The Bricks 96 UiTM Segamat Johor

Selesai sudah urusan majlis konvokesyen dua orang anak buah Fiza utara. Kemain berjalan sakan Fiza dan husband dari Utara ke Selatan. Esoknya lepas majlis konvo anak buah di UiTM Segamat, Fiza dan anak-anak buah datang lagi UiTM Segamat sebab anak buah nak pergi konvo kawan dia pula. Memandangkan takde plan apa hari tu, ikutlah dorang pergi UiTM Segamat lagi. UiTM di hatiku lah katakan. 

Bangunan dan landskap ala-ala di Jepun. Cantik!

Lepas habis sesi bergambar sakan dia orang, anak buah yang study kat UiTM Segamat tu ajak pergi satu tempat cantik dalam UiTM tu yang dipanggil THE BRICKS 96.  Kenapa the bricks? Sebab kat situ bangunan dia adalah batu bata sahaja tanpa simen. Nampaklah dekorasi the bricks tu.
"THE BRICK96"SEGAMAT
The brick96 service hostel is the first ever service hostel in Segamat. It's situated merely 10 minutes walking distance from UiTM Segamat main campus. These luxurious and prestigious accommodations cater exclusively to UiTM students. 2 types of rooms with twin bed and tripple bed are equipped with essential student needs (single room available upon request). Decorated with soft elegance, each room has a bed (with mattress and pillow), study table, wardrobe and also en-suite bathroom. The rooms are also fully air-conditioned. The floor is covered with vinyl flooring to make it feels more comfortable and elegance. Emergency lighting is located in every room and huge water tank can provide enough supply if needed. Daily room cleaning, bed sheet changing and laundry services are provided so you can focus more on your studies. Every room is decorated with fresh and elegant design, while the breathtaking lanscape complete this beautifully designed property. There are hawkers center near UiTM Gym & Sport facilities, just walking distance from the premises to get a meal.With its excellent location coupled with comprehensive facilities makes it truly an attractive place to stay for student. Why stay in a hostel, when you can stay in an iconic The Brick96 Service Hostel!-Kredit info www.thebricks96.com/about

Siapa yang berbajet besar bolehlah stay dekat The Bricks ni selama belajar di UiTM Segamat. Mewah dan sangat selesa. Kau orang tak payah mengemas, tak payah cuci baju, tak payah lipat baju sebab semua tu ada staff the bricks akan buat untuk kau orang. So kau orang boleh fokus study je. Wow! Terbaiklah kalau macam ni. Jangan kau orang jadi malas pula dan tak fokus study pula.
Bergambar depan bilik
Di tangga depan bilik
Gossip girls

Teruja tengok kecantikan pemandangan dekat The Bricks 96 ni. Tak sangka dalam UiTM ni ada hostel yang cantik. Memang untunglah kalau setiap semester duduk kat sini. Kalau tak score dekan tak tahu lah nak kata apa. The Bricks bukan sahaja cantik malah tenang rasanya datang sini. Sunyi sepi dan sesuai untuk lebih fokus belajar.

Untung juga kami orang dapat singgah sini kejap. Itupun anak buah dok ajak datang sini nak ambil gambar katanya sebab cantik. Memang cantik! Sesiapa saja boleh datang sini untuk bergambar. Tak pasti orang luar boleh bermalam disini atau tak. Kalau kau orang berminat nak datang atau bercita-cita nak datang sini mungkin kau orang boleh rujuk website The Bricks atau hubungi owner terus.

www.thebrick96.com

1 comment:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.