Jaan Punching Bag
Ramai yang kongsikan cerita tentang Jaan Punching Bag di facebook. Mulanya tertanya-tanya juga apakah 'Jaan Punching Bag' yang dorang dok sibuk kongsikan tu. Nak kata viral, tak jugaklah kot. Bila ramai yang kongsikan sehingga puluhan ribu share, Fiza pun rasa nak tahu dan terjebak membaca kisah seorang gadis yang bernama Alisha.
Disebabkan Fiza bukanlah sejenis yang suka membaca novel, baca part 1 Fiza dah mula rasa bosan dan skip membaca part yang penting je. Macam kurang best penulisan penulis ni. Jadi, tak dapat nak fahami atau menghayati cerita ni sampai habis. Masuk part 2 Fiza baca sikit je sebab macam malas dah membaca cerita tu walaupun nak tahu sangat kisah benar ni.
Sudahnya Fiza tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan Fiza nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya.
Bagi kau orang yang nak tahu sangat tapi malas nak baca macam Fiza sebab tak minat baca macam penulisan novel, baca je sipnosis yang dikongsikan oleh Shahada Fauzi. Thanks sudi kongsikan, senang baca sinopsis je. Terus faham cerita Jaan Punching Bag ni.
Sipnopsis Jaan Punching Bag :
Kisah hidup sorg budak pompuan yg kematian ibu pd umur 9 thn. Bapak start buat perangai gila pompuan dan dadah bila ibu dia sakit teruk. Ibu meninggal dia kena dera dgn bapak. Sampai 2 kali kawen usia muda sebab macam bapak jual utk langsai hutang.
Kena kawen umur 12thn. Tapi secara sembunyi sbb masih bawah umur. Jadi hamba s*** je kat suaminye. Bila famili laki hampir dpt tahu perkahwinan rahsia dorg tu dia kena cerai.
Umur 15 thun kena kawen dgn Pakistan umur 49tahun. Kena kongkong. Sama jln hidup dgn laki 1st. Jadi hamba s*** jgk. Lagi tragis. 😅
Kena dera dengan famili laki tu masa kat pakistan. Anak dia kena ambik dgn famili laki tu. Tinggal kat Pakistan. Dipisahkan dari dia. Dah cerai dengan Pakistan. Cuma masih berhubung sebab anak.
Skrg umur pompuan tu dh 16 tahun. Dah hidup bebas dr cengkaman lelaki2 yg kawen dgn dia utk jadikan dia hamba s*** je. Sedang bina hidup baru. Bapaknye dah insaf. Katanye baru meninggal.
Punching bag sebab dia selalu kena pukul dengan bapaknye. Lepas tu dengan suami yg Pakistan tu pulak. Katanye org nye lawaaaa amat. Ada penulis tu kongsi gambar.
Fiza pun tak pasti ini kisah sebenar atau tidak. Wallahu a'lam. Kalau ianya kisah benar, moga Allah lindungi Alisha dan dipertemukan dengan anaknya.
Update terkini : Dikatakan kisah ini hanya kisah dongeng semata-mata. Baca penjelasan di bawah ini yang dikongsikan oleh saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi di facebook.
Update terkini : Dikatakan kisah ini hanya kisah dongeng semata-mata. Baca penjelasan di bawah ini yang dikongsikan oleh saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi di facebook.
Akhi Fairuz Al-JengkawiNovember 27 at 8:39pm
Tiket sold out! Kisah viral Jaan Punching Bag dan Beautiful Me kini dilayar perak. Para penonton tak sabar menyaksikan adegan s*** 5 hingga 7 kali sehari, domestic violence, tumbuk sampai lebam, jenayah s***ual kanak-kanak, softp*** dan child p***ography difilemkan.
Ibu-ibu mengheret suami untuk ke panggung. Anak-anak kecil juga dibawa bersama. Kata mereka, kisah ini bagus, tak kisahlah didalamnya ada adegan rogol, cabul atau grooming sex, yang penting ianya untuk kebaikan bersama. Ambil pengajaran, jangan pandang yang negatif sahaja.
Sudah pasti air mata akan tumpah pada babak akhir filem. Andrea Kiss selaku penulis skrip tersenyum bangga dan terharu atas sambutan rakyat Malaysia. Usaha beliau mengolah cerita, berimaginasi s*** dalam menghasilkan karya Jaan Punching Bag dan Beautiful Me berbaloi.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada wanita di luar sana yang menularkan kisah itu sehingga dikongsi lebih 200,000 kali. Ini satu pencapaian yang paling luar biasa atas kerjasama kaum ibu di Malaysia.
Ibu-ibu ini tidak sabar menyaksikan lakonan mantap pendatang baru yang membawakan watak Syakiq. Sudah pasti kacak, putih melepak, katang, bermata kebiru-biruan, berbulu di dada, lincah dalam tarian dan ganas di ranjang.
