Masalah Kemurungan
Baru-baru isu masalah kemurungan atau depression jadi bualan ramai selepas kematian artis K-Pop Jonghyun SHINee yang dikatakan membunuh diri akibat daripada masalah kemurungan. Terkini, kisah masalah kemurungan dikaitkan juga dengan seorang artis Malaysia yang dikatakan sedang mengalami kemurungan akibat daripada pemergian ayahnya. wallahu a'lam.
Kes bunuh diri di kalangan artis Korea bukan lagi satu benda yang baru di dengar dan Korea sememangnya mempunyai jumlah kes bunuh diri yang banyak. Bukan nak kecam tapi kita kena faham yang kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai agama. Jadi kekurangan percaya kepada tuhan dan tidak menghargai diri sendiri dalam kehidupan tu sangat rendah.
Mereka sangat percaya dengan konsep reinkarnasi(proses kelahiran semula) dengan harapan kehidupan baru lebih baik. Itulah salah satu faktor yang mendorong mereka untuk mengakhiri hidup dengan cara membunuh diri samada minum racun, gantung diri, terjun bangunan dan macam-macam cara lagi.
Apa yang menyebabkan orang bunuh diri? Sebab utamanya adalah kemurungan atau depression! Iaitu sejenis penyakit yang melibatkan perasaan sedih dan kemurungan yang berpanjangan berlarutan akibat berlaku sesuatu musibah. Kemungkinan apa yang berlaku tidak boleh diterima dalam masa yang begitu cepat dan tidak boleh menerima hakikatnya. Kemurungan juga adalah sejenis pembunuh senyap yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Nampak macam penyakit kemurungan ini remeh je. Tapi kalau berlaku dalam jangka masa yang lama ia akan menjadi satu penyakit yang kronik sehingga boleh menyebabkan seseorang bunuh diri. Penting untuk kita tahu tanda-tanda penyakit kemurungan ini supaya tidak berlaku di kalangan kita semua.
Tanda-tanda penyakit kemurungan.
1. Perasaan kemurungan atau kerap marah-marah setiap hari kerana perasaan rendah diri dan kerap nangis.
2. Tidak bersemangat dan tidak berminat untuk keluar dan bercampur dengan orang ramai.
3. Berat badan mula merosot dalam waktu yang singkat dan kurang selera makan.
4. Kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
5. Berlaku perubahan aktiviti seharian samada terlebih aktif atau kurang aktif.
6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
7. Sering merasa bersalah yang dengan sesuatu perbuatan dan merasakan diri tidak berguna
8. Tidak mampu fokus atau berfikir secara rasional dan tidak mampu mempunyai keputusan yang betul.
9. Banyak berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap atau mempunyai perancangan bunuh diri pada masa akan datang.
Kalau ada tanda-tanda semua tu di kalangan orang yang kau orang kenal, lebih baik kau orang bantu mereka dengan cara yang betul. Bukan terus kecam dan menyebabkan kemurungan bertambah. Golongan macam ni memerlukan kasih sayang lebih dan kata-kata semangat yang lebih berkesan. Kalau kita yang normal ni rasa sedih sekejap pun boleh rasa sakit sangat apatah lagi yang sedih berpanjangan tu.
Of courselah rasa sedih serta sakit sangat dan keadaan ini sangat bahaya buat mereka. Sayangi mereka dan bantulah mereka. Sayangi diri sendiri juga ye. Sebagai orang Islam, kuatkan iman dengan solat, membaca Al-Quran dan berzikir supaya diri tu lebih dekat dengan Allah S.W.T.
Of courselah rasa sedih serta sakit sangat dan keadaan ini sangat bahaya buat mereka. Sayangi mereka dan bantulah mereka. Sayangi diri sendiri juga ye. Sebagai orang Islam, kuatkan iman dengan solat, membaca Al-Quran dan berzikir supaya diri tu lebih dekat dengan Allah S.W.T.
Kita sebagai orang islam, masih mempunyai satu lagi penawar kemurungan iaitu al Quran, zikir dan solat.
ReplyDeletesatu perkongsian yang bermanfaat.
ReplyDeleteramai orang tak sedar yang dia sedang mengalami kemurungan dalam diam
ReplyDeleteKemurungan x boleh diambil ringan. Semua pihak perlu prihatin Dan jgn sisihkan org yg nampaknada masalah
ReplyDeletekemurungan vs stress vs sedih selalu tertukar....kadang2 kita tak tau yang kita ada simptom kemurungan tu....
ReplyDeleteJgn pndang remeh isu kemurungan ni..sgt2 bahaya!
ReplyDelete