maknanya tersendiri. Sesuailah tu untuk di jadikan hadiah masa konvokesyen kan. Kalau kau orang jenis yang suka bagi bunga pada orang lain, kalau ada masa lebih baik buat sendiri. Lebih jimat, lebih puas hati dan ada sentimental value untuk orang yang tersayang. Ada yang suruh Fiza open order dan buat bisnes flower bouquet ni tapi tak boleh rasanya nak buat sebab nak beli bunga murah-murah dan segar jauh pula. Risau juga kalau tak dapat memenuhi permintaan pelanggan kalau stok bunga takde. Mesti kecewa! Jadinya, tak perlu lah kot Fiza open order. hihi..

7 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.