Tukar Sim Card Hotlink Maxis 4G LTE
Sejak daripada pakai handphone beli nombor phone maxis yang mahal beratus tu sampailah sekarang, tak pernah lansung tukar nombor. Entah kenapa macam malas nak tukar. Pernah juga tambah nombor phone telco lain tapi tak pernah kekal. Pernah cuba celcom, pernah cuba digi tapi tetap setia dengan maxis. Sebab dah terbiasa dengan maxis, itu yang susah nak bertukar pada nombor lain tu. Tapi sekarang dah boleh pakai nombor sama untuk bertukar kepada telco yang lain kan?
Baik setia je lah pada yang satu ni. Lagipun tak mendatangkan masalah apa-apa setakat ni. Dalam tempoh pakai nombor phone yang sama, Fiza baru tukar sekali je sebab masa tu kena tukar juga sebab Hotlink upgrade sim card. Kalau tak tukar, memang tak boleh guna. Selepas dari tu memang tak tukar simcard dah. Bulan Oktober haritu dapat message daripada Hotlink suruh tukar sim card non 4G kepada sim card yang latest iaitu 4G LTE.
Sim card terbaru dah siap-siap dipotong |
Bulan November baru sempat nak melunaskan pertukaran sim card Fiza dan husband. Kiranya upgrade kepada sim card baru. Apa yang menariknya sim card 4G LTE ni, boleh baca kat bawah ni. atau boleh singgah website hotlink 4G LTE.
Kelebihan simcard 4G LTE |
Cara Tukar/Upgrade Sim Card Baru
1. Pergi ke Maxis Centre yang berdekatan
2. Pergi ke kaunter dan beritahu nak tukar sim card
3. Kemudian kau orang akan di minta beritahu no phone serta menyerahkan IC dan perlu membuat imbasan cap jari.
4. Kau orang dikehendaki membayar RM10 untuk pertukaran sim card
5. Dalam masa 5 minit sim card baru siap dan boleh digunakan dalam masa 5 minit selepas siap.
Caranya sama je macam yang sebelum ni. Kalau kau orang nak tukar sim card, memang kau orang kena pergi sendiri sebab perlu bawa ic dan buat imbasan cap jari untuk tujuan keselamatan supaya tidak digunakan oleh mereka yang berniat jahat.
Sebelum ni Fiza pernah dengar pertukaran sim card FREE tapi entah dari mana datangnya sumber tu pun tak pasti. Mungkin ada masa-masa tertentu kot. Atau hanya di maxis centre utama mungkin? Ada sesiapa tahu?
Sesiapa yang belum tukar tu, tukarlah secepat mungkin. Kata nak akses internet laju, haruslah kena tukar juga. Lagi satu, sim card sekarang tak payah nak potong-potong dah kalau guna iphone atau handphone yang menggunakan saiz sim card kecil. Sekarang dah siap-siap potong dan kau orang boleh guna saiz yang sesuai untuk jenis handphone kau orang.
Sesiapa yang belum tukar tu, tukarlah secepat mungkin. Kata nak akses internet laju, haruslah kena tukar juga. Lagi satu, sim card sekarang tak payah nak potong-potong dah kalau guna iphone atau handphone yang menggunakan saiz sim card kecil. Sekarang dah siap-siap potong dan kau orang boleh guna saiz yang sesuai untuk jenis handphone kau orang.
me too dah tukar hihi
ReplyDeleteyeay!
Deletesy pernah dpt offer tukar sim kad tu free untuk tempoh tertentu. tapi sebab byk komitmen, haha... sampai hari lum tukar kad lagi..
ReplyDeletehehe..itu lah kan. Kadang tak de masa nak pergi tukar
DeleteTHANKS FOR THE INFO:)
ReplyDeleteYou're welcome :)
DeleteKdg2 tgk kawasan jugak..klu line xde terpaksa juga tukar telco lain..tp kekalkn no lama..
ReplyDeleteselalunya macam tu lah..terpaksa juga tukar kalau line tak okay.
Deletesaya pun setia dengan maxis :)
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
dulu prnh pkai maxis.. dr simkad smpaila ke broadband.. sume nk maxis.. tp disbbkan kat tmpt keje line maxis xde terpksa tukar kpd digi.. huhu..
ReplyDeletedulu pernah pakai maxis tapi sekejap je sbb line tak berapa ok kat kawasan tmpt zaza
ReplyDeletesekarang saya menggunakan telco yang call unlimited tetapi penggunaa internet limited..
ReplyDeletesebagai blogger banyak guna internet berbanding call..
rasa rugi pun ada.
ic yang didaftarkan atas nombor tu.
ReplyDelete