Tragedi Oktober dan Cuti Umum Bulan Oktober
kejam! sungguh kejam perbuatan mereka sanggup merancang dan berniat untuk membunuh. Kes masih lagi dalam proses perbicaraan. Semoga mereka mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan dan semoga mereka sedar dan bertaubat. Bukan je keluarga mangsa terkesan dengan tragedi ni. Seluruh rakyat Malaysia turut bersedih atas apa yang telah berlaku.
Seriously susah nak lupa tragedi ni sampaikan Fiza tidur pun rasa macam risau semacam je. Tidur jadi tak lena. Kau orang rasa benda yang sama tak? Walaupun dah seminggu lebih berlalu. Masih terasa baru je jadi kan. Apapun kita kena terus move on dan doakan semoga Allah lindungi kita daripada perkara-perkara yang buruk. Aaminn
Well, bulan oktober takde ada yang menarik untuk Fiza sebab takde date yang istimewa. Tak tahu nak rancang apa sebab fikir rasa macam nak bercuti je tapi masa dan bajet belum mengizinkan lagi. Kena tunggu masa yang sesuai. Tapi harapannya nak mulakan semula aktiviti hiking. Rasa berat badan dah naik semula je. Aduh! Kalau naik naik kan berat badan sehari pun boleh. Kalau nak turunkan berat badan, bertahun ambil masa walaupun 1 kg! Bawa-bawa sedar diri lah Fiza oiii. Bila nak kurus tu kena tanya diri sendiri!
Kredit foto : google |
Kalau bulan September baru cuti umum, bulan oktober ada apa pula? Oh ya, gaji awal untuk penjawat awam kan sebab perayaan Deepavali pada 18 Oktober 2017 nanti. Bila gaji awal kena pandai manage bajet lah sebab bulan berikutnya akan masuk gaji waktu biasa. kalau tak, bala mendatang lah nak tunggu masa gaji berikutnya.
Cuti Umum Bulan Oktober 2017
7 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah13 Okt Jumaat Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka18 Okt Rabu Hari Deepavali Semua Negeri kecuali Sarawak24 Okt Selasa Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang26 Okt Khamis Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
Semoga bulan oktober ni memberikan kenangan yang indah-indah untuk kita semua.
Cikgu2 dapat cuti seminggu sempena Deepavali.
ReplyDeleteSeronoklah depa.
haah, gaji awal lah Fiza, Nasib lah ada side income lain. so boleh cover jugak utk hujung2 bulan punya perbelanjaan.
ReplyDeletebesday aida = oktober = 39 thn... alhamdulillah.
ReplyDeletein shaa Allah...
aida x amik pot sgt dah. hi hi hi surirumah ler katakan.