SOFTP***, CHILD P***OGRAPHY & PEDOFILIA.Puan-puan yang saya kasihi sekalian, tanpa kita sedar kedua kisah viral ini mengangkat isu yang sering saya kongsikan bersama teman-teman yang lain, Puan Zeeda Aziz dan Tuan Mohd Fadhli.
Saya sengaja memulakan ulasan tentang Jaan Punching Bag dan Beautiful Me dengan membayangkan situasi yang boleh berlaku pada masa depan.
Jujurnya, saya sangat terkejut dengan penerimaan kisah ini. Setahu saya, ia bermula di page Kisah Rumah Tangga, kemudian diolah kembali oleh Andrea di pagenya.
Kau tahu Puan, untuk dapatkan sharing beratus ribu dan ia bersifat local sangat mustahil untuk dilakukan. Posting yang dikongsi sebanyak ini biasanya bersifat worldwide. Maksudnya, satu dunia share. Tapi ini, hanya orang Malaysia yang kongsikan. Power nok!
Kau pun tahu, kisah ini berepisod. Penulisannya panjang ya ampun. Paling kurang, 3 jam diperlukan untuk baca perenggan demi perenggan sehingga habis.
Kenapa ia tetap juga dibaca oleh Puan-puan? Sebab ia diadun kemas dengan ketiga topik yang saya tulis diatas : Softp***, Child P***ography dan Pedofilia.
Mari kita ikuti satu-satu, Softp*** adalah penulisan atau bahan bacaan atau lakonan yang bersifat lucah, tetapi masih belum hardcore atau extrem. Ia masih berkisar tentang s***ual, pembaca boleh membayangkannya, tetapi tak sampai tahap z**** dimasukkan ke dalam faraj atau dubur atau mulut.
Child P***ography pula adalah video atau penulisan atau bahan bacaan lucah yang memaparkan kanak-kanak sebagai subjek. Walau di barat industri p***ografi bersifat legal, tetapi mereka menentang keras penglibatan kanak-kanak di dalam industri ini.
Apa itu Pedofilia? Bahasa mudahnya adalah lelaki atau perempuan yang ada kecenderungan atau orientasi s***ual terhadap kanak-kanak. Maka, mereka akan menyimpan gambar berbaju atau tidak berbaju atau berbikini, video, bahan bacaan dan yang berkaitan.
Bilamana ketiga aspek ini diadun dalam kisah Jaan, maka pembaca akan berasa kebersamaan. Simpati, empati dan sedih. Apatah lagi bila penulis memasukkan elemen keganasan dalam rumah tangga.
Elemen ini sangat penting untuk menarik minat kaum wanita. Mereka rasa lelaki ini tak guna, hanya mahu s***, memandang wanita golongan kelas kedua serta hanya tahu melampiaskan kemarahan pada isteri semata-mata.
Maka, para pembaca terus bersolidariti dengan menge'tag' pasangan masing-masing, teman lelaki serta kawan-kawannya. Inilah kebersamaan yang saya maksudkan.
Unsur lucah diketepikan, yang penting kisah ini memberi pengajaran. Kata mereka, paling kurang kita dapat tahu betapa naifnya anak-anak di pedalaman yang dinafikan hak mereka.
Baik, jika itu alasan Puan-puan, mari kita study tentang isu di bawah ini :
AKTA KANAK-KANAK.Puan-puan yang saya kasihi, tahukah anda pertengahan tahun ini telah digubal satu akta di Dewan Rakyat dalam menangani jenayah s***ual terhadap kanak-kanak?
Salah satu kesalahan yang termaktub adalah, jenayah s***ual bersifat non fizikal. Ia bukan cabul, rogol atau liwat.
Kisah yang Puan baca itulah salah satu kesalahan s***ual non fizikal. Ia boleh jadi berbentuk pembacaan, menghantar gambar dan video lucah di media sosial dan whatsapp group hinggalah sexual grooming di internet.
Apa itu sexual grooming? Puan-puan boleh tonton video garapan R Age dalam mengulas bagaimana Predator/ Pedofilia ini merosakkan anak-anak kita melalui bahan bacaan, gambar dan video lucah.
Dahulu, budak lelaki suka baca cerpen lucah berjudul Cikgu Suraya. Mereka sorok-sorok membacanya. Hanya berkongsi sesama kawan yang boleh dipercayai. Namun kisah Jaan dan Beautiful Me ini ditularkan semahu mungkin oleh Puan-puan atas dasar sedihnya cerita ini. Sisi halus s*** non fizikal tidak nampak atau buat-buat tak nampak?
Puan, kisah itu bukan sahaja tak elok dibaca oleh anak-anak, orang dewasa pun tak boleh! Apatah lagi yang berkongsi kisah itu Anonymous, kita tak kenal pun. Si penulis Andrea itu siapa pula? Entah-entah beliau seorang lelaki! Rujuk facebook Cikpuan Auni Ameera ya.
Jika ada yang report, penulis boleh didakwa di mahkamah kanak-kanak, dibicarakan serta dijatuhi hukuman penjara 15 ke 20 tahun.
