Door Gift Kekacang Dalam Botol

Semacam nampak sibuk je semua orang hari sabtu dan ahad yang dah berlalu. Masing-masing mungkin sibuk dengan tarikh 11.11 dan sibuk dengan aktiviti yang lain. Fiza pun tak ketinggalan pergi majlis kenduri kahwin sepupu husband 11.11 yang lepas. Senang nak ingat tarikh tu dan ramai sungguh pilih tarikh tu untuk buat majlis sampai satu tempat ada 2 majlis. Semua pakat berebut nak buat hari tarikh 11.11 tu ye.

Tahniah buat semua yang melansungkan majlis bertunang, bernikah dan lain-lain. Salah satu benda yang diberikan untuk tetamu adalah doorgift kekacang yang di letakkan di dalam botol comel macam ni. Sekarang zaman bunga telur dah berlalu. Dah banyak door gift yang macam-macam diberikan oleh tuan rumah.


Bekas plastik atau botol kaca yang comel dah banyak digunakan untuk meletakkan kekacang, pop corn, biskut dan sebagainya untuk para tetamu. Sangat menarik. Botol tu pun nanti boleh digunakan untuk simpan apa yang patut dan boleh juga dijadikan perhiasan dalam rumah.


Door gift macam ni agak mahal juga costnya. Harga botol kaca lebih kurang RM1, kekacang sen-sen, tali sen-sen dan sticker sen-sen. Lebih kurang kos untuk satu botol lebih kurang RM2 lebih. Okay, Fiza tolong kira untuk kau orang yang nak buat door gift macam ni nanti. Kena pandai cari supplier botol kaca murah dan kekacang murah. Baru lah tak over bajet untuk door gift sahaja. Fiza antara orang yang suka jenis door gift macam ni sebab comel dan cantik. Memang simpan buat kenangan. For sure tetamu yang dapat ni tak kan buang.

26 comments:

  1. Suka isi dia tak berapa suka botol tu.. bahaya juga kalau dapat kat anak-anak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu. sebaiknya elakkan daripada di ambil oleh mereka

      Delete
  2. Ena pun suka doorgift macam ni... simpan, basuh, pastu letak benda lain kat dalam botol tu pulak

    ReplyDelete
  3. Comel Dan boleh mkn byk jenis kacang sekali. Mama pernah dot dulu. Cuma kalau mampu buatlah goodies mcm ni.. mahalnya tu

    ReplyDelete
  4. sy pun suka jg sbb nmpk eksklusif gitu... betul, botol kaca agk mahal jg...tp kalu mmg dah ada bajet tu semua tolak tepi ;-)

    ReplyDelete
  5. comel botolnya...dpt jugak botol2 gitu masa raya ritu kat opis...org buang, kite simpan jer..mane tau kendian rajin nak simpan samting... hehe

    ReplyDelete
  6. ramai dah yang jenis bagi doorgift macam tuh..praktikal kan..kacang pon sodap haha

    ReplyDelete
  7. trend skrang mcm ni kan.. hari tu cousin saya kawen pun, dia buat macam ni

    ReplyDelete
  8. Skrg doorgift dh mmg pelbagai..pas tu kte kne pndi carik ssuai ngn bajet..hee

    ReplyDelete
  9. MZ geram kalau yang semua kacang tu.. ater nye MZ nak kacang yang bawah jerrr

    ReplyDelete
  10. Comel! Sayang la nak buang. Boleh buat koleksi

    ReplyDelete
  11. Masa nk kahwin dulu terfikir gak nak bagi benda macam ni.tapi costing tinggi sikit.Last2 beli kerepek jensbg doorgift.setel hehehe

    ReplyDelete
  12. Comel kan doorgift sekarang ni . Macam ikut trend peredaran zaman pulak . Apa2 pun bunga telur tetap kena ada juga

    ReplyDelete
  13. sama la. i love this kind of doorgift jgak. cuz its cute. hehe

    ReplyDelete
  14. Zaman bunga telur dan berakhir. Macam-macam door gift yang menarik sekarang ni. Pernah juga dapat kacang dalam botol macam ni. Memanglah unik. Nak makan pun terasa sayang.

    ReplyDelete
  15. comellah bg gift mcm ni.. menarik dan kreatif!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.