5 Sebab Kenapa Perlu Memilih Blogger Untuk Review Produk
Baru-baru ni agak hangat isu pasal instafamous dikecam akibat buat produk review mahal tapi reviewnya tak seperti yang diharapkan. Bayar mahal tapi review tak sampai beberapa jam dah delete terus. Beberapa pemilik produk meluahkan rasa tidak puas hati selain terpaksa menanggung kerugian. Tidak salah untuk memilih instafamous bagi mempromosikan atau review produk, tetapi pilihlah yang boleh dipercayai kalau taknak tertipu.
Bukanlah turut sama nak kecam para instafamous sekalian sebab itu mungkin salah satu punca mereka cari makan. Cumanya kena pastikan bertanggungjawab dan jelaskan semuanya supaya tiada salah faham dan kedua-dua pihak puas hati. So, untuk mereka yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang ingin direview, boleh juga memilih seorang blogger.
3 Sebab Kenapa Perlu Memilih Blogger Untuk Review Produk
1. Pelaburan Yang Lebih Berbaloi.
Dengan bayaran hanya sekali dan dengan kadar bayaran yang berpatutan, artikel produk review akan sentiasa berada di dalam cariaan google selagi artikel tersebut tak di padam dalam blog. Zaman sekarang kalau nak cari sesuatu mesti kita akan gunakan google kan. Berbanding dengan review dalam tv, iklan dalam akhbar dan sebagainya. Susah kalau nak cari maklumat sesuatu produk tu dengan lebih details.
2. Long-Term Marketing.
Menggunakan perkhidmatan review seorang blogger adalah sejenis long-term marketing strategies di mana jualan sentiasa ada dalam jangka masa panjang selagi produk tersebut berada di dalam pasaran. Walaupun ianya tidak menjanjikan penjualan yang cepat atau banyak, tetapi ia akan sentiasa terjual di masa akan datang dan bukan bermusim pada masa review sahaja.
3. Blogger Yang Boleh Dipercayai.
Seorang blogger sentiasa menjaga kredibiliti bagi menyakinkan pelanggan dalam berurusan. Jadi, risiko ditipu oleh blogger tu sangat tipis. Setiap blogger akan berusaha untuk membuat kerja mereka dengan baik untuk kepuasan clients. Betul tak blogger-blogger sekalian?
4. Review Yang Lengkap.
Review daripada seorang blogger dalam blog biasanya lebih lengkap segala maklumat tentang sesuatu produk/perkhidmatan berbanding review di media sosial yang lain. Lagipun kalau pengguna gunakan cariaan google untuk mencari maklumat, mesti akan keluar artikel blog dalam cariaan tersebut.
5. Pakej Yang Lengkap Dengan Media Sosial Yang Lain.
Satu lagi yang istimewanya memilih blogger untuk review produk adalah disertakan sekali pakej review dengan media sosial yang lain seperti facebook, instagram dan twitter. Semuanya tidak akan dipadam dan dengan hanya sekali bayar bersama dengan review di blog. Memang berbaloi-baloi kan pelaburan jangka masa panjang macam ni.
Dan banyak sebab lain lagi kenapa perlu memilih blogger untuk review produk. Peringatan untuk para bloger juga. Kalau nak buat produk review, perlu juga memilih produk yang selamat untuk digunakan. Untuk keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain. Selain itu, pemilik produk perlu juga faham kenapa sesetengah blogger meletakkan harga yang mahal untuk review produk.
Kenapa? Sebabnya sebagai seorang manusia dan juga seorang blogger, kita sendiri tidak pasti sejauh mana keberkesanan sesuatu produk itu. Jika ada berlaku masalah semasa menggunakannya, siapa nak tanggung? Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga, ada kalanya perlu juga bayaran tambahan bergantung kepada jenis produk tersebut.
Kehadapan para pemilik produk, kalau ada produk/perkhidmatan yang nak nak review tu jangan ragu-ragu untuk email : azhafizahmdnor@gmail.com. Kepada rakan blogger yang lain, untuk projek review ini rezeki masing-masing sebab setiap blogger ada auranya sendiri. Tak perlu dengki dengan rezeki orang lain ye. Percaya pada rezeki masing-masing okay! Yang penting buat yang terbaik, inshaAllah clients mesti suka.
Betul3.. kalau review produk ejulz lbh suka kalau dlm bentuk video pendek.. hehe
ReplyDeletemenarik bila review dalam video pendek kan :)
DeleteYes.. setuju sangat.. kat insta ni review kejap jer then kena delete tp bila kat blog, review kita kekal selamanya di situ.. selagi orang search selagi tu org akan jumpa kan.. hehe
ReplyDeleteye, betul sangat tu.
Deleteyeah..rezeki masing2 kan.. terpulang kpda client untuk pilih siapa..:)
ReplyDeleteye, betul tu kak Nor :)
Deletebetul tu fiza..
ReplyDeleteye Yui ^__^
DeleteSama-sama jaga amanah...blogger dan pemilik produk...
ReplyDeleteye, begitulah sebaiknya. InshaAllah
Deletesetuju sangat tu,tapi macam kesian kat seller tu,tak berbaloi sungguh kan dia beri kat instafamous..lepas tu delete?kesian kan...So,lepas ni carilah blogger untuk review produk..kekal berada di carian google...hehehe
ReplyDeletememang kesian. melabur tapi macam tu pula jadinya.
DeleteSetuju dengan segala kata-kata sis..hehehe~
ReplyDeleteKat blog, kekal entri selagi blog nih wujud..hehe
tak rugi gitu pilih blogger kan.
Deletebetul tu.. slalunya kalau nak cari produk tu bagus atau tidak. slalunya tgok kat google ja hahah
ReplyDeletesamalah kita..kena baca review dulu kan :)
DeleteMiza pun suka guna google bila nak shoping @ cari apa-apa maklumat secara tak sengaja boleh ke blog.
ReplyDeletea ah selalunya memang ke blog pergi dia :)
Deletesetujuu
ReplyDeleteyeay! gimme five!
Delete