5 Aplikasi Edit Gambar Dan Letak Watermark Menggunakan Smartphone

Selain picarts, phonto dan photo editor, aplikasi apa yang lagi boleh letak watermark dan kualiti gambar okay? Setakat ni saya dah cuba ketiga-tiga aplikasi iaitu picarts, phonto dan photo editor. 

Soalan ni saya pernah tanya di facebook. Ramai yang berkongsi pengalaman mereka menggunakan beberapa aplikasi edit gambar dan letak watermark menggunakan smartphone memberikan kualiti gambar yang terbaik.


Antara perkongsian mereka di post status saya, saya senaraikan mana yang terbaik untuk perkongsian bersama. Mana lah tahu kau orang pun sedang mencari aplikasi edit gambar dan letak watermark yang paling bagus kan. 

5 Aplikasi Edit Gambar Dan Letak Watermark Menggunakan Smartphone


1. Snapseed
Kebanyakkan daripada mereka mencadangkan aplikasi snapseed. Tak dinafikan aplikasi snapseed memang menghasilkan editing gambar yang menarik dan terbaik. banyak tools yang ada dalam snapseed.

Kualiti gambar tak pernah mengecewakan. Tapi sayang, tak boleh nak add watermark yang dah siap, sebaliknya kalau nak letak watermark boleh menggunakan tulisan yang disediakan. 

Walaupun tak boleh add watermark yang dah telah siap, tapi tulisan yang sedia ada pun tidak kurang menariknya. 

2. Pixlr 
Aplikasi Pixlr dikatakan antara aplikasi editing gambar yang serba boleh. Ada button autofix yang boleh memberikan kualiti gambar lebih elok dan menarik. Boleh crop gambar, rotate dan fine-tune any pictures secara Percuma.  

Dan banyak lagi features yang menarik. Boleh download melalui google play store (android) dan app store (iOS).

3. Photofy
Tengok pada tulisan logo photofy pun dah tahu yang aplikasi edit gambar photofy ini semestinya akan membuatkan gambar jadi lebih menarik. 

Ada banyak tulisan yang fancy macam logo photofy. Gambar yang disimpan juga memberikan kualiti yang terbaik.

4. Overlays
Untuk buat typography, layout masks yang cantik, letak sticker dan sebagainya, kau orang boleh gunakan aplikasi Overlays yang nampak macam menarik ni. 

Tools pun banyak yang kau orang boleh gunakan untuk jadikan gambar lebih menarik bila upload di sosial media.

5. Photolayers
Aplikasi photolayers merupakan aplikasi superimpose yang terbaik. Kau orang boleh gambar menjadi transparent dan gantikan dengan background yang lebih menarik untuk jadikan photomontage yang superb. Sesuailah untuk promote produk atau buat poster.


Selain itu, aplikasi Watermark Photo Free juga memberikan kualiti gambar yang terbaik. Kalau kau orang sejenis yang cerewet nak guna gambar cantik dan berkualiti, silalah guna aplikasi seperti di atas. 

Rate pun lebih daripada 4 bintang. maksudnya bagus lah tu. Tapi kalau sejenis yang tak kisah lansung tentang kualiti, ada banyak lagi aplikasi yang kau  orang boleh gunakan. Apapun terima kasih buat kawan-kawan di facebook yang sudi kongsikan aplikasi edit gambar dan letak watermark yang terbaik ni.

Selain letakkan watermark, aplikasi ni juga mempunyai banyak tools untuk editing gambar. Sila explore segala tools yang ada.

Ada yang bertanyakan soalan, macamana nak letak watermark untuk gambar banyak sekaligus. Jawapan saya, semua aplikasi ni boleh letak watermark untuk satu satu gambar sahaja. Repeat buat benda yang sama untuk setiap gambar.

Letak watermark sekaligus untuk banyak gambar, saya rasa tak pernah jumpa lagi. Mungkin ada dan mungkin tidak. Setakat ni, saya tak pernah jumpa lagi.

19 comments:

  1. Saya la nak cari benda INI..

    Thank for info

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terima kasih Fiza...boleh cuba satu per satu ni...

    ReplyDelete
  3. wah menarik nih...tgh cari aps utk buat watermark jgk ni.. tq for sharing..

    ReplyDelete
  4. wah . terimakasih ! ritu try picsart .. mcm dah tkleh boh watermark sedia ada huhu

    ReplyDelete
  5. okay, baru tau apps ni. hehe thanks kak!

    ReplyDelete
  6. Kekima-lima apps kat atas . Hanya satu je tersenarai dalam apps fone CCL . Snapseed !!

    ReplyDelete
  7. Ena guna picsart untuk letak watermark.. Kalau edit gambar ena guna PS Express..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian..nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  9. Tq sharing fiza..kekya biasa guna picart jer untuk watermark.. hehehehe..

    ReplyDelete
  10. Bestnya.. boleh consider ni. Mama mg x letak watermark kt gambar. Malass haha

    ReplyDelete
  11. Fiza suggest yang mana yang paling best ?

    ReplyDelete
  12. Tak pernah try lagi ni.. thanks, boleh la try pasni

    ReplyDelete
  13. Syirah pernah guna snapseed dan pixlr je
    Tp snapseed kurang mahir sikit
    No.5 tu mcm best sbb blh cut gambar jd transparent kat blkag.xyah guna photoshop dah kan

    ReplyDelete
  14. busyra dh pernah try picsart dan snappseed ja.. yg lain belum.. mmg mudah kan kalau edit guna software. tp busyra belum jmpa software yg betul2 kena dgn citarasa. alih2 akan berbalik edit gmbar guna photoshop jgk. even lecey. haha

    ReplyDelete
  15. Kita cari, dan blog akak keluarZ Waaa~ tahniah dan kita jumpa apa yang kita nak. ^^ Akak pernah cuba pakai CANVA tak?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.