Trend Terkini Pakai Bulu Mata Palsu
Biasa kita nampak bulu mata palsu di pakai di bahagian bulu mata. Nama pun bulu mata, haruslah pakai di bulu mata. Tapi trend terkini bulu mata di pakai di hidung. Bukan luar hidung tapi dalam lubang hidung. Motif??? Mungkin dipakai macam nak menonjolkan kononnya bulu hidung lah kot.
Ke salah tanggapan Fiza tu? Tak faham lah definisi seni kecantikan makeup ni. Ini boleh di panggil sebagai seni makeup ke macamana? Tolong jawab sis. Eh, tiba-tiba nak ber sis-sis pula. Ye lah, trend zaman sekarang juga kalau jual online tu semua sis-sis. I is cukup tak gemar. Cukup sekadar panggil akak, cik, puan, tuan dan panggilan yang lebih elok. Jarang nak ikut trend sangat.
Berbalik pada trend terkini pakai bulu mata palsu tu. Pertama kalau kau orang tengok mesti rasa geli. Pada mulanya Fiza ingatkan bulu hidung betul tapi setelah di amati betul-betul. Oh, bulu mata palsu rupanya. Hilang sikit kegelian tapi masih lagi geli. Lepas tu dok terfikir juga, gigih sungguh lau dia orang lekatkan bulu mata palsu dalam lubang hidung, siap rapikan pakai mascara lagi tu. Sejenis kegigihan yang terpuji betul.
Ada yang jadi ikutan di Malaysia tak? Setakat ni belum nampak lagi kelihatan. Kalau ada, hentikan je lah kot. Bukan nampak cantik malah sebaliknya. Nanti kalau nampak hodoh, katanya cantik dalam bidang makeup. Jadi, kita yang noob bab makeup ni tak boleh nak cakap lebih-lebih. Nanti kena kecam.
Apa pendapat kau orang? Yang pelik-pelik aje lah yang dibuat, lepas tu jadi viral. Then ada pula yang mencubanya. Berani ke kau orang keluar dengan bulu-bulu kat hidung tu? Confirm semua orang akan pandang pelik semacam je kat kau orang nanti. Apa apa pun biarlah berfesyen dan bermakeup ikut gaya yang sebetulnya. Jangan buat benda pelik-pelik dan jangan salahkan orang kalau pandang pelik pada kau orang nanti. Jadi, tak payah buat okay!
eh peliknya! Haritu kening dengan bibir berombak, sekarang yang ni pulak.
ReplyDeletedah macam2
ReplyDeletehahahaha rasa nak tampar je dorang ni, mcm mcm betul
ReplyDeletetak agak-agak lah diorang ni,takkan sampai bulu hidung pun nak pakai palsu pulak..pelik benau
ReplyDelete