DIDIK ANAK-ANAK KITA.Bila nak didik anak, tak perlulah jadikan kisah seperti ini sebagai bahan rujukan. Please, educate anak-anak kita mengenai kesihatan reproduktif, private part, sentuhan selamat dan tidak selamat, apa yang perlu mereka buat andai ada individu yang dikenali atau tidak dikenali cuba mencabul mereka dan yang berkaitan.
Itu yang sepatutnya Puan. Bukan habiskan masa membaca karya fake yang di klaim true story.
TRAUMA MENJADI MANGSA S***!.Perempuan yang menjadi mangsa keganasan s***ual tidak sewenang-wenangnya akan bercerita hal itu dengan orang lain. Ia mengaibkan, menyakitkan, trauma, boleh mengalami depresi.
Mereka akan hilang percaya dengan lelaki, dirasakan semua lelaki sama, memandang wanita dengan simbol s*** semata-mata.
Namun berbeza dengan kisah Jaan, juga Beautiful Me. Watak utama menjadi mangsa cabul, rogol dan liwat. Kemudian, hari esok beliau bangkit tidur, ceria seperti kebiasaannya, seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku.
Eh! Bodohnya! (Maaf, terpaksa guna ayat ini). Puan, kau tahu tak anak-anak kita yang menjadi mangsa jenayah s***ual sukar sekali untuk bangkit dari sejarah hitam ini.
Realitinya, ada yang menyimpan rahsia ini berbelas tahun lamanya bahkan ada yang sampai berpuluh tahun. Mereka malu pada diri sendiri, stress hingga tahap berfikir mahu bunuh diri.
Itu yang trauma. Belum lagi kisah adik-adik kita yang ketagih melakukannya. Ia bermula ketika kanak-kanak, beliau dicabul atau dirogol oleh abang atau bapa kandung atau datuk atau bapa saudara atau mana-mana individu syaitan di luar sana.
Kes-kes seperti ini tidak seronok untuk dikongsikan oleh mana-mana mangsa penderaan s***ual kepada sesiapapun. Apatah lagi ditularkan di media sosial dalam bentuk penulisan panjang dengan alasan memberi pengajaran kepada orang lain, melainkan ianya fake dan ditulis oleh penulis yang memiliki fake identity juga.
KESIMPULAN.Puan, kalian tahu tak, di tangan kau oranglah viralnya satu-satu posting. Maka, gunakanlah kuasa yang kalian ada untuk tularkan kisah-kisah yang baik untuk masyarakat.
Oleh sebab kisah ini dkongsi lebih 200 ribu kali, maka izinkan saya bertanya : Rasa-rasa puan, kisah fake Andrea ini dibaca tak oleh para remaja dan pedofilia di luar sana? Jika mereka membacanya, agak-agak apa yang boleh berlaku kemudiannya?
Ingat, jangan sampai isteri dok ralit mengalirkan air mata membaca kisah softp*** sambil si suami sorok-sorok tonton video lucah minah salleh beraksi di ranjang! Anak-anak pula layan p*** di telefon bimbit bapak yang didalamnya terdapat koleksi video lucah yang disimpan dalam satu folder!
Wahai kaum ibu, bangkitlah! Bersatulah! Bantu saya untuk share post ini, tag kenalan anda dan tularkan.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Baca sampai habis woih! Satu jam setengah aku mengarang post ni pakai handphone. Kahkah
#TukangCeramahBudakSekolah#TukangCeramahMakMak#TukangKongsiKisahManusia
Kawan-kawan ada juga bagitahu..tapi PC tak baca dan ikuti lagi...
ReplyDeletekite baca jugak mula2 cite ni, part 1..pastu cam bosan laa plak panjang sangat..pastu terbaca sinopsis dorg buat kat fb tu..baca kat situ jer.. hehehe... so x tau kisah sebenar dari mula sampai abis.. cuma terbaca satu komen tu ckp pompuan tu xde ic..ade surat beranak jer..so cane dia blh buat pasport masa nak g Pakistan tu.. ade yg ckp cite cam x logik pun ade..allahualam.. layan muvi lagi best,, ekekek :p
ReplyDeletesounds sad
ReplyDeleteMai baca sampai chap 2 je, pastu malasssss. Hahaha lagi pun bahasa tak faham sangat, berbelit2
ReplyDeletebanyak skip,tapi tak tau cerita tu betul atau rekaan semata-mata
ReplyDeletesm gak baca part 1 ja pastu rs mcm errr...errr...entah...jd malas nk baca
ReplyDeletetu la..mula ingt cerita apa..nad pun tengah baa ni..hehe..gigih..
ReplyDeleteAda juga baca tapi tak sebab habis lagi
ReplyDeleteMak aih, sinopsis dia pun dah macam tu. Saya first time dengar pasal Jaan Punching Bag ni.
ReplyDeleteIsh ada cerita pasal ni kat Fb ea.. kena cari ni. Nampak sgt mummy ketinggalan.. hhehe
ReplyDeleteAkak belum berpeluang baca lagi
ReplyDeleteramai org cakap citer ni fake semata huhu
ReplyDelete